SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 3 Februari 2015

Ikan Keli Haram Dijual Di Terengganu ??

Orang ramai di Terengganu dinasihatkan supaya supaya lebih berhati-hati ketika membeli ikan keli di pasar-pasar negeri ini bagi mengelak mendapatkannya daripada sumber yang diragui kehalalannya.

Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata ketika ini terdapat banyak lambakan ikan keli dari pantai barat yang dijual di Kuala Terengganu dengan harga yang murah tanpa diketahui sumber halal dan haramnya ikan itu.

"Biarlah kita tahu dari mana ikan-ikan itu, halal haramnya dan tahap kebersihannya.

"Ini kerana kita sedia maklum terdapat ikan keli yang dipasarkan bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang status halal haramnya ikan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-73 yang bersidang pada April 2006 memutuskan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seupamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan itu sengaja dipelihara dalam air najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

Abdul Khalil berkata kesan dari lambakan ikan keli itu menyebabkan penurunan harga ikan keli di pasaran negeri ini serta menjejaskan kehidupan penternak hidupan itu yang turut mengalami kerugian.

Sebelum ini, seorang pengusaha ikan keli terbesar di Terengganu, Zakaria Harun, yang memiliki sijil halal ternak keli, mendakwa banyak penternak ikan keli di negeri ini mengalami kerugian ekoran lambakan ikan itu yang dijual dengan harga serendah RM3 sekilogram.

- Bernama

IGP: Saya akan panggil ketua editor Mkini

 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendakwa Malaysiakini cuba melaga-lagakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Malaysiakini hari ini bahawa beberapa pegawai polis mengejek tindakan Zahid menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berkaitan 'raja judi' Paul Phua Wei Seng.

"Saya ingin memanggil ketua editor Malaysiakini (untuk disoal siasat). Ini (artikel) satu perbuatan yang cuba melaga-lagakan PDRM dan menteri.

"Ini tak boleh dibiarkan. Kalau (perkara) ini terus dimainkan oleh Malaysiakini, dia sengaja mengundang masalah. Jadi, janganlah nak melaga-lagakan PDRM dengan menteri atau dengan sesiapa juga.

"Nak lapor perkara fakta, laporlah. Kalau ada pegawai polis (yang tak setuju) beritahu saya siapa mereka. Siapa mereka yang cakap mengenai perkara ini?

"Saya minta berhati-hati dalam melaporkan perkara seperti ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Malaysiakini hari ini melaporkan terdapat beberapa pegawai polis secara terbuka mengkritik Zahid yang menulis surat sokongan untuk Phua kepada FBI walaupun dia dikaitkan dengan sindiket judi haram.

Phua pernah disabitkan kesalahan jenayah di Miri, Sarawak pada 2004 semasa perlawanan Piala Euro di Miri.

Phua kini sedang menghadapi perbicaraan di Amerika Syarikat atas tuduhan terlibat dengan operasi judi haram besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Las Vegas, AS pada Julai lepas.

Berikutan itu, Zahid menulis kepada FBI bahawa bahawa Phua tidak mempunyai hubungan dengan kongsi gelap 14K dan membantu Malaysia dalam urusan keselamatan negara.

Sumber : Disini
 

ISMA jawab Tariq: Ikut fatwa bukan taksub

 
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, merujuk kepada fatwa merupakan mekanisme biasa dalam konteks perundangan Islam.

Sehubungan itu,  menjawab kenyataan sarjana terkemuka dunia Islam Prof Tariq Ramadan, Abdullah berkata, tidak wajar menggelar pihak yang merujuk fatwa sebagai taksub.

"Saya fikir kita menggelarkan orang yang rujuk pada fatwa sebagai taksub, itu tak betul.

"Seolah-olah memberi imej negatif kalau kita merujuk kepada fatwa.

"Kita  jangan anggap rujuk fatwa dianggap taksub. Tetapi itu mekanisme biasa dalam konteks perundangan Islam," katanya.

Semalam, Tariq (atas), profesor Pengajian Kontemporari Islam di Universiti Oxford, menasihatkan umat Islam supaya tidak terlalu taksub dengan fatwa.

Bercakap di Kuala Lumpur,  cucu kepada pengasas gerakan Islam berpengaruh Ikhwanul Muslimin Hassan Al-Banna itu, berkata umat Islam juga perlu membangunkan pendapat sendiri.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Abdullah membangkitkan keadaan yang mana  tidak semua individu mampu membuat hukum atau berijtihad sendiri sendiri dalam sesuatu perkara.

“Yang tak mampu berijtihad boleh ikut fatwa. Jadi, kita dalam syariat ada kelonggaran begitu. Tak boleh paksa semua orang supaya berijtihad.

"Saya tak faham kenapa dia (Tariq) kata taksub. Dalam syariat Islam, kita biasa sahaja dan saya rasa jabatan agama Islam kita ini adalah yang terbaik," katanya lagi.

'Bimbang suasana kelam kabut'

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad pula berpendapat, fatwa merupakan perkara yang mesti diikuti bagi masyarakat Islam.

Walaupun Islam tidak menghalang untuk bertukar pandangan dan pendapat, namun katanya, perkara itu juga perlu diteliti.

"Fatwa berdasarkan alim ulama. Kalau beri pendapat, itu isu lain. Pendapat itu, kalau bercanggah dengan fatwa ia tak dapat diamalkan oleh orang ramai.

"Kita bercakap dalam bingkai agama, kalau pendapat mengenai teori sosial atau politik tidak ada masalah. Kalau ia berkaitan akidah dan hukum-hakam Islam, di situ akan memberi masalah,” katanya.

Ismail Mina (atas) juga berkata jika semua orang memberi pendapat bercanggah dengan fatwa, suasana akan menjadi kelam kabut.

“Orang macam ini (keluarkan pandangan sesuka hati) perlu disekat daripada memberi pendapat yang bercanggah.

“Bukan soal bimbang mempengaruhi sahaja, tetapi ditakuti kefahaman agama mereka ini terpesong dengan ajaran yang difatwakan," katanya. 

Sumber : Disini

Isnin, 2 Februari 2015

PAS, DAP Henti Bergaduh Kembali Ke Mesyuarat -

 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu PAS dan DAP supaya berhenti menyerang antara satu sama lain.

Ini berlaku apabila pemimpin kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu secara terbuka bertelagah berhubung isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.

“Saya merayu supaya mereka berhenti (bergaduh) dan kembali ke meja mesyuarat,” katanya dalam sidang media di Ampang hari ini.

Islam Bukan Soal Hukum Saja Kata Sarjana

 
“Sesiapa yang kini berkata Islam di Malaysia (patut) mula laksanakan hudud dan menghukum, tidak faham. Ini bukan kita,” kata seorang sarjana terkemuka dunia Islam Tariq Ramadan.

Tarif, profesor pengajian Islam semasa di Universit Oxford itu berkata demikian ketika menjawab soalan anggota parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar berhubung pelaksanaan hudud di Malaysia.

Tariq juga menjawab, Islam tidak berkisar pada hal ehwal undang-undang semata-mata.

“Islam di Malaysia (tentang) lebih pelajaran, lebih keadilan, lebih kebebasan dan kurang diskriminasi. Mari kita mulakan dengan apa yang sukar ditangani terlebih dahulu,” katanya.

Tariq juga mengusik, jika mahu mengurangkan amalan rasuah, pemimpin patut menjadi pihak pertama dihukum.

Beliau bagaimanapun berkata tidak dapat dinafikan bahawa hukuman seperti sebat dan rejam sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam.

Beliau juga berkata teks agama perlu diteliti aspek konteksnya sebelum dilaksanakan.

“Teks-teks ini, kita patut bincang tentang apa disebutnya dan dalam konteks bagaimana. Selagi tiada perbincangan, hentikanlah saja,” katanya.

Perkembangan terkini di Amerika Syarikat, Pakistan dan Turki menyaksikan orang Islam membincangkan persoalan menangguhkan hukuman mati, katanya lagi.

PIBG: Pendidikan seks jangan fokus fizikal saja

 
Pendidikan seks harus menekankan aspek agama dan rohani bukan hanya menumpukan pada aspek fizikal semata-mata, kata Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).

“Pandangan saya, perspektif agama dan rohani perlu di tekankan kerana sekarang ini hanya diberi penekanan dari aspek fizikal sahaja.

“Ini soal tanggungjawab di kalangan lelaki.

“Dan bagi saya puncanya daripada kalangan lelaki, untuk (melahirkan) masalah sosial yang memberi impak kepada sesuatu yang tidak diingini,” kata Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengumumkan akan melaksanakan modul pendidikan seks kepada remaja lelaki 16 tahun ke atas mulai tahun depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohamad berkata, pendidikan seks secara formal wajar dilaksanakan kerana remaja lelaki mudah mendapatkan maklumat mengenai seks melalui Internet.

“Sekiranya tidak diberi pendidikan yang formal, remaja lelaki akan mudah mendapatnya daripada Internet tanpa tapisan pihak tertentu.

“Jadi daripada mereka tidak terlatih dan terdidik lebih baik kita beri pendidikan ini dari perspektif dan aspek lebih teratur,” katanya.

Katanya lagi, selain untuk menyelamatkan golongan wanita daripada ancaman, pendidikan seks harus diberi keutamaan dalam arus kemodenan yang semakin mencabar.

Mitos tentang saiz alat sulit lelaki

Dua orang pengkaji seks dari laman The Daily Dot, EJ Dickson dan Nico Lang merampaikan tujuh fakta dan mitos tentang saiz alat sulit lelaki.

Saiz besar? Tak sanggup

Lang berpendapat, alat sulit lelaki yang sebesar sembilan inci adalah ibarat kereta berperisai.

Namun beliau sendiri tidak sanggup membuat hubungan seks dengan individu seperti itu, katanya.

"Ia cantik untuk dilihat, tetapi jika ada lelaki memikirkan yang mereka boleh memarkirnya di garaj saya, dia gila," katanya dengan berkias.

Katanya, lelaki yang memiliki "kereta perisai besar" tidak semestinya mampu mengendalikan alat tersebut dengan baik.

Wanita suka saiz sesuai

Menurut Lang, kajian Australian National University menunjukkan wanita lebih menyukai saiz alat sulit lelaki yang sesuai mengikut ketinggian badan.

Lelaki rendah dengan alat sulit yang besar dan panjang dianggap tidak menarik oleh sekumpulan wanita yang menjadi subjek kajian itu, katanya.

Tidak perlu saiz besar

Pengkaji itu menyebut, fantasi ke atas saiz yang besar berpunca daripada pengaruh pornografi.

Menurut mereka, fantasi tidak perlu menjadi realiti kerana ia ibarat mengharapkan semua wanita adalah seksi.

Harapan terlalu tinggi

Wanita akan kecewa jika berharap agar lelaki yang mempunyai alat sulit besar mempunyai prestasi luar biasa di ranjang.

Seks bukan hanya untuk penetrasi

Menurut mereka, hanya 25 peratus wanita mampu mencapai orgasme menerusi rangsangan faraj.

Justeru, wanita kebiasaannya memerlukan rangsangan lain untuk memperolehi rangsangan di luar faraj.

Saiz besar akan menyakitkan

Bukan semua perempuan mahu mengadakan hubungan badan dengan lelaki yang beralat sulit besar.

Mereka memberi amaran, ia akan menyebabkan golongan wanita akan berasa sakit.

Pilihan berkurangan

Kajian menunjukkan saiz purata alat sulit apabila tegang adalah di antara 5.1 dan 5.9 inci.

Golongan wanita akan hilang peluang untuk bertemu lebih ramai lelaki jika mengkhususkan untuk mengadakan hubungan badan dengan pasangan yang mempunyai alat sulit bersaiz sembilan inci ke atas sahaja.

Sumber :Disisni

Aktif Seks Jadikan Otak Lebih Pintar-Betul Ke?

WASHINGTON – Selain dapat memberikan kenikmatan seksual, ternyata bercinta juga mampu membuatkan pasangan suami isteri menjadi lebih cerdas, itu kesimpulan hasil penyelidikan oleh pihak Universiti Maryland, Amerika Syarikat.

Anehnya, penemuan secara tidak sengaja itu didedahkan saintis neuro atau kaji saraf otak apabila mereka mendakwa berjaya menemui fakta yang membongkar rahsia aktiviti seks dapat melonjakkan kualiti kebijaksanaan dan daya ingatan seseorang.

Paling unik, hasil penemuan tersebut ‘dijumpai’ secara kebetulan menerusi siri rangkaian penyelidikan universiti itu yang pada asalnya adalah untuk merumuskan bahawa aktiviti seks mampu membakar banyak kalori sekali gus menguruskan lemak badan.

Kajian julung kali itu dilakukan ke atas sekumpulan tikus makmal dan hasilnya secara jelas memperlihatkan kegiatan seks memiliki peranan amat penting dalam pembentukan neuron yang terletak dalam kawasan hippocampus di bahagian otak.

Ruang pada otak itu sebenarnya bertanggung jawab dalam pembentukan memori jangka panjang dan secara saintifik, pembentukan neuron akan berkurangan jika pasangan jarang bercinta dan seterusnya melakukan hubungan seks.

“Kami menemui bukti ada penghasilan neuron terbaharu dan peningkatan tahap kemampuan kognitif pada tikus sepanjang eksperimen namun, apabila sampel uji kaji itu dibiarkan tidak buat seks selama beberapa waktu, neuron itu pun turun,” kata saintis.

Bagaimanapun, seorang pakar psikologi, Tracey Shors menulis dalam jurnal Neuroscience bahawa penemuan tersebut masih boleh dibahaskan kerana tahap kecerdasan orang yang kuat seks pada umumnya tidak istimewa atau terlalu pintar.

“Anda boleh cipta sel neuron ini dengan bersukan dan seks. Jika selaku melakukan latihan jasmani, anda dapat meningkatkan produktiviti neuron. Namun, jika seimbang antara sukan dan seks, maka kehidupan terasa lebih bahagia,” terangnya. – Agensi

Rohingya Turut Menyumbang Kepada Mangsa Banjir Kelantan

 
Masyarakat Rohingya di Kedah menyumbang bantuan kemanusiaan bernilai lebih RM10,000 kepada mangsa banjir di Kelantan.

Pengerusi Rohingya Society In Malaysia (RSM) Cawangan Kedah Mohd Noor Abu Bakar berkata bantuan itu termasuk beras, bantal, tuala, selimut dan keperluan lain hasil kutipan wang daripada 50 anggota masyarakat Rohingya di sekitar negeri ini.

Hari ini, 10 anggota RSM Kedah akan membawa pelbagai barangan bantuan itu menggunakan sebuah lori dan van ke Kampung Manjur, Kuala Krai untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sana, katanya kepada pemberita di Pejabat RSM Cawangan Kedah di Alor Setar hari ini.

"Kita sudah biasa hidup susah jadi bila orang lain dalam kesusahan kita ingin bantu mereka jadi semua komuniti Rohingya di Kedah telah dikumpulkan untuk berbincang bagaimana hendak membantu mangsa banjir di Kelantan dan telah sepakat untuk membuat kutipan wang sebelum membeli barangan yang hendak disumbangkan kepada mereka.

"Ini merupakan kali pertama kita membuat program seperti ini dan hasil kutipan dalam tempoh dua minggu kita berjaya membeli barangan bernilai lebih RM10,000 untuk dihantar ke Kelantan. Berapa yang mampu kami bantu, kami akan bantu kerana kami juga pernah menerima bantuan daripada rakyat Malaysia," katanya.

- Bernama

Tiada Tangkapan Kata Polis Johor Berkaitan Tifo Anjing

 
Polis Johor menafikan menahan dan mereman 12 penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) ekoran insiden menghina Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan gambar anjing semalam.

Perkara itu bertentangan sama sekali dengan kenyataan Johor FA dan FAM bahawa 12 orang direman lima hari bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru  Sulaiman Salleh berkata tiada tangkapan dibuat seperti makluman dalam Facebook rasmi  Johor Southern Tigers.

“Tetapi kami tidak tangkap sesiapa pun, jadi bagaimana boleh ada yang direman pula?” katanya.

Sulaiman patut berkata pihak terbabit patut merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Bernama petang tadi melaporkan, seramai 12 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ditahan ekoran insiden dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin FAM pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu malam semalam.

Pada perlawanan semalam, JDT muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 dengan mengalahkan juara Piala Malaysia musim lepas, Pahang 2-0.

Johor FA: 12 orang cuma disiasat

Sementara itu, Ketua Media dan Pemasaran Johor FA Ahmad Yani Ismail menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa 12 orang itu sebenarnya hanya disoal siasat.

Katanya, kesalahan itu berlaku kerana salah faham.

“Dua belas orang ditahan pada malam itu dan dibebaskan pada malam sama selepas memberi kenyataan,” katanya.

 Sumber : Disini

Ahad, 1 Februari 2015

Siasat Guru Biasa Jadi Guru Besar ??

 
KUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan digesa menyiasat laporan bahawa ada guru biasa yang menjadi guru besar.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, berdasarkan aduan yang diterimanya, perkara itu berlaku di beberapa sekolah rendah.

Katanya beliau sudah menerima satu aduan mengenai kes demikian bulan lepas dan satu lagi aduan bulan ini dan percaya banyak lagi kes seumpama itu yang tidak didedahkan.

“NUTP membantah kalau ada guru besar yang dilantik terus daripada guru biasa, kerana untuk naik pangkat sebagai guru besar mesti ada syaratnya.

"Kita mahu pemimpin-pemimpin di sekolah ini cekap, yang boleh jalankan tugas sebagai pemimpin untuk boleh mentadbir sekolah,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

12 PENYOKONG JDT DITAHAN INSIDEN KERANA KAIN RENTANG ( TIFO) ANJING

 
KUALA LUMPUR - Seramai 12 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ditahan kerana mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu malam tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kesemua mereka telah ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan polis.

"Apa yang berlaku di stadium semalam adalah sikap segelintir penyokong yang tiada sifat bertanggungjawab, tiada adab, kurang berdisiplin, tidak peka dan tidak sensitif.

"Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri mengakui baginda kecewa dan menganggap isu kain rentang itu adalah satu perbuatan tidak wajar.

"Penyokong yang tidak berpuas hati sepatutnya perlu mendapatkan fakta yang jelas terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.  

Hamidin berkata, PBNJ telah bertindak cepat dengan mengarahkan marshal yang dibantu polis bagi menangkap penyokong terbabit dalam masa sejam.

"FAM akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua persatuan bola sepak negeri dan kelab supaya memantau kain rentang penyokong masing-masing supaya tidak membawa sepanduk atau apa-apa yang boleh menimbulkan provokasi," katanya.

Hamidin turut menegaskan FAM bukan persatuan yang dikendalikan oleh seorang individu sahaja tetapi meliputi semua kelab dan persatuan negeri gabungan."Ini bermakna semua ahli gabungan di bawah FAM bertanggungjawab dalam hal ini dan semua penyokong di bawah naungan tersebut adalah tidak terkecuali," katanya. Pada perlawanan semalam, JDT muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 dengan mengalahkan juara Piala Malaysia musim lepas, Pahang 2-0. - Bernama 

'Tak nak balik! Tak nak jumpa mak!'

 Shahida enggan mengikut anggota MBMB ketika ditemui di Taman Bunga Merdeka jam 3.20 pagi semalam.
Shahida enggan mengikut anggota MBMB ketika ditemui di Taman Bunga Merdeka jam 3.20 pagi semalam.
MELIHATKAN seorang remaja yang cuba mengeraskan diri ketika ditarik anggota penguatkuasa, membuatkan saya sedar betapa beruntungnya mempunyai keluarga yang ‘peduli’.
Menyaksikan dia menangis dan menjerit-jerit kerana tidak mahu ‘diangkut’ oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) buat saya bersyukurnya kerana tidak mengikut nafsu amarah dan fikiran dangkal untuk melarikan diri dari rumah sepertinya setiap kali merajuk dengan keluarga ketika masih di bangku sekolah rendah.

Tangan genggam gam
Jeritannya memecahkan kesunyian dinihari di kawasan Taman Bunga Merdeka, memancing perhatian bukan sahaja anggota penguatkuasa yang menyertai operasi malah orang awam berada di kawasan berhampiran Pusat Beli Belah  Dataran Pahlawan dan Menara Taming Sari di Banda Hilir pada jam 3.20 pagi.

Remaja dikenali sebagai Shahida (bukan nama sebenar), berusia 17 tahun itu pada mulanya tenang menjawab setiap soalan diajukan anggota penguatkuasa JKM diketuai Noor Hayati Zaman, sambil tangan menggenggam sebungkus plastik kecil dipercayai mengandungi gam.

Namun dia mula menangis dan menjerit enggan mengikut penguatkuasa sebelum diserahkan kepada keluarga apabila diberitahu remaja di bawah umur dilindungi Akta Kanak-kanak dan perlu diselamatkan daripada bergelandangan. Keadaan itu membuatkan kepala saya ligat berfikir, apa sebenarnya masalah yang menghantui dirinya.

"Tak nak balik! Tak nak jumpa mak!"

Itu antara ayat yang diulang, disulam tangisan sepanjang berjalan dan ‘diheret’ ke lori Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersama tujuh lagi gelandangan termasuk tiga remaja bawah umur dan seorang wanita kurang upaya (OKU) berusia 38 tahun yang mengaku sebagai kakak angkat Shahida.

Sebagai pemerhati, saya mengharap dia dan keluarga menemui penyelesaian yang baik apa jua pun masalah pun dihadapi.

Berkongsi selimut, bertilam rumput
Operasi bersepadu MBMB turut disertai penguatkuasa Imigresen, Pejabat Kesihatan Melaka Tengah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu kemudian ke Padang Dataran Pahlawan sebelum menemui pasangan sebuah kolej di negeri ini yang tidur berkongsi selimut.

Suasana sepi di kawasan lapang bertukar riuh ketika pemeriksaan terhadap pengunjung di situ bagaimanapun langsung tidak mengganggu lena kedua-dua remaja berusia 19 tahun berkenaan.

Malah walau bertilamkan rumput dan berbumbung langit, pasangan yang nyenyak berselubung hanya menyedari kehadiran penguatkuasa di kawasan padang itu selepas dikejutkan seorang pegawai MBMB.

Rasa kasihan menyelubungi diri apabila gadis yang berasal dari negeri di sebelah utara itu mendakwa datang ke Melaka untuk menguruskan penangguhan pengajian berikutan masalah keluarga serta terpaksa ‘squatting’ di asrama beberapa hari sebelum rakan-rakan tidak lagi membenarkan dia menumpang di asrama dikhuatiri diketahui pihak kolej.

Disebabkan tidak punya cukup wang dia terpaksa tidur di padang berkenaan sementara menunggu jam 9 pagi untuk pulang ke kampung menaiki bas dari Melaka Sentral.

Apabila melihat tindakan teman lelaki yang lagaknya seperti hero membawa sehelai sahaja selimut untuk bekalan tidur mereka memercikkan rasa geram di hati. Tindakan mereka juga pasti boleh membangkitkan rasa marah sesiapa sahaja apabila tidur bersama-sama sedangkan tiada ikatan sah antara kedua-duanya.

Namun tindakan bersahaja dengan hujah pembelaan yang boleh dianggap sebagai ‘after thought’ antaranya tidak melakukan apa-apa mampu mencuit hati setiap kami. Teman wanitanya bagaimanapun diselamatkan JKM yang berjanji akan menghantarnya ke terminal bas sebelum jam 9 pagi.

Operasi yang disertai  60 anggota selama hampir lima jam bermula 12 tengah malam itu turut menahan empat pasangan termasuk pasangan dari institut pengajian tinggi (IPT) di Alor Gajah, di tiga hotel bajet di sekitar Banda Hilir, yang disyaki berkhalwat.

Pelajar wanita berusia 19 tahun dan teman lelakinya yang berusia 21 tahun kemudian diserahkan kepada JAIM untuk tinda
kan lanjut.

Mayat Farouk Dalam Plastik Hitam

 PDRM
KEPALA BATAS - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing, yang dibungkus dengan plastik hitam, ditemui dalam semak berhampiran ladang kelapa sawit di Kubang Menerong, Tasek Gelugor di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat lelaki bersama sekeping nota itu ditemui pada 3.30 petang oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan mengenainya kepada polis.

"Lelaki  itu menemui bungkusan plastik hitam seperti mayat dikafan selepas terhidu bauan wangi di kawasan semak itu...dipercayai air mawar yang disiram ke atas mayat itu.

"Bersama mayat itu terdapat sekeping kertas yang diletakkan atas dadanya yang ditulis nota dalam Bahasa Melayu iaitu 'Assalamualaikum, Nama saya Farouk, saya Muslim, saya mahu sembahyang dulu'," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Namun, polis tidak menemui dokumen pengenalan diri pada mayat berkenaan.

Abdul Rahman berkata, tiada sebarang kecederaan atau kesan lebam ditemui pada mayat itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Polis  sedang menyiasat punca sebenar kematian mangsa. Mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama

Anwar belum lihat draf enakmen hudud Kelantan

 Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - PR terus berpegang teguh kepada Maqasid Syariah selagi mana Kerajaan Negeri Kelantan tidak memberikan salinan draf pindaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 untuk dibincangkan bersama.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini beliau tidak pernah melihat draf enakmen tersebut dan kerana itu hukum hudud sukar dilaksanakan khususnya di Kelantan.

"Keutamaan kita ialah untuk mewujudkan keadilan, keamanan, bebas korupsi, tadbir urus kerajaan yang baik, sistem kehakiman yang bebas dan bebas bersuara.

"Bagaimana kita hendak melaksanakan apa saja undang-undang kalau kita tidak mempunyai sistem kehakiman yang bebas, kebebasan media dan bersuara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keutamaan PR apabila Pas berhasrat meminda enakmen tersebut dalam sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember lalu namun dibatalkan kerana masalah bencana banjir.

Anwar berkata lagi, selagi beliau tidak melihat sendiri draf enakmen hukum hudud Kelantan itu, sukar untuk menyatakan pendiriannya sebelum dibentangkan kepada pimpinan PR yang lain.

"Kalau saya ditanya secara pendirian umum, saya boleh kata keutamaan kita ialah keadilan, keamanan, hentikan diskriminasi, hentikan sentimen perkauman, memelihara kesucian Islam dan menuntut sistem kehakiman yang bebas," katanya lagi.