SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 12 Februari 2014

Pasangan Zina Mati Dalam Kemalangan Yang Dahsyat Dan Sangat Memalukan



Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalanganyang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana.Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. 

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala.MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia.Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan.Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy……

Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangandengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur………


Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat?

Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur,janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

Wallahualam..

Nauzubillah Min Zalik

renungkanlah…….. dan selamat beramal - sumber:cehabaq.com 

Secara Tiba-Tiba.. SPR Berpaling Tadah Pada Bossnya Kerana Anwar?


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan calon PKR bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melanggar mana-mana undang-undang pilihan raya seperti didakwa sesetengah pihak berhubung isu berkempen awal kerana ketua pembangkang itu secara teknikalnya masih belum sah sebagai calon.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, sebelum hari penamaan calon, badan penggendali pilihan raya itu tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang berkempen sebelum tarikh ditetapkan karana tiada undang-undang yang memberikan kuasa kepada mereka berbuat demikian.

"Sebelum penamaan calon, SPR tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada Anwar," kata Abdul Aziz apabila dihubungi The Malaysian Insider di Shah Alam.

"Sekarang kuasa terletak kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Menurut Abdul Aziz, calon bagi PRK Kajang hanya dapat diketahui selepas Pegawai Pengurus, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman mengumumkan nama calon semasa hari penamaan calon pada 11 Mac akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) berkata SPR tidak mempunyai kuasa mengambil apa-apa tindakan sebelum hari penamaan calon."Itu pun kalau ada pertandingan. Kalau tak ada orang hantar borang penamaan calon? Macam mana?" soal Abdul Aziz.

Hari ini Majlis Peguam menggesa SPR mengambil tindakan terhadap parti yang memulakan kempen sebelum hari penamaan calon bagi PRK DUN Kajang.

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, berkata SPR harus menguatkuasa undang-undang, tidak kira sama ada terhadap Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).

"Saya ucapkan terima kasih kepada Majlis Peguam kerana memberikan respon. Ini positif. Tapi mungkin mereka tidak faham.

"SPR hanya boleh menasihatkan sahaja kepada semua pihak agar tidak berkempen. Sebelum penamaan calon, kuasa di tangan polis," katanya.

Berita Harian hari ini melaporkan polis memulakan siasatan terhadap Anwar kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen awal di Kajang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pihaknya tidak menerima sebarang notis daripada Anwar berhubung kempen beliau di Kajang seperti yang dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, tindakan Anwar boleh disiasat mengikut akta tersebut kerana kempen rasmi PRK hanya boleh dilakukan selepas tarikh penamaan calon pada 11 Mac.

Semantara Anwar menafikan langkah beliau melanggar undang-undang pilihan raya dan bertegas BN sudah melancarkan kempen agresif terhadap beliau melalui media kawalan mereka seperti TV3 dan Utusan Malaysia.

Minggu lalu, SPR menetapkan tarikh 23 Mac untuk PRK Kajang dan 11 Mac untuk hari penamaan calon.

PRK tersebut diadakan berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Adun Kajang, pada 27 Januari. ~tmi

"Saya Cuba Melawan Bila Payudara Saya Diseterika" Nirmala Bonat...

KUALA LUMPUR - Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia cuba melawan apabila majikannya, Yim Pek Ha meletakkan seterika panas pada payudaranya, 10 tahun lepas.

Nirmala, 29, berkata demikian ketika disoal peguam Chan Vy Sing, yang mewakili Yim dan suaminya, Hii Ik Tiing dalam perbicaraan hari kedua kes saman yang difailkan terhadap mereka kerana mendera dan mencederakannya dengan seterika dan air panas.

Nirmala berkata dia juga sempat memegang tangan suri rumah itu dan tindakannya menyebabkan kedua-dua belah tangannya turut terkena pada seterika berkenaan, namun dia tidak cuba mengambil seterika itu daripada tangan Yim.

Jawapan ibu kepada dua orang anak lelaki itu dipertikai peguam Chan kerana di prosiding terdahulu di Mahkamah Sesyen di sini, Nirmala menyatakan dia hanya berdiri dan mengikut arahan serta tidak melawan ketika Yim meletakkan seterika pada payudaranya.

Nirmala juga tidak bersetuju apabila Chan menyatakan apa yang diceritakannya pada mahkamah hari ini adalah bercanggah dengan apa yang diceritakan lapan tahun lepas ketika prosiding di Mahkamah Sesyen. 

Wanita itu juga tidak dapat mengingati sama ada dia ada memberitahu pihak polis mengenai kecederaan pada tangannya, selain tidak dapat mengingati sama ada luka itu dimaklumkan kepada dua orang doktor yang pernah menemubualnya.

Chan: "Saya cadangkan kamu menganggap luka pada tangan akibat terkena seterika adalah tidak penting dan disebabkan itu kamu tidak memaklumkan perkara ini dalam laporan polis yang dibuat pada 2004?"

Nirmala: "Saya tidak bersetuju."

Chan: "Saya cadangkan jawapan yang diberikan oleh kamu dalam pernyataan saksi di mahkamah hari ini bahawa kamu cuba menghalang Yim daripada meletakkan seterika panas dengan kedua-dua belah tangan hanyalah rekaan bagi menuntut ganti rugi dalam kes saman kamu?"

Nirmala: "Saya tidak bersetuju."

Wanita Indonesia itu juga tidak bersetuju dengan Chan apabila peguam itu berkata dia (Nirmala) pernah memberitahu majikan bahawa luka pada tangan itu berlaku akibat tidak disengajakan olehnya.

Pada 28 Jan 2010, Nirmala memfailkan saman terhadap Yim, 46, dan Hii, 48, selepas mendakwa didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya dengan menggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya pada Jan 2004.

Wanita itu, yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan terbabit yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di sini pada Sept 2003, mendakwa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikannya rawatan perubatan yang sewajarnya. 

Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah. 

Pada 1 Okt 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala.

Perbicaraan di hadapan Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung esok. - Bernama

Tuduh Langkah Kajang sandiwara, Dr Mahathir takut kemaraan Pakatan

KUALA LUMPUR 11 FEB: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa ‘Langkah Kajang’ sehingga mendorong diadakan pilihan aya kecil sebagai sandiwara adalah bukti bekas Perdana Menteri itu takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Selangor.
“Dengan adanya Anwar (di Selangor) menjadi kekuatan baru untuk KEADILAN dan Pakatan Rakyat selain membantu negeri ini dari sudut pentadbiran dan memantapkan ekonomi Selangor.
“Apatah lagi dengan rekod yang baik dan telus pentadbian Tan Sri Khalid Ibrahim melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dinikmati rakyat Selangor sebelum ini.
“Kenyataan Mahathir itu membayangkan ketakutan,” kata Pengarah Latihan KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub.
Dalam ceramah Anwar di Kajang sebelum ini difahamkan, kroni Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling bimbang dengan kehadiran Anwar negeri terkaya di Asia Tenggara ini.
Tambahnya, dengan kemenangan Anwar di DUN Kajang menumpulkan serangan politik dan mengecilkan pengaruh Umno-BN di Selangor.
Kata Mustafa, masyarakat tidak akan memberi kesan dengan dakwaan Mahathir kerana mereka kini bijak dan celik terhadap isu-isu politik.
“Rakyat juga semakin bijak menilai (kenyataan) Dr Mahathir.
“Pengundi Kajang tetap akan memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat,” kata Mustafa kepada Keadilandaily.

Tak Ada Duit,Lelakipun Boleh Menangis Tapi lelaki Ini Slamber Jer


lelaki+hidup+tanpa+duit

Mark Boyle, lelaki berbangsa irish ini hidup Tanpa duit. Beliau tiada pendapatan, tiada duit di bank dan tiada perbelanjaan. Lelaki ini langsung tak rasa risau bila tak ada duit dalam poketnya.
Jauh berbeza dengan manusia lain, yang akan mula serabut bila poket mulai kering. Ya betul duit bukan syarat utama untuk bahagia, tapi dunia sekarang segalanya memerlukan duit. Kita akan mula gelisah bila akuan bank mulai surut, apatah lagi jika kita tidak ada kerja.

lelaki+hidup+tanpa+duit+2
Biar papa asal gua bahagia.
lelaki+hidup+tanpa+duit+3
Daun apa dia kutip ni.
Mengapa kita selalu rasa duit kita tidak cukup, sebab kita berbelanja melebih dari had kemampuan kita. Masyuk RM30 sehari tapi belanja RM50 sehari, mau tak pokai, tokey kayu balak pun boleh bankrup macam ni.-bloggerlelaki.com

Isnin, 10 Februari 2014

Wakil Jepun Datang Malaysia Mohon Maaf Daripada Anwar Ibrahim

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (2 dari kiri) bercakap pada sidang media mengenai penubuhan sebuah inisiatif baharu dengan kerjasama SPF di One World Hotel, Damansara, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
PETALING JAYA - [Dikemaskini] Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan akan mengadakan semula lawatan ke Jepun bagi menghadiri forum "Muslim Democrat" yang terhalang Januari lalu.

Beliau yang menerima kunjungan daripada Pengerusi Sasakawa Peace Foundation, Jiro Hanyu hari ini turut menerima permohonan maaf pihak penganjur kerana insiden yang memalukan itu.

"Saya menghargai tindakan yayasan yang mengambil berat insiden itu, dan beliau sendiri datang memohon maaf.

"Saya terima pelawaan itu dan mahu teruskan forum tersebut pada 26 Februari ini bagi kepentingan negara Islam berdemokrasi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak Sasakawa Peace Foundation, di sini.

Pada 19 Januari lalu, Anwar telah ditahan oleh pihak berkuasa Imigresen Jepun daripada memasuki negara itu sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Anwar dalam responsnya mendakwa, kerajaan Malaysia telah memberikan laporan terbaru termasuk skandal kepada kerajaan Jepun menyebabkan beliau dihalang memasuki negara tersebut secara sah.

Namun Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai sebelum ini dipetik sebagai berkata, Anwar dilarang memasuki Jepun kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

Namun, Jiro Hanyu hari ini memberi jaminan insiden yang memalukan itu tidak akan berulang lagi dan pihaknya bertanggungjawab di atas kesilapan teknikal yang menghalang Anwar memasuki negara matahari terbit itu.

"Saya tidak berpuas hati dengan insiden itu dan saya akan meminta pihak terbabit buat penjelasan lanjut dan memohon maaf kepada Anwar Ibrahim.

"Saya hos program itu dan saya bertanggungjawab terhadap insiden yang sangat memalukan itu dan berharap ia tidak menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Jepun," katanya.

Dalam pada itu, kata Anwar, forum Muslin for Democrat itu sebelum ini dihoskan negara Turki dan Indonesia, kini giliran Tokyo pula meneruskannya demi kepentingan negara Asia dan Islam.

"Saya menghargai kepedulian beliau dengan hadir sendiri bertemu saya menyatakan pendirian beliau dan yayasan dan mereka sudah menghubungi semua agensi kementerian di jepun bagi menyelesaikan masalah ini.

"Agenda utama kita termasuk perbincangan tentang Forum Muslim For Democrat di mana ia sedang berjalan, sebab itu perbincangan di Tokyo perlu diteruskan," katanya lagi.

Nora Oh Nora....

Nora Danish bergaya Lentik Sedap lagi




Kali ini di rumah David Teoh sempena menyambut tahun baru cina.

Ketua Cabang PKR Letak Jawatan Dan Keluar Parti ?



Ketua PKR Cabang Baling telah mengumumkan keluar parti padang Sidang media yang di lakukan di kediamanya Taman Sri Puteri, Kuala Ketil Baling Kedah.

Pada 09/2/2014 LIM CHONG ANN berbuat demikian kerana setelah sekian lama, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

Menurutnya, PKR Pusat langsung tidak mengambil berat tentang nasib Cabang-Cabang di seluruh negara ketika Ketua Cabang masing-masing cuba menghidupkan parti.

Pimpinan Pusat hanya mengutamakan KRONI dan sangat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan Ketua-Ketua Cabang yang telah bersusah payah berhabis wang ringgit semasa PRU 13, tenaga serta mencari sokongan namun dipinggirkan malahan tiada peruntukan yang diberikan oleh PKR Pusat.

Lim Chong Ann juga turut mendedahkan bahawa PKR mengamalkan kroni dalam Pembahagian anugerahan pingat kebesaran hanya diberikan kepada keluarga pucuk pemimpin tertinggi dan kroni-kroni yang tidak membantu kepada parti mahupun rakyat.

Pada Sidang akhbar tersebut Lim Chong Ann hanya keseorangan tanpa ditemani oleh mana ahli parti Cabang Baling.

Beliau memaklumkan telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Baling dan keluar dari Parti berkuatkuasa pada 3/2/2014 dan turut menghantar pimpinan PKR Negeri Kedah pada 5/2/2014.. Lapor sebuah Blog Pro UMNO dari Baling .. Kamera Kupang

Setakat ini tiada penafian dari pihak PKR Baling, walaubagaimanapun alasan-alasan yang dikemukakan bukanlah satu alasan yang direka-reka.. ianya adalah benar..

Memang benar pihak pimpinan Pusat tidak mempedulikan Cabang-Cabang.. memang benar hanya kroni diutamakan.

Dan memang benar pembahagian anugerah pingat kebesaran juga dibuat berdasarkan kroni atau lebih tepat lagi siapa pandai bodek dia dapat..

Kalau bukan kerana kroni, ianya dilantik demi kepentingan peribadi.. bak orang kata tanam budi.. 

Atau.. kalau tak pandai bodek konsep yang Najib praktikkan dalam PRN Sarawak suatu masa dulu iaitu 'You help me, I help you' digunakan..

Contohnya macam ni.. Aku bagi kat hang pingat Datuk.. Hang lantik aku jadi Ahli Lembaga Pengarah restoran nasi kandar hang..

Siapa terasa nasiblaa...

Taib Mahmud Akan Meletak Jawatan Ketua Menteri ??

YANG INI TIDAK MEMBAZIR!!! Satu PRK lagi dalam masa terdekat, sama kes macam Kajang

Taib Mahmud Bersara
PETALING JAYA: Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal diadakan tahun ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan sekiranya pemimpin paling lama di Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan. 

Taib yang menjadi Adun Balingan sejak 2001 perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat jika beliau bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu. 

Undang-undang Sarawak menyatakan mana-mana perletakan jawatan sebelum 20 Jun tahun ini, satu PRK perlu diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut. 

Sabtu lalu ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Taib mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri. 

MT PBB juga menyuarakan pendirian agar Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Sarawak menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. 

Sebagai ketua negeri, seseorang itu tidak boleh terlibat dalam politik. Justeru Abdul Taib perlu melepaskan semua jawatanya eksekutifnya dalam Kabinet dan PBB. 

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sarawak, Datuk Takun Sunggah berkata berdasarkan undnag-undang negeri, sesuatu pilihan raya tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan kerusi berlaku dalam tempoh dua tahun sebelum penggal DUN berakhir. 

"DUN Sarawak akan berakhir pada 20 Jun 2016. Jadi tempoh dua tahun penggal berkenaan akan bermula 21 Jun 2014 ini. 

"Jadi jika mana-mana individu meletak jawatan sebelum 20 Jun, maka satu pilihan raya perlu diadakan," katanya kepada The Star menerusi SMS. 

ketika penggal Abang Muhammad Salahuddin akan berakhir pada 28 Februari ini, Abdul Taib dijangka mengangkat sumpah sebagai TYT pada 1 Mac ini. 

Di Kuching, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi berkata Abdul Taib akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri 'penghujung bulan ini'. 

"Ya, anda akan menyaksikan perkara itu berlaku. Saya perlu lakukan persiapan mengenainya mengikut aturan," katanya ringkas.

Kah..Kah..Kah Lawak Yang Paling Lawak....

INILAH KAD DISKAUN & PENGECUALIAN GST KHAS UNTUK AHLI UMNO/BN




Kah3...Sakastik tahap gaban...

Sah Anwar Bertanding Presiden PKR Mei Ini

Anwar mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR selepas khabar angin yang bertiup sejak pertengahan tahun lalu. – Gambar fail. 
Anwar mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR selepas khabar angin yang bertiup sejak pertengahan tahun lalu. – Gambar fail.


 Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada Mei, sekaligus mengesahkan spekulasi selama ini.

Anwar memberikan bayangan dengan jelas beliau akan bertanding jawatan itu bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mahu berehat dan memberikan lebih tumpuan kepada cucunya berbanding politik.

"Dia mahu memberikan masa yang lebih kepada cucunya dan juga menjaga datuk," kata Anwar dalam satu wawancara bersama portal The Ant Daily.



Ketika ditanya oleh wartawan, "Apakah anda mengharapkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi perdana menteri?",

Anwar menjawab, biarlah anaknya itu melalui semua proses ke arah itu.

"Mengapa bebankan dia dengan semua khabar angin yang menyebabkan dia terkejut di peringkat awal," kata Anwar yang dipercayai merujuk kepada berita mengenai Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Syariah.

Khabar angin Anwar akan mengambil alih jawatan presiden PKR mula bertiup sejak pertengahan tahun lalu, apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mula mempertikaikan beliau dan keluarganya yang menguasai PKR.

Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isteri beliau Dr Wan Azizah adalah presiden, manakala anaknya Nurul Izzah pula adalah naib presiden. – 10 Februari, 2014. (TMI)

Sabtu, 8 Februari 2014

INI BARU BETUL PEMIMPIN MELAYU/ISLAM .. MAMPU MEMBERI TAZKIRAH.




Rakaman gambar ketika DSAI menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2, Kajang hari ini.

Alhamdulillah sambutan diberikan amat menggalakan... cara yang diambil DSAI untuk mendekati masyarakat Melayu/Islam DUN N25 Kajang amatlah tepat sekali.

Ini dinamakan strategi terus mengenai sasaran .. pengundi sebenar DUN N25 Kajang di hampiri.

Falsafah politik yang diaplikasikan oleh DSAI dan semua jentera Pilhanraya KEADILAN/PR ialah menerangan isu-isu tempatan dan nasional bukannya serang peribadi melampau dengan politik provokasi budaya samseng.

Disitu perbezaan ketara antara UMNO/BN dengan KEADILAN/PR.

Insurans Kenderaan : Jaga Hak Rakyat, Bukan Utama Kroni

Kenaikan tarif insurans kenderaan terus membebani rakyat apabila Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Namum perkara tersebut terus menjadi persoalan apabila sebelum kelulusan kadar kenaikan tersebut ia langsung tidak dimaklumkan kepada rakyat serta pengguna kenderaan.

Dr Rosli Yaakop menjelaskan walaupun rakyat hanya membayar insurans kenderaan pada setiap tahun tetapi sebagai pengguna tindakan tidak memaklumkan kepada mereka berhubung cadangan kenaikan tarif adalah suatu yang tidak wajar.

Jelasnya, kerajaan mahupun BNM perlu mendapat maklum balas dari rakyat terlebih dahulu mengenai cadangan kenaikan tarif dan ia perlu diputuskan berdasarkan pandangan rakyat sebelum keputusan kelulusan itu diperolehi.

"Perkara ini telah lama berlaku, apabila berlakunya kenaikan tarif insurans kenderaan ia hanya dilaporakn dalam akhbar dan itu pun setelah mendapat kelulusan.

"Bagi saya kerajaan dan BNM perlu mencari mekanisma di mana sebelum cadangan kenaikan tarif dilakukan, rakyat perlu dimaklumkan agar mendapat maklum balas daripada mereka.

"Pandangan rakyat perlu diambil kira, dan mereka tidak perlu dibebankan demi kepentingan syarikat insurans dalam negara ini," jelas beliau yang merupakan pakar ekonomi.

Beliau turut berharap agar satu konsultan pengguna berkenaan isu ini diwujudkan bagi memberi penerangan mengenai sebarang cadangan kenaikan kadar.

BNM melalui satu laporan mengatakan kadar tarif baharu itu akan berkuatkuasa pada 15 Februari ini ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Jelas Dr Rosli lagi, situasi sekarang pihak BNM hanya menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sahaja sedangkan rakya tidak mendapat apa-apa notis makluman.

"Setiap tahun tidak ada pengurangan apabila rakyat memperbaharui insurans kenderaan mereka, walaupun hanya tempoh setahun sekali tetapi ia turut membebani rakyat.

"Kita tahu pemilik kenderaan sentiasa mengharapkan kadar bayaran insurans mereka berkurangan setiap tahun tetapi itu tidak pernah berlaku sebaliknya mereka tetap membayar pada kadar yang sama," sambung beliau.

Katanya, pelarasan tarif ini dilakukan adalah disebabkan wujud penipuan dalam tuntutan kemalangan sehinggakan syarikat menggesa kenaikan tarif tersebut.

"Kenaikan ini tidak lain adalah wujud penipuan dalam tuntutan insurans kemalangan dari pihak tidak bertanggungjawab maka pihak insurans menggesa kerajaaan melaksanakannya bagi menampung kerugian.

"Dalam hal ini kerajaan perlu membuat pemantuan yang lebih tegas agar penipuan yang ada ini dapat dibendung dan secara tidak langsung rakyat menikmati kadar yang lebih rendah pada setiap tahun," katanya lagi.

Dr Rosli yang menggesa sebarang keputusan kenaikan tarif kadar harga, kerajaan perlu mengambil kira hak rakyat terlebih dahulu dan bukannya menjaga kepentingan kroni sahaja.- Harakahdaily

Antara Haiwan Yang Boleh Menganas

Tak tahan kene serangan itek angsa
Kene belasah monyet beb, monyet naik angin
Helang pemangsa tecabut topi dibuatnya
Hilang telingga dibuat nya 
Marah pulak badak ni dipanggil pekak badak
Monyet melepas geram 
Ambil kao suka sangat skodeng  kangaro yek
Adakah helang 2 ini marah kerana manusia ini nak curi telor nya
Mungkin gajah ni marah sebab tak di bawa balik kampong
Tapi ini tak seganas haiwan pemangsa

NGO Biadap Tidak Wajar DiDaftar..

Mat Sabu-Pas GrafikDESA PANDAN, 8 FEB: PAS membidas tindakan biadap NGO yang menawarkan habuan sehingga RM1,200 untuk mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan merakamnya.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati, mereka boleh meluahkan perkara berkenaan tanpa perlu membuat sebarang ancaman mahupun menimbulkan sentimen perkauman.

Katanya perkara ini diperbesarkan untuk terus mengalihkan perhatian rakyat terhadap kenaikan harga barang dan pembayaran pampasan berjumlah RM400 juta kepada syarikat konsesi.“Kalau nak lawan dia balik, buatlah kartun atau sebagainya. Mana boleh nak ancam dengan menampar.

“Sebab dia Cina, dia buat sikit dia (NGO) kata hina Melayu. Kita tidak termakan. Itu bukan hina Melayu. Tidak ada kena mengena.“Kita tidak bersetuju ini semua untuk mengalihkan isu dengan perkauman.

“Bila negara hadapi masalah dia main isu pekauman,” katanya kepada media selepas pelancaran program Roadshow ‘Jom Turun’ dan Solidariti Ekonomi Rakyat Insaf Kotaraya (Serik).

Katanya sehingga kini polis didakwa masih gagal menangkap pihak bertanggungjawab membaling kepala babi di dua masjid di Johor dan Selangor selepas tiga tahun kejadian ini berlaku.“Mana boleh polis tidak boleh menangkap orang yang baling kepala babi (di masjid).“Sebab risikan polis Malaysia antara yang terbaik dalam dunia. Mana boleh. Saya letak keraguan di situ,” katanya lagi.