SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 14 Julai 2012

REKOD DUNIA!! 3,500 SAMAN PENEROKA KEPADA FELDA


Lebih kurang 3,500 saman dan jumlah tuntutan RM1.5 Bilion telah dibawa ke mahkamah oleh peneroka seluruh Malaysia kerana kes penipuan oleh Felda & Felda Falm Industries s/b yang dipercayai kes terbesar di dunia. Untuk maklumat lebih lengkap anda boleh tonton video dibawah:



Salah satu kes saman dibawah :

Seramai 957 peneroka dari Felda Keratong 1 hingga 10, Rompin memfailkan saman dan tuntut ganti rugi sebanyak RM525 juta berhubung penipuan serta pecah amanah terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Dalam tuntutan itu, peneroka menamakan Felda sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries sebagai defendan kedua.


Tuntutan itu berhubung pembayaran Kadar Perahan Gred (KPG) kelapa sawit didakwa rendah sepanjang 17 tahun, di samping mendakwa Felda tidak pulangkan kembali tandan buah busuk dan tidak berguna kepada peneroka.

Tuntutan saman itu diwakili tiga peguam bela diketuai R Sivarasa yang hadir bersama T Kumar dan Latheefa Koya di mahkamah kira-kira jam 2 petang.

Kira-kira 100 peneroka memenuhi pekarangan mahkamah. Hadir sama, Pengerusi Biro Peneroka dari PKR, Shuhaimi Said.

Sementara itu, R Sivarasa berkata, tuntutan saman itu berikutan defendan tidak menggunakan kadar KPG yang wajar terhadap peneroka.

Menurutnya, peneroka juga mempersoalkan tindakan defendan kerana menghalang plaintif melakukan ujian perahan minyak sawit di makmal bebas.

“Kenapa Felda menghalang tindakan mereka (plaintif) kalau tidak bersalah? Kenapa perlu takut untuk dibenarkan membuat ujian?” katanya.

Sebelum ini, seramai 770 peneroka membabitkan lapan rancangan dari Felda Chini dan Felda Chini Timur, Pekan memfailkan saman serta menuntut ganti rugi sebanyak RM442 juta di Mahkamah Tinggi di sini, 26 April lalu.

Pada Januari 2010, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Felda membayar sebanyak RM11 juta sebagai ganti rugi kepada peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan kerana penipuan kadar perahan minyak kelapa sawit.

Adakah Anda Rasa Disihir ? Amalkan Ayat Ini .

Jumaat, 13 Julai 2012

Jaga Kesihatan Anda



Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah penyakit gout :


1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.


2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15.. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.


Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:



1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing


2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak jagung

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8. Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

Khamis, 12 Julai 2012

Wajib Baca . Bagai Mana Dengan Rakyat Biasa? Ko Ada?


Aku Petik


Najib + rosmah + haramjadah = Dady kasi [ dedikasi ]



baca tak? korang baca korang jer tau maklumat ni.. sila sebarkan.. k

Kehendak Dan Harapan Saya


Rasanya bukan saya seorang yang mengharapkan begitu
Semoga Allah mengmakbulkan doa kita semua. Aminn

Menghitung Hari Untuk Di Kebumikan Rakyat

Isnin, 9 Julai 2012

Lelaki Soleh


Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.
Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?
Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.
Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,
Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.
Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:

“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).
Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:
Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.


Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu.
Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.


Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.

Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua.

Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.

Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.

Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.

Rasulullah bersabda“ Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh

Betul Ke Chedet Ni atau Dia Dah ????


Aku Petik

ABlog Chedet : Rakyat Kelantan Gila, Taksub Dengan Nik Aziz. Sanggup Minum Air Basuh Kaki Mereka!!


Kami berpendapat sejak akhir-akhir ini, sudah kerap kali Tun Dr. Mahathir tampil di media menjadi pemerhati dan memberikan komen balas mengnai isu-isu semasa di Malaysia ketika ini dan tidak lupa menyampaikan beberapa panduan serta nasihat sebagai persediaan kepada parti Barisan Nasional secara keseluruhannya sebelum menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang mana tempoh matangnya semakin lama, semakin mengecil.

Termasuklah antara pemerhatian Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Chedet beranggapan harapan parti yang pernah dipimpin selama tempoh 22 tahun lamanya iaitu parti Barisan Nasional untuk  memerintah negeri Kelantan hanya anggan semata tidak sama sekali boleh menjadi realiti disebabkan mentaliti rakyat kelantan sendiri…..

Rakyat Kelantan Chedet Blog Chedet : Rakyat Kelantan Gila, Taksub Dengan Nik Aziz. Sanggup Minum Air Basuh Kaki Mereka!!
Sumber Asal : Chedet
 
Berdasarkan ulasan dan coretan Chedet di laman blognya memberikan beberapa ciri yang ada pada rakyat kelantan sehingga menyukarkan usaha parti Barisan Nasional untuk menembusi kubu PAS di Kelantan. Antara sebabnya ialah :
  1. Rakyat Kelantan terlalu taksub kepada pemimpin mereka ini (pemimpin PAS termasuklah Nik Aziz) diibaratkan seperti sanggup minum air basuh kaki pemimpin mereka
  2. Rakyat Kelantan sukar untuk mengakui kebenaran walhal Chedet merasakan yang mana rakyat Kelantan sedar keraguan yang timbul perbuatan pemimpin PAS
Nik Aziz Mahathir Blog Chedet : Rakyat Kelantan Gila, Taksub Dengan Nik Aziz. Sanggup Minum Air Basuh Kaki Mereka!!
Di atas ini adalah pendapat Chedet terhadap rakyat Kelantan yang terus dinaungi oleh kerajaan PAS selama tempoh 22 tahun sejak tahun 1990.

Di sini, ada baiknya kami ingin terus bertanya pula kepada rakyat Kelantan amnya dan rakyat Malaysia umumnya tentang kebenaran disebalik kenyataan yang dilemparkan oleh Chedet. Adakah ia sebenarnya ada asasnya dan kebenrannnya atau ia hanyalah sekadar pemainan persepsi semata?
Aku berdoa semoga Allah memberi petunjuk kepada Chedet agar dia dapat melihat bahawa orang lain juga ada membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara, buka dia sahaja yang baik......

Apabila Lelaki Dan Wanita Bersentuhan


Aku Petik
Pada perempuan yang naif diluar sana.Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan muhrim atau pasangan masing-masing diluar sana..

Lihat yang bertanda merah dalam gambar di atas


Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut.Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang.Sedangkan lelaki berdegup di otak dan anu kerana nafsu semata..

Bahaya Duduk Atas Dompet Bagi Lelaki (Mesti Baca!)


Aku Petik

Bahaya Duduk Atas Dompet Bagi Lelaki

Tahukah anda bahawa duduk atas dompet adalah sangat bahaya khusus bagi lelaki. Sememangnya kaum lelaki sudah biasa meletakkan dompet dibelakang seluar jika hendak keluar kemana pun. Amalan ini sudah lama cuma baru sahaja mula dibangkit apabila terdapat kajian dibuat mengenainya. Berikut adalah sebab kenapa anda tidak sepatutnya untuk duduk atas dompet lagi.


Antara Seba-sebab munasabah 

1.Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki

2.Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.

3.Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.


4.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.

5.Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.

Sebutlah Dengan Betul Setiap Patah Perkataan Dan Huruf Nya



Apakah Yang Tersirat Dalam Ungkapan Adolf Hetler Ini

Rabu, 4 Julai 2012

Bila Sabah Dan Serawak Nak Buat Rumah Macam Ini ?


Negara mana kah yang mengamalkan budaya seperti ini ?






Nizar Hebat VS Najib pondan PR hebat BN tertekan

Aku petik
Berakhirlah sudah Demam bola Euro 2012 dengan Sepanyol berjaya menjuarai kejohanan dengan membelasah Italy 4 - 0. Muda mudi tua kecik yang giler bola sanggup bersengkang mata berjaga malam kerana nak nonton bola.

Bercerita pasal bola hari ini saya terjumpa gambar dua ahli politik Malaysia tengah main bola, keduanya dikira tokoh hebat dalam politik tanah air . Kebetulan nama kedua tokoh ini juga bermula dengan huruf "N" iaitu Najib dan Nizar, kira kira empat tahun yang lalu, dua watak ini telah menjadi suatu yang penting buat politik negara apabila berlaku satu rampasan kuasa di negeri Perak yang diketuai oleh Najib dan kuncu kuncunya..

Kisah rampasan kuasa oleh Najib yang lagak seperti seorang "HERO" menjadi buah mulut orang ramai dan permerhati luar kerana banyak perkara ganjil dari segi perundangan dan perlembaggan telah dinodai oleh nya menyebabkan kerajaan sah yang diketuai oleh Nizar tumbang angkara keserabutan didalam bidang kuasa Legeslatif,eksekutif dan kehakiman (separation power).Isu rampasan kuasa itu tak akan dilupai oleh  penyokong pakatan rakyat Perak semua.PRU 13 ini insyallah Pakatan Rakyat Perak akan berazam menawan kembali negeri Perak dari tangan lanun .

Oleh kerana isu rampsan kuasa di Perak telah menjadi sejarah hari ini saya nak tunjuk  gambar istimewa untuk ditonton anda semua iaitu gambar dua ahli politik yang nama bermula pada huruf " N"  sedang bermain bola.Mula aku cerita hebatnya mantan MB Perak  YB Nizar bermain bola "tak sangka aku ada skill dan bertenaga,hebat mengelecek dan memgawal bola pun cukup cekap,kalau anda tak caya tengok la gambar dibawah  aksi Nizar dengan skillnya,



Oppss!! tapi gambar yang paling bawah sekali ptuihh...  macam pondan jalan Cow kit,  gambar asli lagi real Najib Monggol sepak bola ...AuwWWW kata najib , Ha ha ha biar gambar itu berbicara ,aku bukan nak ngutuk Najib dan membodek Nizar tapi bila gambar tu aku  terjemahkan  nampak kehebatan dan kaki bangkunya dua orang Dato " N " ha ha ha.

Najib memang tersohor dari dulu sebagai wakil rakyat dan memegang berbagai jawatan didalam kabinet.Tetapi bila kita bicara siapa  Nizar  sebelum menjadi MB Perak aku jamin seorang pun tak kenal beliau.Kini sebut nama Nizar pasti  tua muda jantan betina kenal  siapa Nizar.Bila jumpa orang cina di Perak kalau  ditanya siapa MB Perak jika PR menawan  Perak dengan pantas mereka jawap Nijar ma....dalam loghrat cina.





Sepak bola macam pondan inilah perumpamaan aku kepada dato "N" mp Pekan kerana sampai sekarang takut nak bubar parlimen, jarang berlaku dalam sejarah politik negara bila mana kerajaan Bn menunggu sehingga genap 5 tahun tempoh kuasa. Kebiasaannya paling tidak tahun keempat pasti Parlimen dibubarkan untuk memberi lalun kepada pilihanraya untuk memilih mandat baru .

Najib kini sindrom "kaki letak atas bahu" bukan tangan atas bahu kerana mencari waktu yang sesuai untuk beliau membubarkan dewan tetapi hingga kini tak kunjung tiba. Duit dah banyak dilaburkan pada rakyat tetapi bila dapat risikan BN akan tewas mungkin ini menyebabkan Najib takut bubar Parlimen dan akan mengunakan mandat penuh sehingga 5 tahun.

BN sekarang dalam keadaan bertahan manakala PR dalam keadaan menyerang dengan bola di kaki penyerang PR bernama Nizar yang memakai jersi nombor sepuluh.Kini Pasukan PR sedang mendahului BN 3 - 0 dan masa permainan hampir tamat  hanya menunggu tiupan wisel sahaja. Bila tiup wisel maka ngundila kita weh ha ha ha ha ..end.

ha ha ha layan le gambor dibawah..