SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 5 Oktober 2014

Empat restoran tegar langgar undang-undang diarah tutup- MPSJ

mpsjSHAH ALAM, 4 OKT: Sebanyak empat restoran yang kerap melakukan kesalahan melanggar syarat lesen ditetapkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diberi notis pembatalan dan diarahkan tutup.
Timbalan Pengarah Korporat, Muhamad Azli Miswan, berkata semua restoran itu diambil tindakan berulang kali di atas kesalahan menggunakan kawasan parkir dengan meletakkan kerusi dan meja serta gerai makanan.
“Tindakan itu menimbulkan masalah kesesakan lalulintas dan halangan yang menjadi rungutan serta ketidakselesaan pengguna jalan raya dan pengunjung lokasi.
“Restoran ini juga didapati menggunakan gerai yang melampaui jumlah dibenarkan dalam restoran sehingga mencemar longkang awam dan menjejas kebersihan persekitaran,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Dua daripada restoran terletak di Taman Equine, Sri Kembangan manakala dua lagi di Puchong Jaya.
Berdasarkan rekod, dua restoran itu pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan selama 11 kali manakala dua lagi sebanyak enam kali pada tahun ini sahaja.
Selain diarah tutup, pengusaha terlibat juga diminta mengemukakan surat alasan penolakan tindakan pembatalan lesen terhadap mereka dalam tempoh tujuh hari.
Penyerahan notis tersebut disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Pelesenan, Ismail Salim.
Tindakan diambil di bawah Undang-undang Kecil Tred Pelesenan, Perniagaan & Perindustrian MPSJ 2007 yang sekiranya didapati bersalah boleh menyebabkan lesen perniagaan di batalkan.
“MPSJ menggalakkn peniaga untuk menjalankan perniagaan di kawasan Perbandaran Subang Jaya tetapi mereka perlu bertanggungjawab mematuhi syarat lesen dan peraturan ditetapkan,” katanya.
Dalam pada itu, MPSJ mengenalpasti 19 restoran yang masih tegar melakukan pelanggaran syarat lesen.
Mereka akan dikenakan tindakan serupa sekiranya masih mengulangi kesalahan itu.

Disamping Meraikan Kedua Mempelai, Juga Majlis Perjumpaan Keluarga Besar En Zulkifli

 


























OLAHRAGA MUDAH UNTUK PERUT INDAH


Memiliki perut impian setiap orang bukanlah hal yang mustahil.
Caranya dengan memilih sukan/senaman yang tepat dan lakukan secara konsisten.
Siapa ye yang tak ingin memiliki perut rata? Anda pun tentu ingin memilikinya. Namun, bertambahnya ukuran lingkar pinggang seiring usia membuat kita kurang percaya diri. Olahraga merupakan solusi untuk mengusir timbunan lemak di area perut. Asal perhatikan jenis dan teknik olahraga yang tepat agar hasilnya cepat terlihat. Seperti tertera di www.fitday.com, yuk kenali olahraga efektif demi mewujudkan perut indah:
1. Awali dengan membakar lemak 
Sebelum melakukan olahraga pembentuk otot perut, mulailah dengan latihan kardio, seperti jalan cepat, jogging, dan berenang. Latihan kardio efektif meningkatkan metabolisme tubuh sehingga kalori dan lemak terbakar lebih cepat. Sia-sia jika Anda langsung melakukan olahraga pembentuk otot perut karena otot itu bersembunyi di bawah timbunan lemak. Lakukan olahraga kardio yang terbilang mudah ini tiga atau empat kali seminggu dengan durasi sekitar 30 menit.
2. Lanjutkan dengan membentuk otot perut 
Bila lemak perut telah menyusut yang ditandai dengan ukuran lingkar pinggang yang berkurang, Anda bisa mulai melatih otot perut. Selain sit up, Anda bisa melakukan gerakan yoga dan pilates yang fokus membentuk otot perut bawah dan atas. Lakukan latihan ini sekitar 3-4 kali seminggu.
3. Lakukan latihan dengan interval 
Untuk mendapatkan hasil optimal sekaligus mengurangi risiko cedera, lakukan intensitas latihan di atas dengan interval. Awali dengan pemanasan, lanjutkan dengan kecepatan tinggi, dan akhiri dengan kecepatan rendah. Sebagai contoh, jika melakukan jogging, mulailah dengan jalan lambat selama lima menit untuk pemanasan. Kemudian jogging selama sepuluh sampai lima belas menit dengan meningkatkan kecepatan. Lalu, lakukan lari cepat selama dua menit. Setelah itu, kurangi kecepatan dengan kembali jogging selama lima menit.
Sebelum dan sesudah melakukan olahraga tersebut, pastikan Anda mengonsumsi air putih yang cukup agar terhindar dari dehidrasi. Hasil baik akan didapat jika Anda menerapkan pola makan yang baik. Atur pola makan Anda dan hindari makanan yang mengandung kalori, garam, dan gula tinggi serta perbanyak makanan berserat.
Article Futuready.com

MB: Jadikan pengalaman Malcolm X iktibar kekal keharmonian & kemakmuran

SHAH ALAM 4 OKT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyeru Umat Islam menjadikan pengalaman pejuang berbangsa Afro-Amerika, Malcolm X sebagai iktibar untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran.
Mohamed Azmin dalam perutusan sempena Hari Raya Eidul Adha berkata, demokrasi menyeluruh, kemerdekaan dan kebebasan hak asasi manusia serta toleransi dalam masyarakat majmuk tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan.
“Justeru ibadah korban juga menuntut kita untuk memahami makna lebih meluas tentang pengorbanan termasuk pengorbanan masa dan tenaga akliah untuk merangka dan melaksanakan dasar Kerajaan Negeri secara efektif dan efisien,” kata Mohamed Azmin.
masjid7Kata beliau 60 tahun yang lalu seorang pejuang berbangsa Afro-Amerika yang baru memeluk agama Islam menunaikan fardhu haji dan menulis surat ke Amerika menyatakan pengalaman menunaikan ibadah haji.
Malcolm X menulis terdapat puluhan ribu manusia menunaikan haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia dengan kulit mereka dari semua warna, dari yang bermata biru dan berambut perang kepada orang Afrika yang berkulit hitam.
Tetapi mereka semuanya melakukan ibadat yang sama, menzahirkan semangat perpaduan dan persaudaraan di mana pengalaman saya di Amerika menyebabkan saya berpendirian tidak boleh berlaku antara manusia kulit putih dan bukan kulit putih.
Belum pernah saya melihat persaudaraan yang jujur dan sebenar yang diamalkan bersama oleh manusia dari semua warna.
Surat ini ditulis oleh Haji Abdul Malik al – Shabaz atau lebih dikenali dengan nama Malcolm X.
Mohamed Azmin berkata pengorbanan ini membuka ruang seluasnya untuk merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Pembangunan.
“InsyaAllah, kita boleh mencapai pembangunan untuk semua,” katanya.

Serah memo kepada PM agar mansuh Akta Hasutan


PUTRAJAYA: Rayuan agar kerajaan meningkatkan kebebasan rakyat diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
  
Wakil dua kumpulan iaitu Institute of Journalists Malaysia dan Gerakan Media Marah (Geramm) menyerahkan petisyen agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan dan memprotes penahanan seorang wartawan bulan lalu di bawah undang-undang tersebut.
  
Menurut satu kenyataan mereka hari ini, rayuan itu diterima Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang berjanji akan menyerahkan dokumen itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Kumpulan itu turut meminta tuduhan terhadap wartawan Susan Loone digugurkan.
  
Loone ditahan di Pulau Pinang pada 4 Sept lalu berhubung laporannya mengenai tindakan polis terhadap seorang anggota exco. - Bernama

Sabtu, 4 Oktober 2014

Gila zalim punya buli : Junior dipaksa cium bontot sesama sendiri


Aidiladha: Berlaku adil sesama manusia

KUALA LUMPUR: Berkorban memerlukan takwa dan takwa agak sukar diperolehi tanpa sifat tadhiah (pengorbanan) khususnya dalam menegakkan suruhan Allah.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, seseorang muslim yang sebenar hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan mematuhi prinsip-prinsip keadilan sesama manusia.

Bahkan kata beliau, wajib berlaku adil sesama manusia walaupun dari golongan yang tidak sehaluan dan ini merupakan syarat-syarat ketakwaan yang sempurna.

"Kehidupan hari ini kita menyaksikan bagaimana wujudnya pihak yang sewenang-wenangnya bertindak melanggar perjanjian dan tidak berlaku adil semata-mata kerana tidak mahu memberikan hak kepada pihak yang tidak disenangi dan dianggap musuh politik mereka.

"Hasil mahsul bumi diangkut sewenang-wenangnya tanpa sebarang faedah kepada penduduk setempat sekalipun sudah wujud perjanjian yang jelas," katanya dalam prutusan khas Aidiladha hari ini.

Menurutnya, sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT, hak-hak yang telah diiktiraf di dalam perjanjian hendaklah sentiasa dihormati tanpa sebarang penyelewengan fakta semata-mata kerana tidak sehaluan dari sudut fahaman politik dan lain-lain.

"Jika seseorang itu tidak mematuhi janji yang telah dimeterai, maka hilanglah penghormatan orang lain terhadap dirinya dan pastinya akan dikecam sebagai pengkhianat serta tidak boleh dipercayai," tegasnya.

Berikut teks penuh perutusan Aidiladha 1435 oleh beliau.
______________________________________________

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهُ أكْبَرُ ، اللهُ أكْبَرُ ، لا إله إلا الله والله أكبر اللهُ أكْبَرُ ولله الحمد

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredhaan Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah Telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-Hajj : 37)

Aidiladha atau hari raya korban, mengenangkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam bersama puteranya Ismail, kisah kepatuhan, ketaatan, pengorbanan dan kesabaran mereka dalam menjunjung perintah Allah SWT apabila Nabi Ibrahim diarahkan untuk menyembelih anak kesayangannya Ismail.

Sebagai mencontohi pengorbanan mereka, Rasulullah SAW telah menganjurkan agar menyembelih binatang pada hari raya korban sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang mempunyai kemampuan dan tidak mengerjakan ibadat korban, janganlah mendekati tempat solat kami". (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Berkorban memerlukan takwa dan takwa agak sukar diperolehi tanpa sifat tadhiah atau berkorban khususnya dalam menegakkan suruhan Allah. Seseorang muslim yang sebenar hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan mematuhi prinsip-prinsip keadilan sesama manusia. Bahkan wajib berlaku adil sesama manusia walaupun dari golongan yang tidak sehaluan dan ini merupakan syarat-syarat ketakwaan yang sempurna.

Kehidupan hari ini kita menyaksikan bagaimana wujudnya pihak yang sewenang-wenangnya bertindak melanggar perjanjian dan tidak berlaku adil semata-mata kerana tidak mahu memberikan hak kepada pihak yang tidak disenangi dan dianggap musuh politik mereka. Hasil mahsul bumi diangkut sewenang-wenangnya tanpa sebarang faedah kepada penduduk setempat sekalipun sudah wujud perjanjian yang jelas. Semua ini berlaku apabila orang-orang Islam sendiri tidak menghayati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Orang-orang Islam itu dipegang pada janji mereka". (Riwayat Imam Bukhari)

Sepatutnya sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT, hak-hak yang telah diiktiraf di dalam perjanjian hendaklah sentiasa dihormati tanpa sebarang penyelewengan fakta semata-mata kerana tidak sehaluan dari sudut fahaman politik dan lain-lain. Jika seseorang itu tidak mematuhi janji yang telah dimeterai, maka hilanglah penghormatan orang lain terhadap dirinya dan pastinya akan dikecam sebagai pengkhianat serta tidak boleh dipercayai.

Demi keadilan yang dituntut oleh Islam, maka hak-hak yang telah termaktub di dalam sebarang perjanjian yang tidak melanggar syarak hendaklah dikembalikan agar tidak menjadi bebanan di hadapan Allah SWT. Ingatlah walau siapapun kita dan setinggi mana pun pangkat yang kita miliki, sebarang pengkhianatan terhadap perjanjian tetap akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Kita mungkin berjaya melepasi mahkamah di dunia, tetapi kita tidak mungkin dapat melepasi mahkamah Allah SWT di akhirat kelak.

Sempena menyambut hari raya aidiladha yang hanya beberapa hari sahaja lagi, saya dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri mengambil kesempatan memohon kemaafan jika ada salah silap dan kepada anak-anak Kelantan di perantauan agar dapat berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman nanti. Maaf Zahir Batin khas buat seluruh rakyat Kelantan dan tidak dilupakan juga kepada pasukan keselamatan yang bertugas diperbatasan.

من العائدين والفائزين كل عام وأنتم بخير

“Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin”


Belanjawan Selangor fokus perumahan, pendidikan - Azmin

 KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menjangkakan sebanyak RM2.3 bilion akan diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri 2015 yang akan dibentangkan pada 24 November depan.

Beliau berkata belanjawan terbabit akan memberi fokus kepada perumahan dan pendidikan.

“Saya sedang meneliti teras belanjawan itu. Ia akan di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diluluskan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis bacaan doa selamat dan Surah Yasin sempena pelantikannya sebagai Menteri Besar, di Masjid Bukit Antarabangsa.

Katanya, ia akan membabitkan 50 peratus pembangunan dan 40 peratus bagi pengurusan.

Katanya, bagi perumahan, kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah.

“Kita menitikberatkan kepada penduduk migran, yang mana datang ke negeri ini untuk bekerja.

“Kita juga mahu kaum Melayu menguasai hartanah negeri, kita tidak mahu lagi bila sebut Melayu, orang hanya fikir setinggan,” katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Selain itu, ujarnya bagi pendidikan, kerajaan negeri akan mengkaji sejumlah peruntukan untuk diberikan biasiswa kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Inpens.

“Kita tidak mahu pelajar dibebankan dengan yuran yang tinggi, jadi kita akan bantu mereka kerana pendidikan adalah teras utama dalam cabaran global,” katanya.

Kamera terkini yang dapat menangkap lebih dari muka

Kini anda tidak perlu rasa bersalah untuk fokus kerana ia membuatkan anda tidak akan terlepas saat-saat terbaik.. cehh

agaknya kamera ni keliru dengan orang kepala botak kot.. bulat semacam je..ahaks

ATASI TANTRUM PADA ANAK

http://4.bp.blogspot.com/-4q2XOgHVtw4/UkEVDVNDAVI/AAAAAAAAAqA/iC5p1Fr7NIc/s1600/tantrum.jpgDengan penanganan yang tepat, tantrum bisa diatasi agar tak berkembang lebih lanjut.
Oleh Rosdiana Setyaningrum Psikolog

Pernah melihat atau mengalami, saat anak Anda berusia di bawah 5 tahun sedang mengamuk? Ia menangis, berteriak, menghentak-hentakkan kaki, sampai ada yang memukul orang lain atau membenturkan kepalanya ke lantai. Tingkah laku seperti itu dikenal dengan istilah temper tantrum.
Temper tantrum merupakan ledakan emosi yang ditandai dengan ekspresi marah, menangis, berteriak dengan nada tinggi atau kata-kata yang kasar dan menjadi keras kepala. Saat tantrum, sang anak bisa kehilangan kontrol fisiknya sehingga tak bisa diam dan menolak ditenangkan, bahkan ia belum bisa tenang walaupun keinginannya telah terpenuhi. Setiap anak pernah mengalami fase ini, namun tingkatnya yang berbeda-beda.

Mengapa 2 Tahun?
Temper tantrum dimulai saat anak berusia 2 tahun. Oleh karena itu, usia ini tahun disebut sebagai “Terrible Two”. Gejala tantrum berkembang karena beberapa hal. 

Pertama, anak sedang dalam tahap kemandirian. Ia ingin melakukan segala sesuatu tentunya dengan caranya sendiri, sehingga ia tidak senang kalau harus banyak diatur oleh orang lain.

Di usia 2 tahun juga mulai berkembangnya otak emosi anak. Bila sebelumnya bayi berpikir ‘hanya’ dengan otak refleksnya, sekarang kemampuannya meningkat. Ia mulai ‘berpikir’ menggunakan otak emosinya. Pada usia inilah anak dapat merasakan bermacam emosi, seperti senang, marah, kesal, bingung, dan lainnya.

Di sisi lain, kemampuan bicaranya belum berkembang optimal. Di tahap usia ini, ia baru saja bisa berbicara atau hanya bisa mengucapkan sekitar 50 kata. Jadi bisa dibayangkan, saat ia tak dapat mengungkapkan perasaannya yang campur aduk, akhirnya ia merasa frustasi dan melampiaskannya dengan tantrum.

Apakah temper tantrum akan berlanjut ke usia 3-5 tahun? Tergantung cara penanganan orang tuanya. Biasanya, yang banyak terjadi adalah orang tua justru mendukung tantrum si anak. Alasannya tak tega karena ia menangis atau tak mau pusing mendengar tangisannya yang melengking. Bisa juga karena malu dilihat banyak orang kalau terjadi di tengah keramaian.

Akhirnya, tiap kali anak mengalami tantrum, kita memberikan apa yang ia inginkan. Kita lupa bahwa anak adalah pembelajar yang baik. Dengan cepat ia mempelajari cara yang mungkin digunakan untuk mendapatkan keinginannya. Bila dengan cara menangis, apalagi ditambah berteriak, orang tuanya akan menuruti keinginannya, alhasil tantrum digunakan sebagai senjata andalannya.
Bagaimana Mengatasinya?

Seandainya gejala tantrum baru terlihat, ingatlah bahwa tiap anak pasti melakukannya, jadi diamkan saja. Mendiamkan adalah cara paling manjur untuk menghadapi temper tantrum.

Saat melakukan tantrum, anak berharap supaya kita memberikan apa yang ia inginkan. Bila dengan cara yang dilakukan ternyata tak berhasil mendapatkan keinginannya, tentu ia akan berhenti melakukannya. Setelah ia tenang, katakan dengan halus bahwa cara itu tidak kita sukai dan tunjukkan cara lain yang tepat. Jelaskan pula mengapa kita tak bisa memberikan apa yang ia minta. Lakukanlah dengan konsisten sampai kebiasaan buruk itu hilang. Namun ada saat ketika kita tidak menghiraukan tangisannya, bukannya malah diam, ia justru meningkatkan level tantrumnya.

Namun ada saat ketika kita tidak menghiraukan tangisannya, bukannya malah diam, ia justru meningkatkan level tantrumnya. Misalnya dari hanya tangisan ditambah teriakan, bahkan sampai memukul dan menyakiti dirinya sendiri. Inilah kondisi paling menantang yang seringkali membuat orang tua akhirnya mengalah dan memenuhi keinginannya.

Lain halnya kalau tantrum telah menjadi kebiasaan yang berarti  membutuhkan waktu pemulihan lebih lama. Serta menuntut keteguhan hati orang tuanya karena cara mengatasinya masih tetap sama, yakni mendiamkan. Namun tetap dijaga agar tak melukai diri sendiri atau orang lain. Lakukanlah dengan konsisten dan bersabarlah menghadapi perlawanan dari anak.

Salah satu cara agar tetap konsisten berkata tidak pada anak yang tantrum, kita bisa bayangkan hal ini: Kalau masih kecil saja ia sudah berteriak-teriak hanya untuk minta mainan, apa yang akan ia lakukan kelak kalau sudah dewasa? Banyak orang dewasa melakukan hal kurang bijak karena memang terbiasa sejak kecil. Ingatlah bahwa apa yang kita ajarkan pada anak saat ini akan terbawa sampai ia tumbuh dewasa nanti.

Berdasarkan penelitian, anak yang terbiasa menahan keinginan akan tumbuh menjadi orang yang bertingkah laku lebih baik dan lebih bahagia. Sebagai orangtua, apa lagi yang kita harapkan selain melihat anak kita bahagia?  Article Futuready.com 

Jumaat, 3 Oktober 2014

Bersyukur atau protes, SAMM jawab kenyataan menteri

1. Kenyataan Menteri KPDNKK, YB Datuk Hassan Malek yang meminta rakyat bersyukur dengan kenaikan harga bahan bakar dilihat begitu menghiris perasaan rakyat. Sama ada menteri ini tidak sengaja mengeluarkan kenyataan itu atau sememangnya tidak mempunyai tahap pemikiran seorang pemimpin.

2. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat pihak kerajaan tidak mempunyai alasan yang releven untuk kenaikan harga bahan bakar yang menjadi kunci kenaikan kos sara hidup. Ketika ini harga minyak pasaran dunia merundum ke aras paling rendah dalam tempoh 3 tahun. Mengapa kerajaan tergamak menaikkan harga minyak domestik?

3. Kata-kata untuk menjimatkan perbelanjaan negara, pembangunan luar bandar, menaiktaraf sistem pengangkutan awam, menambah kadar BR1M dan sebagainya hanyalah satu penyedap halwa telinga sahaja.

4. Imbas kembali, zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu kenaikan harga bahan bakar mencecah 78 sen seliter, yang ketika itu harga minyak global mencanak tinggi. Maka lebihan pendapatan dari kenaikan itu kononnya digunapakai untuk menaik-taraf pengangkutan awam. Apa hasilnya? Hanya lambakan bas-bas Rapid yang tersadai menjadi besi buruk kerana urustadbir yang penuh ketirisan.

5. September 2013, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Razak umum kenaikan harga bahan bakar RON95 dan diesel untuk menjimatkan perbelanjaan negara. Sama juga alasannya ketika ini. Namun, siapakah yang boros dan tidak amanah dalam mengurus perbelanjaan? Rakyat atau kerajaan? Banyak kelompongan dalam pengurusan perbendaharaan negara yang tidak diatasi sehingga kini.

6. Alasan menteri kononnya kenaikan harga bahan bakar kali ini didorong oleh langkah untuk mencegah penyeludupan. SAMM melihat sepatutnya pihak kerajaan pertingkat operasi di pintu sempadan untuk mencegah penyeludupan, bukan menghukum rakyat di atas kebocoran sempadan. Semua lorong-lorong tikus laluan penyeludup perlu dipantau rapi yang melibatkan pelbagai agensi. Atau apakah agensi-agensi terbabit di pintu sempadan telah gagal sama sekali sehingga Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil langkah menaikkan harga bahan bakar?

7. Sekali lagi, Kerajaan Persekutuan menggunakan hujah kononnya harga bahan bakar kita antara yang termurah. SAMM berpandangan tidak patut jika ingin dibandingkan dengan negara "net importer" lain kerana hakikatnya kita adalah negara "net exporter" petroleum. Rakyat juga sering dimomokkan dengan ungkapan sumber minyak negara semakin habis sedangkan penemuan-penemuan telaga minyak baru sering sahaja dirahsiakan daripada pengetahuan khalayak umum.

8. Adalah tidak adil juga jika kita membandingkan harga bahan bakar di antara negara kita dan negara jiran dengan menggunakan matawang kita. Umum mengetahui bagaimana nilai matawang kita yang semakin rendah berbanding matawang negara jiran. Tambahan lagi, kita juga harus melihat pendapatan perkapita negara tersebut berbanding dengan kita. Dengan kuasa beli mereka yang besar walaupun harga minyak mereka tinggi, ia tidak akan mengganggu keadaan taraf hidup rakyat mereka.

Apa pun hujahnya, kenaikan harga bahan bakar ini menunjukkan kegagalan dahsyat Perdana Menteri dan Kabinetnya dalam menjaga amanah menguruskan perbendaharaan negara. Lantas, mengambil jalan mudah menaikkan harga bahan bakar bagi membendung defisit yang semakin membesar.

Untuk kesekian kalinya, rakyat Malaysia harus membayar harga yang mahal di atas siri kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri dan kabinetnya mengurustadbir negara. Maka rakyat harus protes, bukan bersyukur membabi-buta.

Penulis ialah Pengarah Badan Penyelidik SAMM
AHMAD ANWAR ASYRAF

Jelaskan ke mana penjimatan subsidi dibelanja – NGO

KUALA LUMPUR 3 OKT:  Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bimbang kenaikan harga minya disusuli peningkatan harga barangan keperluan lain yang akan menyebabkan rakyat semakin terbeban.

Naib Presidennya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, selain harga minyak, rakyat bakal menerima beban kenaikan berganda apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April tahun hadapan.
Syed_Ibrahim_MafrelMenurutnya, adalah menghairankan apabila terdapat laporan bahawa harga minyak dunia berada di tahap rendah dan beberapa negara lain turut mengumumkan penurunan harga petrol.“Adalah sesuatu yang menghairankan bila mana kenaikan harga minyak dilakukan dengan alasan untuk merasionalisasi subsidi minyak negara sekiranya laporan itu benar.“IKRAM juga tidak pasti sejauh manakah keberkesanan kenaikan harga minyak ini dalam mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan media. 

Sehubungan itu, NGO itu menuntut kerajaan memastikan bahawa harga barangan keperluan tidak terus meningkat susulan kenaikan tersebut.“Ke mana hasil penjimatan itu akan dibelanjakan juga perlu dijelaskan kepada rakyat,” ujarnya.

Pada 2 September 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan berjaya menjimatkan RM1.1 bilion sewaktu mengumumkan kenaikan harga RON95 sebanyak 20 sen seliter.
Bagaimanapun, kerajaan tidak menyatakan penjimatan terkini berikutan langkah terbaru  menaikkan harga RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen, pada 2 Oktober lalu.

Naik harga minyak, BN jerut leher rakyat – Rafizi

KUALA LUMPUR 2 OKT: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kenaikan harga minyak membuktikan kezaliman Barisan Nasional yang disifatkan terus ‘menjerut leher rakyat’ di negara ini.

Katanya, langkah  itu juga akan menyebabkan kenaikan harga barang keperluan berlaku lebih awal sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun hadapan.“Kerajaan akan mengenakan GST pada April 2015 yang dijangka akan meningkatkan harga barangan dan kos perkhidmatan.“Tapi jangkaan ini silap kerana peningkatan ini akan berlaku lebih awal daripada apa yang kita jangkakan selepas pengumuman ini dibuat.

rafizi_pkrHQ_Mosti“Rakyat ditekan dan terpaksa menanggung beban akibat kebergantungan negara terhadap hutang yang sudah terlalu tinggi,” katanya yang menambah pelaksanaan GST akan memberi kesan berganda kepada orang ramai.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa tengah malam tadi.

Menurut Rafizi, peningkatan harga minyak secara tidak langsung menambah bebanan hutang isi rumah rakyat sekaligus menyebabkan kemiskinan semakin bertambah. “Selepas subsidi petrol dikurangkan, harga minyak akan naik, harga barang dan kos perkhidmatan lain semakin meningkat yang akhirnya bebanan bulanan setiap isi rumah turut bertambah,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan itu. Ditanya tentang dakwaan kerajaan bahawa penyelarasan subsidi itu selari dengan pemberian BR1M, Rafizi berkata pemberian ‘One Off’ itu dapat membantu sepenuhnya kos sara hidup bagi jangka masa panjang.

“BR1M dilaksanakan bagi menampung perbelanjaan rakyat untuk jangka masa singkat. Persoalannya, adakah ini kekal sebagai jaminan jangka panjang yang dapat membantu meringankan kos hidup rakyat?“Rasionalisasi subsidi kerajaan untuk membantu rakyat negara ini nampaknya diukur selepas kerajaan gagal mengurus negara yang berterusan mencatatkan kerugian,” ujarnya.

Jelas Rafizi, pengurangan subsidi kerajaan kini disifatkan sebagai pengkhianatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap amanah rakyat yang mahukan jaminan kehidupan yang lebih selesa.
Malah, beliau turut mempersoal tindakan yang dibuat oleh kerajaan Umno BN berikutan harga pasaran minyak mentah di pasaran dunia kini dilaporkan menurun. Sebaliknya kerajaan bertindak menaikkan harga minyak secara membabi buta tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung rakyat. “Kita persoal adakah tindakan Najib ini tepat dalam masa harga pasaran harga minyak mentah dunia kini menurun?” soalnya.

Tahniah Kerajaan Malaysia (Najib) Menaikkan Haega Petrol

Harga minyak dunia jatuh paras terendah..kerajaan BN pula naik harga minyak..!!!

Harga minyak dunia merekodkan paras terendah dalam tempoh 27 bulan kepada AS$93 setong, hari ini apabila harga rasmi komoditi itu diturunkan oleh pengeluar utama, Arab Saudi.
Selain itu, penurunan harga minyak juga disebabkan oleh kejatuhan saham Eropah berikutan para pelabur mengambil sikap menunggu sama ada pelan pembelian aset oleh Ketua Bank Pusat Eropah (CEB), Mario Draghi mampu menyuntik keyakinan kepada ekonomi zon tersebut.
Pemotongan harga jualan rasmi secara besar-besaran oleh Saudi Aramco kepada pelanggan Asia semalam telah menjadi satu petunjuk jelas bahawa pengeksport minyak terbesar dunia itu cuba untuk bersaing dalam penguasaan pasaran minyak mentah.

“Ini merupakan satu perubahan struktur di dalam pasaran minyak yang mana Arab Saudi dengan jelas menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bersaing dari segi harga."Saya rasa harga Brent akan jatuh di bawah paras AS$88 sebelum ia mencapai paras terendah,” demikian menurut Ketua Penganalisa Komoditi SEB di Oslo, Bjarne Schieldrop.Harga Brent bagi penghantaran November jatuh sebanyak AS$1.30 kepada AS$92.86, terendah sejak Jun 2012.

Manakala harga minyak mentah Amerika Syarikat bagi penghantaran November jatuh sebanyak AS$1.10 kepada AS$89.63 setong, paras terendah dalam tempoh 17 bulan.Data yang dikeluarkan semalam menunjukkan sektor pengilangan Eropah dan China terus lemah.Dalam pada itu, Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang akan bermesyuarat bulan depan dijangka mengurangkan pengeluaran disebabkan oleh penurunan harga minyak.Biarpun para penganalisis meramalkan OPEC akan melakukan penyesuaian terhadap pengeluaran minyak daripada sasaran awal iaitu 30 juta tong sehari pada 2015, namun ia masih tidak mencukupi bagi kumpulan tersebut untuk memaksa harga minyak naik semula.

Saari pertahan tindakan, sedia berjumpa Hadi beri penjelasan - OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Rupanya semasa mereka (Saari dan Hasnul) dicemuh serta dicop sebagai broker dan barua oleh tuang presideng, PAS belum lagi mendapat penjelasan dan sebab dari dua orang ini rupanya.

Huh pemimpin yang hebat....macam ayah yang ego menyebat dulu baru tanya dan siasat anak-anak yang disebat

Kuncu-kuncu di bawah yang punya otak kontot tu biasalah. Bukan boleh buat kira ada yang wala' melulu dan ada juga kaki ampu.......

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, berkata keputusan beliau menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dibuat selepas berfikir panjang demi kepentingan Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 Oktober, 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib mempertahankan tindakannya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar (MB) Selangor, mengatakan ia demi menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
Beliau yang dicemuh ramai ahli PAS, termasuk presiden partinya sendiri, memberitahu The Malaysian Insider kesediaannya berjumpa dan menerangkan tindakannya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya mengambil tindakan 14 Ogos lalu demi kepentingan PR pada ketika itu. Tiada niat langsung untuk melanggar apa-apa peraturan parti, kerana PAS belum membuat apa-apa keputusan ketika itu," katanya semalam, tiga jam sebelum melangkah ke Ibu Pejabat PAS bagi menghadapi prosiding Jawatankuasa Tatatertib PAS.
"Ia dibuat berdasarkan situasi yang bagi saya, sangat kritikal ketika itu, bersandarkan maklumat yang saya terima sebagai seorang Adun PAS di Selangor, apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai majoriti.
"Saya sedia memohon maaf kepada Presiden PAS kerana tidak memberitahu beliau sebelum membuat keputusan dan mengambil tindakan itu," kata Adun Hulu Kelang itu, bercakap kepada The Malaysian Insider di rumahnya di Wangsa Maju, ditemani isteri dan anak-anaknya.


Saari Sungib ketika tampil bersama Adun PKR dan DAP memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.
Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharudin bertindak menandatangani SD bagi menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor pada 14 Ogos lalu
.

Ekoran itu, beliau dikecam sebahagian pemimpin PAS dengan melontarkan pelbagai panggilan, termasuk pengkhianat, melompat ke parti lawan, munafik, dilaknat Allah dan penyangak.

Dewan Ulama PAS Selangor meluluskan usul agar beliau dikenakan tindakan tatatertib, manakala Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat mahu beliau dipecat kerana mengkhianati parti.

Petang Isnin, Saari dan Hasnul dipanggil Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagi menjelaskan tindakan mereka itu, sebagai prosiding awal tindakan tatatertib terhadap mereka berdua.

Mereka berdua ke Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan menemui Mustafa dan Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Takiyudin Hassan.

Saari menjelaskan, beliau tidak pernah berbincang dengan Hasnul dalam tindakannya menyokong Dr Wan Azizah sebelum ini.

"Saya hanya mengetahui Hasnul bersama saya ketika kami sama-sama ke pejabat peguam untuk menandatangani SD itu," kata Saari.

"Apa yang ada dalam fikiran saya ketika mengambil tindakan itu adalah untuk menyelamatkan kerajaan PR selepas Khalid mendakwa beliau mempunyai majoriti dan tidak mahu meletak jawatan apabila diputuskan partinya agar berbuat demikian.

"Tindakan pantas adalah kritikal. Saya hanya ingin menafikan kenyataan Khalid. Secara teknikalnya, sokongan perlu dipindahkan kepada seorang Adun lain pada masa itu, iaitu Dr Wan Azizah," kata Saari.

Ketika itu, kata Saari, PAS belum membuat sebarang keputusan rasmi dan beliau sebagai Adun PAS di Selangor tidak menerima arahan mengenainya.

Beliau berkata keputusannya dibuat selepas memikirkannya "secara mendalam" dan memastikan tidak ada arahan PAS dalam keadaan Khalid mengatakan dia ada sokongan majoriti.

"Tindakan saya itu hanya untuk menyelamatkan kerajaan PR," katanya, merujuk beberapa krisis sebelum ini termasuk kejatuhan kerajaan PR di Perak.

Tindakan menyokong Dr Wan Azizah juga sesuai dengan resolusi Muktamar PAS sebelum ini yang memutuskan agar PAS memperkasakan PR, kata Saari.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos selepas itu memutuskan untuk mencalonkan Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon MB.

Saari hanya menyedari tindakan beliau tidak disenangi sebahagian pemimpin PAS termasuk di kawasan beliau sendiri, Gombak, selepas sidang media memaklumkan beliau menandatangani SD itu pada 14 Ogos.

"Saya terima pelbagai tohmahan dan cercaan termasuk gelaran broker dan barua serta tuduhan dicuri dan dibeli.
“Yakin dengan apa yang saya lakukan, insya Allah semua kata-kata nista dan celaan tersebut saya harapkan akan dijadikan Alalh sebagai pahala dan ganjaran bagi saya,” kata Saari syahdu.

Apa yang dirasai oleh Saari turut dirasai oleh isterinya Aliza Jaafar dan anak mereka.
Bagi Aliza (gambar, kiri), apa yang dilakukan ahli PAS lain terhadap suaminya adalah tidak wajar.

"Menjadi satu dosa memutuskan ukhuwwah yang dibina bersama-sama sejak sekian lama. Saya juga ahli Muslimat PAS dan aktif bersama mereka sebelum ini," katanya yang sebelum ini terpaksa berpisah dengan suaminya yang meringkuk dua tahun di Kem Tahanan Kamunting.

Saari ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Ketika ditanya kenapa baru sekarang beliau bersedia bercakap dengan wartawan secara rasmi, Saari berkata: "Kami mahu isu perlantikan MB Selangor selesai dahulu. Begitu juga pilihan raya kecil Pengkalan Kubor. Kini semua telah selesai dan saya pun akan bertemu dengan pimpinan PAS bagi berbincang mengenainya."

Jawatankuasa PAS Pusat dijangka mendengar laporan Setiausaha Agung PAS mengenai Saari dan Hasnul dalam mesyuaratnya yang akan datang. – 2 Oktober, 2014