Sebahagian warga asing yang ditahan dalam serbuan ke atas sebuah premis urut.
BANTING - Sikap pengusaha sebuah rumah urut di Pekan Banting yang masih
berdegil membuka premisnya walaupun sudah diarahkan tutup membawa padah
apabila serbuan dilakukan, semalam.
Operasi bersepadu berkenaan yang melibatkan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia itu berjaya menahan 12 warga asing yang menjadi tukang urut dan seorang penjaga premis.
Setiausaha MDKL, Mohd Yasin Alwi berkata, ketika serbuan dilakukan beberapa pelanggan yang sedang asyik menikmati perkhidmatan disediakan terkejut apabila beberapa anggota terlibat masuk ke dalam premis membuat pemeriksaan.
"Tukang urut warga asing itu dipercayai berkhidmat bersama pengusaha premis mengikut jadual ditetapkan.
“Siasatan mendapati lesen premis rumah urut yang diserbu itu pernah ditarik balik pada tahun lalu namun pengusaha terbabit ingkar dengan arahan dan membuka semula premis sehingga serbuan dibuat,” katanya.
Menurutnya, ketika serbuan ke atas premis berkenaan dilakukan, beberapa premis rumah urut berhampiran didapati segera menutup premis mereka bagi mengelakkan serbuan dilakukan ke premis mereka.
“Bagaimanapun, kita akan terus membuat pemeriksaan secara berkala bagi tidak membiarkan mana-mana premis perniagaan melanggar peraturan tanpa memiliki lesen sah.
“Dalam operasi itu empat katil urut, dua tilam dan dua kerusi urut turut disita,” katanya.

Sumber :Disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan