KUALA LUMPUR – Umno Kelantan dan Pas Kelantan akan membentuk kerjasama
baik jika meneruskan penggabungan melebihi peringkat Jawatankuasa
Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri Kelantan.
Ahli Parlimen Belia Kelantan, Nor Azlin Mat Nor yakin dengan penggabungan tersebut, perbezaan ideologi dan pandangan antara kedua parti dapat dikongsikan dan disamakan demi rakyat negeri itu.
“Pas dan Umno mempunyai pandangan dan idea berbeza. Mungkin dengan penggabungan antara mereka, kita boleh berkongsi ideologi yang baik dan bernas daripada Pas atau Umno untuk memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan di negeri Kelantan, InsyaALLAH.
“Saya rasa Pas dan Umno Kelantan mampu bergabung dan pergi lebih jauh daripada itu (Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri Kelantan),” katanya kepada Sinar Harian Online, di sini, hari ini.
Nor Azlin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya turut memuji kerjasama baik antara Umno dan Pas Kelantan dalam menguruskan pasca banjir di negeri tersebut.
“Setakat ini, saya tengok sendiri kerjasama antara keduanya (Pas dan Umno Kelantan), berjalan dengan lancar dan saya sendiri bersetuju dengan gabungan kedua parti ini dalam menangani bencana banjir ini.
“Sekarang ini kita bukan fikirkan soal politik atau hal lain. Sekarang adalah masanya untuk kita bersama-sama memikirkan mengenai masalah banjir ini,” ujarnya lagi.
Episod baharu dalam sejarah pentadbiran Pas bakal tercipta apabila Pas Pusat dikatakan menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Kelantan bersama Kerajaan Persekutuan.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar menerusi sebuah kenyataan baru-baru ini berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut merupakan hasil persetujuan dari kedua belah pihak antara Pas Kelantan dan Kerajaan Persekutuan.
Sumber : Disini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan