SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 12 Januari 2015

Tolak Balak Hanyut Selamatkan Chalet

 Chalet di Kem Lang Buana di pinggir Sungai Perak antara yang terjejas dalam banjir kali ini.
 Chalet di Kem Lang Buana di pinggir Sungai Perak antara yang terjejas dalam banjir kali ini.

KUALA KANGSAR – Seorang pemilik kem terpaksa berkampung hampir lima hari di pinggir Sungai Perak, di sini, ketika arus deras banjir, dua minggu lalu, semata-mata mahu menolak semua balak hanyut daripada merempuh dan merosakkan 12 chalet diusahakannya.
Pemilik Kem Lang Buana, Shukarno Abdul Mutalib, 66, berkata, dianggarkan antara 50 hingga 100 kayu yang majoritinya balak hanyut di Sungai Perak ketika minggu pertama banjir melanda Kuala Kangsar.

“Banyak yang hanyut ke tebing dan dalam keadaan arus deras tak mustahil chalet boleh roboh dirempuh balak hanyut.

“Jadi, saya banyak pantau, kerja saya lima hari itu hanya tolak balak, buluh dan kayu yang hanyut, elak dari rempuh penginapan kami,” katanya.

Dalam kejadian 24 Disember lalu, Kem Lang Buana dekat Karai dilimpahi air hingga menenggelamkan keseluruhan chalet berkenaan.

Bagaimanapun, Shukarno berkata, dia bernasib baik apabila tindakan awalnya memindahkan segera semua kelengkapan termasuk bantal, tilam dan perkakas kecil dapat mengelak kerugian lebih besar.

"Sekitar jam 4 petang hari kejadian, saya lihat paras air Sungai Perak naik mendadak sebelum minta bantuan segera memindahkan barang sehingga jam 2 pagi menggunakan bot.

"Banjir kali ini sukar dijangka. Walaupun chalet dibina lebih tinggi dari paras banjir besar sekitar 1993, banyak tempahan terpaksa saya batalkan," katanya.

Difahamkan, chalet yang boleh memuatkan 120 penghuni dalam satu-satu masa itu kini memerlukan hampir RM150,000 untuk kerja baik pulih, termasuk membetulkan semula struktur tiang dan sistem pendawaian.

Sumber :Disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan