SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 6 Februari 2015

Siapa sebenarnya perdana menteri? KOMENTAR OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

 

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercanggah berhubung kenyataan Facebook seorang menteri Kabinet yang berbaur perkauman, timbul persoalan siapa sebenarnya perdana menteri di negara ini.

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercanggah berhubung kenyataan Facebook seorang menteri Kabinet yang berbaur perkauman, timbul persoalan siapa sebenarnya perdana menteri di negara ini.

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berhubung tindakan perkauman seorang menteri Kabinet menimbulkan persoalan tentang siapakah yang sebenarnya memimpin Malaysia pada hari ini.

Perdana menteri yang sebelum ini memperkenalkan konsep 1Malaysia mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob walaupun menggugat keharmonian Malaysia dengan menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina.

Sementara Dr Mahathir yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan pentadbiran negara menegur menteri pertanian dan asas tani itu agar mencari punca sebenar dan tidak menyalahkan kaum tertentu berhubung kenaikan harga barang.

"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya,” kata Dr Mahathir merujuk kepada gesaan Ismail agar kaum Melayu memboikot perniagaan kaum Cina.

“Mungkin dia tidak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tidak akan kata boikot barang jualan orang Cina.”

Tindakan Najib mempertahankan ahli politik dari Pahang itu mungkin disebabkan 92 ketua Umno bahagian yang berhimpun di Putrajaya semalam menyatakan sokongan secara terbuka kepada Ismail berhubung kenyataan perkaumannya itu.

Jurucakap kepada kumpulan itu, Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata mereka menyokong penuh kenyataan Ismail dan akan berdiri di belakangnya sekiranya dikenakan tindakan.

Apakah Najib takut kepada 92 ketua Umno bahagian ini?

Ini menimbulkan persoalan tentang kedudukan Najib sekarang, apakah beliau seorang perdana menteri Umno atau perdana menteri Malaysia?

Ironinya, Dr Mahathir yang sebelum ini dikatakan bersimpati kepada kumpulan berhaluan kanan Melayu membuat kenyataan sebagai seorang negarawan demi mempertahankan asas pembentukan Malaysia.

Malaysia ditubuhkan Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj pada 1963 sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

Selepas rusuhan kaum 13 Mei, 1969 melibatkan kaum Melayu dan Cina, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan ayah kepada Najib berusaha mengembalikan Malaysia ke landasan sebenar.

Walaupun singkat tempoh pemerintahan, Razak berusaha sehingga akhir hayatnya untuk mengembalikan perpaduan nasional berbanding Najib yang sanggup memusnahkannya hanya kerana mahu terus kekal memimpin Umno.

Hari ini, menteri Kabinet lain juga tidak ada yang berani melakukan perkara betul dengan menegur Ismail yang mungkin dirasuk emosinya ketika menulis di Facebook.

Termasuklah “jaguh-jaguh progresif” di Facebook dan Twitter sebelum dilantik menyertai Kabinet.

Mungkin inilah kualiti kepimpinan yang ada di Malaysia pada hari ini sehinggakan tindakan Dr Mahathir menegur Ismail semalam mengembalikan harapan kepada negara.

Walaupun Dr Mahathir sudah tidak lagi memimpin negara, sekurang-kurangnya pengaruhnya yang besar dalam Umno dan di kalangan orang Melayu diharapkan dapat mengawal emosi kaum majoriti itu daripada melakukan perkara tidak waras terhadap kaum Cina.

Inilah realiti Malaysia pada hari ini, rakyat terpaksa mengharapkan kepimpinan daripada seorang yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan Kabinet berbanding perdana menteri sedia ada. – 5 Februari, 2015.

Kritikan Ismail Sabri kepada Cina, seirama dengan sebilangan orang Pas

Walaupun apa nawaitu sebenar Ismail Sabri Yaakob yang meminta agar penggunaan memboikot peniaga Cina untuk merealisasikan harga barangan dengan penurunan harga petrol dan disel, tetapi ia tetap akan ditafsirkan sebagai satu kenyataan berbentuk rasis dan penuh kebencian kepada Cina.
Ismail Sabri, faham motif kenyataannya.
Hari ini ramai orang Cina yang tersinggung dengan
kenyataan Ismail Sabri itu termsuk juga ketua pemuda MCA yang mempersoal dan kesal dengan kenyataan Ismail Sabri itu sehingga meminta Perdana Menteri menggugurkan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu dari kabinet.

Kalau pemuda daripada MCA melenting, apa lagi pemuda daripada parti-parti Cina lain termasuk juga Gerakan dan DAP. Cadangan ketua pemuda MCA itu pula mendapat bangkangan daripada bekasan pemuda Umno dengan menuduh Ketua Pemuda MCA itu ingin berkolobrasi dengan DAP. Kenyataan Ismail Sabri itu menerbitkan isu baru dan mecacatkan hubungan "saling mempercayai dan hormat menghormati" dalam BN.

Ismail Sabri menyedari bahawa kenyataan berupa padangan itu telah menimbul masalah dan mengguriskan hati rakan-rakannya berbangsa Cina. Hari ini menteri itu jenuh meralat kenyataanya itu. Kononnya ia bukan dituju kepada Cina tetapi hanya kepada pedagang Cina yang degil menurunkan harga barang sahaja dan ia juga terkena kepada peniaga bangsa lain. Najib Razak sendiri terpaksa membuat penjelasan berhubung kenyataan Ismail Sabri itu kononnya ia bukan dituju kepada orang Cina saja. Apabila seorang PM yang juga pengerusi kepada BN menjawab ertinya isu itu hangat.

Kita boleh bersetuju kalau dikutuk peniaga dan pedagang yang degil atau pun yang bijak (sebenarnya zalim) mengambil kesempatan dalam situasi apa juga untuk tembolok sendiri. Ia bukan saja berlaku kepada orang Cina tetapi peniaga Melayu dan India dan bangsa lain juga. Korporat Melayu atau pun politcian Melayu yan mengamal nepotisme, mengaut keuntungan atas nama bumiputera juga termasuk orang sejenis dengan pedagangn Cina itu.

Tetapi kata-kata yang bersifat umum begitu bukan satu kenyataan pandangan yang tidak bijaksana dari seorang politik dalam konteks negara bermasyarakat rencam begini.

Justeru, bagi pemererhati dan pengganalis kenyataan Ismail Sabri itu ia semacam ada motif lain disebalik pandangan demikian. Ia bukan setakat untuk memastikan harga barang turun tetapi memberi mesej politik yang mudah dan sangat jelas untuk dikunyah.

Hakikat kini, dalam senario dan percaturan politik hari ini, partinya, Umno terdesak memelukan sokongan bagi survive kekuasaannya kemudian mengekalkan kedudukanya sebagai menteri. Simulasi dibuat Muhyiddin Yassin dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini bahawa sekiranya BN kurang 2 peratus sahaja lagi BN akan kehilangan kuasa ditakuti semua orang dalam BN apa lagi mereka yang berkedudukan sebagai menteri seperti Ismail Sabri sendiri.

Nah dalam situasi itu Umno sangat memerlukan sokongan tambahan, atau pun undi tambahan. Sebagai salah seorang menteri Umno Ismail Sabri sedia maklum suasana hari ini dimana pengundi Cina semakin jauh dan kecewa dengan politik ditajaan Umno. Sikap "klu klik" dan tidak konsisten pemimpin Umno termasuk Najib Razak sendiri misalnya dalam kes Akta Hasutan, menyebabkan orang Cina hilang keyakinan. Kerajaan BN yang ditulangi Umno sudah makin terhakis integritinya dan pentadbiran Najib menjadi "kerajaan sotong".

Manakala agen-agen (berbanyar atau tidak) Umno seperti Ngo bernama Perkasa(m) dan Isma Alif telah memberi daya ketakutan baru kepada orang Cina, manakala Umno pula seakan terus menswastakan projek politik memperkukuhkan kedudukannya menerusi badan-badan bukan kerajaan berkenaan. Apa dilakukan pemimpin Ngo itu dibenarkan ini jelas apabila kepantasan polis dalam menangani isu-isu sensitif yang dibuat oleh pemimpin Ngo berkenaan sangatlah perlahan atau tidak ada langsung.

Tiada pendakwaan ke atas presiden Perkasa(m) berhubung saranannya agar Bible dibakar adalah satu perkara yang menjadi sebutan. Begitu juga tiada pendakwaan ke atas presiden Ngo yang disiasat dibawah akta hasutan juga menyerlah akan keadaan itu, bahawa mereka mereka sebahagian perkakas sundal Umno.

Lantaran kedudukan atau pengaruh Umno semakin lemah dan menipis maka apa diharap kini ialah sokongan dari puak lain, disinilah ialah pengundi Melayu sebagai kuasa tambahan. Makanya beliau berharap kenyataan perkauman yang berselindung disebalik merealisasikan harta barang dengan penurunan harta minyak itu akan mendapat simpati orang Melayu. Yang paling diharap ialah undi fundemental Melayu daripada parti agama Pas dan juga PKR.

Itulah maksud dan motif sebenar disebalik kenyataan berupa cadangan Ismail Sabri itu. Dalam mengharapkan undi fundemental Melayu Pas itu, maka beliau harus berkata (bernyanyi) demikian yang senada dengan harapan sesetengah kalangan dalam Pas. Ismail Sabri dan juga pemimpin Umno lain perlu mempamerkan yang mereka tidak sukakan Cina.

Keinginan dan gambaran itu pula terlaksana apabila 91 kawasan Umno telah diendorcdekan agar menyokong sikap dan pendirian Ismail Sabri itu manakala 100 orang bekas pergerakan Pemuda menunjukkan solidariti kepada Ismail Sabri Yaakob sambil mengecam ketua pemuda MCA.

Apa diharapkan natijah daripada apa dilakukan Ismail Sabri itu ialah Pas akan melihat Ismail Sabri khasnya dan Umno amnya sejalur dengan aliran pemikiran sesetengah orang dalam Pas yang alergik dengan DAP dan paling teruk ada menganggap DAP adalah kafir dan najis untuk didekati oleh Pas. Ismail Sabri menangguk keadaan ini dengan harapan manalah tahu 10 atau 20 peratus pengundi Melayu dalam Pas akan meninggalkan sokongan parti berkenaan dan memilih Umno yang dilihat kuat Melayu dan Islam.

Kesimpulannya dari konteks politik kenyataan Ismail Sabri itu bukan sahaja satu kesilapan yang tidak perlu diapolegtik, tetapi ia merupakan mesej bahawa Umno kini sejalan atau pun cuba memenuhi harapan sesetengah orang daripada parti agama agar bersama mereka. Mungkin selepas ini Ismail Sabri akan bercakap pula fasal "hibbah" yang akan diterima oleh Pas sekiranya mereka bersama Umno. Mungkin kouta menteri, timbalan menteri dan badan-badan berkanun yang diisi oleh orang Cina boleh diberikan kepada orang Melayu (Pas). Aduh begitu simplistik sekali...

Kenyataan Ismail Sabri itu sudah pasti diseronoki oleh sebilangan orang Pas termasuklah mereka yang mempertikaikan hasrat Kerajaan Pulau Pinang ingin laksanakan pilihan raya PBT (kerajaan tempatan) yang dianggap sebagai sengaja mengundang kembali tragedi 13 Mei.

Umno dan sebilangan orang dalam Pas kini sedang mendendangkan lagu dari irama yang sama untuk diorkestrakan kepada rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14. [wm.kl.11:31 am 05/02/15]
Sumber : Disini

Khamis, 5 Februari 2015

Kepala pemandu cedera, teksi dilanggar pesawat

 
Pesawat TransAsia GE235 terhempas di Taiwan dengan mengorbankan sekurang-kurangnya 15 nyawa dan puluhan lagi cedera.

Rakaman video menunjukkan sebelum terhempas, hujung sayap kiri pesawat dengan 58 penumpang itu melanggar bahagian depan sebuah teksi yang sedang bergerak.

Namun, pemandu bertuah itu dilaporkan dalam keadaan stabil walaupun kepalanya mengalami kecederaan, lapor portal The Independent.

Gambar juga menunjukkan cermin depan teksi itu pecah berderai dan sebelah keretanya rosak teruk.

Hot - Pengakuan Anak Sirul, Pegang Rahsia YG Boleh Gugatkan Kedudukan Najib.

Anak Sirul ada facebook rupanya. Diam-diam dia perhatikan perjalanan kes bapa dia di laman sosial. Entah kenapa mungkin tak tahan membaca komen2 yang mengkritik bapanya, Sirul Azhar Umar, anak kepada Sirul tampil memberikan ulasan di laman facebook berkaitan kes tersebut. 
Korang baca dulu komen-komen anak Sirul di bawah neh kejap.






Hasil semakan aku, facebooker yang bernama Shuk Sz baru berusia 19 tahun. Anak lelaki kepada Sirul Azhar Umar dan juga berada di luar negara. Bila tengok gambar2 kereta yang dia upload (mungkin pengemar kereta agaknya), nampak orang2 sekeliling tue mat saleh. Mungkin berada di Australia bersama2 bapanya.

Dan aku tertanya-tanya.

Tadi di Awani, Sirul dikatakan telah ditahan oleh pihak imigresen Australia dan telah menghubungi peguamnya memaklumkan perkembangan yang terkini itu dan juga meminta agar para peguamnya mengambil apa sahaja tindakan untuk memastikan dia tidak ditahan oleh pihak penguatkuasa kerajaan Malaysia.

Manakala di TMI pula melaporkan bahawa peguamnya gagal menghubungi Sirul Azhar Umar.

Aik.

Percanggahan maklumat. Ini mengelirukan.

Nampak macam remeh tetapi percayalah jika Sirul kejap ada kejap tak boleh dihubungi ia bukan sesuatu yang remeh la. Otak Prison Break aku berkata-kata ada sesuatu yang tak kena disitu.

Dan, kalau korang semua perhatikan komen anak Sirul, dia ada tulis yang keterangan sedang diambil dari bapanya. Jika laporan atau keterangan itu leak kepada umum, PM Malaysia boleh jatuh.

Siapa PM Malaysia?

Najib Razak.

Dan baru2 neh blogger UMNO pro Tun Mahathir, A. Kadir Jasin ada maklumkan yang mereka juga ada rahsia tentang Najib. Mereka tak terliur nak dedahkan rahsia Najib dekat public. Macam yang team Najib buat dengan menyerang Daim.

Macam mana yang mereka akan buat? Najib takan bodoh sangat. Dia boleh baca. Dalam pada dia fikir dia banyak simpan rahsia orang2 yang mahu jatuhkan dia,  orang2 yang mahu jatuhkan dia juga banyak simpan rahsia2 tentang dirinya.

Jika aku tak silap, apa yang akan berlaku ialah exchange kepentingan. Frasa pertama. Jika team Najib boleh membuatkan team Mahathir berhenti menyerang dengan menawarkan sesuatu atau team Mahathir boleh membuatkan Najib berhenti dengan menawarkan sesuatu.

Atau frasa kedua.

Masing2 enggan mengalah dan berganjak dari mendapatkan kepentingan masing2. Maka jika dah sampai ke tahap ini, Mahathir tetap dengan keinginannya, Najib tetap dengan kehendaknya, jadi, kedua2 akan mula saling serang menyerang dengan membocorkan satu persatu rahsia menggunakan cara2 licik dan strategi ini termasukla menggunakan pembangkang dalam apa jua cara demi tujuan mencapai matlamat. 

Aku tak pasti la apakah rahsia yang dimaksudkan oleh anak Sirul sama seperti yang dimaksudkan oleh A.Kadir Jasin cuma apa yang aku pasti Najib memang ada rahsia. 

Persoalannya, anak Sirul dan bloggers UMNO pro Mahathir semua main tarik tali dari mendedahkan rahsia tersebut kerana masing2 pun ada rahsia masing2. Itu la masalahnya. Mereka tak boleh nak transparent kerana mereka pun ada rahsia tersendiri.

Aku terfikir2 juga. Apa la agaknya yang anak Sirul maksudnya jika Najib tak beri apa yang Sirul mahukan dan tak tolong bapanya.. rahsia apa la yang Sirul pegang sehingga memaksa Najib nak taknak tetap perlu membantu Sirul dalam kes pembunuhan Altantuya.

Hmmm..

Malam ini. Najib akan muncul di tv3 jam 9 malam dalam program Soal Jawab.

Kalau dah sampai dia sendiri turun padang untuk jelaskan isu mengenai 1MDB. Korang semua tak faham2 lagi ke betapa 'bahayanya' senapang yang Mahathir acukan kepadanya?

HAHAHAHAHAHA.. 

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-gagal-hubungi-sirul-tunggu-kenyataan-rasmi

http://www.astroawani.com/news/show/altantuya-atas-dasar-apakah-sirul-ditahan-soal-peguambela-kamarul-hisham-52516

Dr Mahathir sound Ismail Sabri.. Harga barang naik tak ada kaitan dengan Kaum katanya

Apa yang Ismail Sabri perlu faham ialah.. "Ini bukan tentang Cina, Melayu atau sesiapa saja, ini tentang barangan, bukan sahaja yang dijual oleh orang Cina... India, Melayu juga menaikkan harga barang, mereka tak turunkan harga barang.

"Ini bukan tentang Cina atau Melayu, ini tentang harga minyak yang turun tetapi harga barang tidak turun."

Dan ayat Tun kepada Ismail Sabri yang pailing best ialah ayat ini.."Mungkin dia tak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tak akan kata boikot barang jualan orang Cina,"

Maknanya Ismail Sabri tu bercakap tak guna otaklah.. main bedal saja atau dalam lain ayat "his mouth faster than his brain..."

Kah.. kah.. kah.. itupun berlambak Ketua Bahagian UMNO yang sokong dia.. aparaa...

Laporan berkaitan..


Harga barang naik tiada kaitan dengan kaum, Dr Mahathir tegur Ismail Sabri

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob kerana membuat kenyataan berbaur perkauman mengenai perniagaan kaum Cina, mengatakan harga barangan yang naik tiada kaitan dengan kumpulan etnik peniaga.

Bekas perdana menteri itu berkata, daripada memainkan isu perkauman, Menteri Perniagaan dan Industri Asas Tani itu sepatutnya mencari punca sebenar masalah yang dihadapi.

"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya," katanya pada satu sidang media di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

"Mungkin dia tak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tak akan kata boikot barang jualan orang Cina," katanya.

Dr Mahathir berkata, isunya bukan tentang Cina atau Melayu, kerana terdapat peniaga Melayu dan India juga yang tidak menurunkan harga barang jualan mereka.

"Ini bukan tentang Cina, Melayu atau sesiapa saja, ini tentang barangan, bukan sahaja yang dijual oleh orang Cina... India, Melayu juga menaikkan harga barang, mereka tak turunkan harga barang.

"Ini bukan tentang Cina atau Melayu, ini tentang harga minyak yang turun tetapi harga barang tidak turun."

Berkenaan anggapan yang kos akan menurun kerana harga minyak jatuh, Dr Mahathir berkata, pengangkutan yang bergantung kepada minyak, hanya sebahagian daripada kos perniagaan, dan oleh itu keuntungan kepada pengguna hanya sedikit sahaja.

"Pengangkutan merupakan salah satu daripada kos elemen dalam semua perniagaan, mungkin sebanyak 10%. Jadi sekiranya harga minyak menurun, ia hanya akan terkesan kepada 10% daripada kos, dan keuntungan bersih jadi amat kecil."

Beliau berkata, ia penting bagi kerajaan untuk mengawal harga barangan import kerana pasaran tidak dapat dikawal selia dengan sendiri.

"Kita perlu pastikan import terkawal dan harga barangan dan pengangkutan diselia sedikit.

"Kita tidak suka mengawal selia perniagaan dan pasaran, tetapi kadang kala ia perlu kerana pasaran tidak dapat menyelia sendiri," kata Dr Mahathir lapor The Malaysian Insider

Mahathir Tetap Tolak Najib Walaupun Mereka Bersalam Di Masjid Negara

Gambar Najib bersalam dengan Mahathir inilah yang dijadikan bukti kononnya hubungan mereka sudah pulih...


Apabila tersebar dengan meluas gambar Perdana Menteri, Najib Razak bersalam dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di Masjid Negara pada Jumaat lalu, ramai yang mengatakan ianya sebagai bukti hubungan kedua-dua mereka sudah pulih.

Beberapa blog dan akaun media sosial turut menyebarkan gambar tersebut dengan peringatan agar jangan lagi diadu-domba hubungan antara kedua-dua pemimpin itu kerana segala-galanya dikatakan sudah kembali seperti sediakala.

Ada juga yang menghebahkan khabar bahawa atas usaha pemimpin tertentu yang menjadi orang tengah, Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan selepas ini tidak lagi melakukan apa-apa kritikan, terutamanya berkaitan ekonomi, pengurusan kerajaan dan  hutang 1MDB.

Dikatakan juga, atas kepentingan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang yang agak kritikal, Najib dan Mahathir akan saling bekerjasama erat selepas ini untuk memastikan kuasa yang selama ini digenggam tidak terlepas ke tangan pihak lain.

Bagaimanapun, hanya sekeping gambar bersalam itu saja yang dijadikan bukti mengenai hubungan yang dikatakan sudah pulih itu.  Baik Najib atau Mahathir, kedua-duanya tidak ada bercakap apa-apa mengenainya.

Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya kepada Najib, Mahathir mula menjadi pengkritik paling lantang dengan antaranya menjadikan hutang 1MDB, kelemahan kepimpinan dan pemberian BR1M sebagai sasarannya.

Soalnya, benarkah hubungan mereka sudah pulih dan ok? Benarkan Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan ingin beliau terus menerajui negara ini?

Walaupun tersenyum ketika bersalam dengan Najib di tangga Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat dan bertahlil untuk mangsa MH370, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pada hari tersebut juga Mahathir turut mengadakan pertemuan dengan sekumpulan bekas pemimpin UMNO dan pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di Muzium Kesenian Islam.

Dalam pertemuan tersebut selama hampir dua jam itu, Mahathir dikatakan terus melontarkan kritikannya terhadap Najib dan kerajaan, terutama berkaitan hutang 1MDB. Isu lain yang turut disentuh ialah masa depan UMNO, kedudukan Anwar Ibrahim dan keputusan mahkamah berkaitan pembunuhan Altantuya yang menyabitkan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dengan hukuman mati.

Mahathir tetap  lantang meluahkan kebimbangannya dengan pengurusan ekonomi negara ketika ini, hutang yang kian meningkat serta apa yang berlaku dalam 1MDB yang sudah boleh dianggap sebagai suatu skandal kepada negara.

Secara keseluruhannya, dalam pertemuan itu, Mahathir bukan saja dilihat kekal dengan sifat mengkritik dan menegur terhadap kepimpinan Najib, malah nadanya yang keras juga boleh dikatakan sebagai bukti penolakannya yang tetap sama seperti sebelum ini.

Mahathir tidak berubah sama-sekali pendiriannya sejak beliau mengumumkan tidak lagi menyokong Najib, kata sumber yang mengetahui tentang pertemuan dan perbincangan yang diadakan di Muzium Kesenian Islam itu.

Kata sumber itu lagi, berjumpa,  bersalam dan sama-sama tersenyum tidak boleh dijadikan logik bahawa Mahathir sudah berbaik dan menerima semula kepimpinan Najib kerana yang  dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu ialah berkaitan masa depan negara.

Tidak mungkin dengan isu besar yang dibangkitkan Mahathir selama ini boleh selesai hanya dengan bersalam di tangga masjid saja, tambah sumber itu lagi. (SH 04/02/2015)

http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Syarikat M'sia kurang ajar, kata gabenor Jakarta

 
Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama mengecam tindakan syarikat alat pembersih rumah Malaysia yang menggunakan perkataan "fire your Indonesian maid" (pecat pembantu rumah Indonesia) di iklan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ahok itu berkata, iklan itu menghina pembantu rumah Indonesia dan “kurang ajar”.

"Tidak boleh berkata 'pecat' begitu sahaja.

"(Guna perkataan) 'Fire your Indonesian maid' (pecat pembantu rumah kamu) itu sangat kurang ajar!" beliau dilapor sebagai berkata oleh Metrotvnews.

Basuki berkata, beliau menyarankan supaya perkara tersebut diselesaikan oleh pemimpin negara Indonesia dan Malaysia.

Ini kerana, katanya, perkataan di iklan tersebut dikhuatiri dapat merenggangkan hubungan dua negara.

Menteri M'sia dihubungi

Sementara itu, Menteri Tenaga Kerja Indonesia Hanif Dhakir pula dilapor menghantar pesanan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berhubung isu tersebut.

Hanif berkata, beliau menghantar pesanan kepada  Richard (bawah) untuk memberitahu  bahawa rakyat Indonesia tidak suka dengan iklan tersebut.

Katanya, beliau juga telah meminta Richard supaya mengambil tindakan tegas ke atas syarikat terbabit, lapor Tempo.

Bagaimanapun, ketika diminta untuk meminta maaf berkaitan iklan itu, Hanif berkata, Richard memberitahu bahawa ia tidak boleh terus dilakukan dan perlu diselidiki dahulu.

"Kalau (berdasar) jawapan dari menteri Malaysia, mereka akan membantu kita.

"Kerana pemimpinnya juga tidak tahu (isu itu), mereka akan selidik dulu. Mereka tidak boleh terus meminta maaf," katanya lagi.

NGO: Pekerja bukan barang

Selain pemimpin Indonesia, NGO hak pekerja juga membangkitkan perkara sama dan mahu Presiden Indonesia Joko Widodo menegur Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

"Iklan tersebut memberi tanggapan bahawa tenaga kerja Indonesia kita seperti barang atau lebih rendah lagi (daripada barang)," kata Migrant Care.

Malaysiakini sudah menghubungi syarikat yang mengeluarkan alat pembersih rumah tersebut bagi mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun masih tiada respon berkaitan setakat ini.
 

Jelajah Anwar buat Ibrahim Ali jengkel

 
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menyatakan kejengkelannya ke atas kempen ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai sabitan kes Liwat II.

Ibrahim berkata, kempen itu seolah-olah menunjukkan Anwar tidak boleh didakwa di mahkamah.

Apa yang istimewanya Anwar ini? Pada dia, dia tidak boleh disentuh atau didakwa. Jika sentuh dan dakwa dia, ianya konspirasi dan pendakwaan terpilih.

“Dari dulu dia canang propaganda ini. Orang (lain) semua zalim tapi dia saja yang baik,” kata Ibrahim.

Katanya, masyarakat negara ini tidak harus terpengaruh dengan kempen Anwar yang digerakkan dengan slogan "Rakyat Hakim Negara”.

Beliau turut meminta masyarakat berwaspada dengan tindakan pihak yang “mencabar kehakiman dan pihak keselamatan”.

Katanya tindakan tersebut menunjukkan sikap adalah golongan ekstremis dan ganas, katanya lagi yang menyifatkan perkembangan itu sebagai penghinaan kepada mahkamah.

“Ini soal perundangan dan bukan politik. Anwar dan sekutunya yang ambil bahagian dalam menyampai ucapan boleh disifatkan menghina mahkamah,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa depan akan memutuskan sekiranya Anwar akan dipenjarakan bagi kes tersebut.

Selasa, 3 Februari 2015

Saya Suka Yang Ini...

Apabila Drakula mula menghisap darah.......




Menyakitkan.Sungguh menyakitkan.Itulah rumusan kenyataan suspek yang bebas dari tuduhan membunuh dalam kes Altantuya Shaariibuu.

Berikut antara kenyataannya yang menyakitkan hati :

Antara kenyataannya yang "menghina" polis.“Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?” soalnya.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.

Sejak awal, semuanya satu naratif – pembunuhan, Najib, Razak dan perjanjian kapal selam. 

Naratif ini disogokkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan semua orang seperti sekawan kerbau, ikut saja. 

Drakula, pontianak, serigala jadian, siapa saja lah. Watak kesukaan saya selalunya Drakula. 

Sekarang polis baru tahu hasil bersekongkol dengan orang politik.Habis madu,semuanya buruk,busuk dan hodoh.

Eloklah seorang di UK dengan bebasnya dan seorang lagi di Australia dengan tali gantung "memanggil-manggil" dari Malaysia.

Suspek bebas dari UK berkata,polis penyangak bunuh ramai orang dalam tahanan.Manakala suspek  hukuman gantung berkata dia adalah menjadi "kambing hitam".

Pepatah Arab berkata," Antara dua hujah yang bertentangan,mesti satunya salah dan bohong."

Mana yang bohong? UK atau Australia?
Sumber : Disini
Sangat Diperlu : Bantuan

'Ada Tawaran, Tapi Anwar Enggan Lari Keluar'

 
Menjelang keputusan kes Liwat II minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau ada dinasihatkan untuk tinggal dan berkhidmat di luar negara

Nasihat itu, katanya, termasuk daripada sarjana terkenal dunia Islam Sheikh Yusof Al-Qardawi.

“Saya yakin saya boleh bebas kalau ikut undang-undang.
“Sheikh Yusof Al-Qardawi menasihatkan saya duduk di luar. Ada pemimpin Turki tawar jawatan penasihat agama dan ajak saya duduk sana.

“Ini tempat lahir saya, ini negara saya, walau apa pun keputusannya nanti, saya tetap akan teruskan perjuangan dan tidak takut masuk penjara sebab dah pernah masuk penjara lapan tahun,” katanya.

Beliau bercakap di hadapan 3,000 orang di Seremban malam tadi,  ceramah sulungnya dalam siri bertemakan “Rakyat Hakim Negara”.

Beliau selepas ini dijadual berceramah setiap malam di sepuluh tempat menjelang keputusan kesnya pada 10 Februari.

“Mudah-mudahan saya bebas.

“Tapi kawan-kawan kata, manalah tahu,” katanya.

Tak banyak ulas kes

Dalam ceramahnya malam tadi Anwar tidak banyak mengulas tentang kesnya sebaliknya menyentuh pelbagai isu semasa.

Ini termasuk sekatan memasuki Universiti Malaya untuk majlis pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) hujung tahun lepas.

“Saya bekas mahasiswa Universiti Malaya tapi tidak boleh masuk beri ucapan walaupun dijemput mahasiswa.

“Saya dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.
“Akhirnya Fahmi Zainol, Presiden PMUM digantung pengajian (dua semester).

“Jangan hina orang. Jangan amalkan rasuah. Seperti kata Mat Sabu tadi, inilah masa untuk berubah (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Di akhir ucapan, Anwar merakamkan penghargaan kepada pendukung reformasi sejak 16 tahun lepas.

Gerakan reformasi bermula pada tahun 1998 selepas Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dipecat oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir dan berceramah malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu); Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Sumber : Disini
 
Sangat Diperlukan : Bantuan

IGP: Tak perlu bangkitkan lagi isu Altantuya

 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membangkitkan berhubung isu motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Mahkamah tertinggi telah buat keputusan, jadi tiada apa lagi yang nak dikatakan.

"Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka yang ingin mengulas lanjut kerana ia mungkin menghina (mahkamah)," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan  pasukan peguam Koperal Sirul Azhar apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati tanpa melihat motifnya.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas Cif Insp Azilah Hadri.

Sumber :Disini

Sangat Diperlukan : Bantuan

Bantuan Kenderaan Pacuan 4 Roda Diperlukan!‎

SALAM sahabat, Jingga 13 Malaysia akan meneruskan misi prihatin (banjir) kali ke 9 di Negeri Kelantan pada 28 febuari 2015 hingga 5 Mac 2015 (6 hari).

Misi kali ini adalah untuk membina dan membaik pulih masjid serta pondok pengajian di Sekolah Pondok Tok Kenali di Kg Jenang, Dabong, yang terjejas akibat banjir besar sebelum ini.

Jingga 13 telah berjaya mengumpulkan sumbangan orang ramai bagi menjayakan misi kali ini, namun menghadapi masaalah logistik untuk masuk ke Sekolah Pondok tersebut memandangkan ia terletak jauh di pedalaman ditambah dengan keadaan jalan yang rosak tidak dapat dilalui oleh kenderaan biasa‎.

Jingga 13 memohon jika ada sahabat yang bermurah hati untuk meminjamkan kenderaan pacuan 4 roda untuk melakukan misi ini selama 6 hari.

Jumlah kenderaan yang diperlukan EMPAT (4) buah, sila hubungi Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Cikgu Fariz Musa di nombor telefon 019 990 0288

Segala budi baik dan kemurahan hati anda didahulukan dengan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Mohon share dan sebarkan!
Sumber : Disini

Pemakaman Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud, Mengapa Di Malaysia Tidak Begitu ??

 

 Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud telah selamat dikebumikan dengan panduan Sunnah Rasulullah SAW yang cukup ringkas dan sederhana.

Maka seisi dunia menyaksikan bagaimana jenazah baginda disolatkan di Masjid Jami’ Imam Turki Bin Abdullah lalu disempurnakan di Perkuburan Al-Ud Riyadh dengan:


KALAU NAK IKUT SUNNAH RASUL;
Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud telah selamat dikebumikan dengan panduan Sunnah Rasulullah SAW yang cukup ringkas dan sederhana.

Maka seisi dunia menyaksikan bagaimana jenazah baginda disolatkan di Masjid Jami’ Imam Turki Bin Abdullah lalu disempurnakan di Perkuburan Al-Ud Riyadh dengan: 

• Tidak ada tembakan meriam
• Tidak ada bacaan surah Yaasin
• Tidak ada payung untuk jenazah
• Tidak ada taburan bunga di kubur
• Tidak ada kenduri arwah dan majlis tahlil
• Tidak ada kemenyan atau setanggi dibakar
• Tidak ada iringan muzik ketenteraan dan kebesaran
• Tidak ada doa beramai-ramai dipimpin di atas kubur
• Tidak disyaratkan berpakaian berkabung yang khusus
• Tidak ada siraman air mawar atau air Yaasin di kubur
• Tidak ada ucapan Al-Fatihah disedekahkan merata-rata
• Tidak ada tafakkur dan pengibaran bendera separuh tiang
• Tidak ada bacaan talkin dan duduk beramai-ramai di kubur
• Tidak ada binaan tembok, kubah dan makam di atas kubur
• Tidak disyaratkan pemakaian ikat kepala atau ikatan lengan yang khusus
• Tidak ada sedekah atau upah diberikan kepada rakyat yang bersolat jenazah
• Tidak ada perarakan jenazah, panji-panji dan pingat kebesaran berkilometer jauhnya
• Tidak ada batu nisan marmar berukir indah yang mahal, melainkan batu nisan simen tidak bertanda
• Tidak ada amalan menunggu kubur dengan mengkhatamkan bacaan al-Qur’an di atas kubur
• Tidak ada pentas atau tempat khas disediakan untuk kerabat DiRaja menyaksikan upacara pengebumian
• Tidak ada cuti berkabung rasmi sehari atau berhari-hari, sekolah dan pejabat kerajaan dibuka seperti biasa
• Tidak ada menunda-nunda penguburan jenazah sehingga ramai pemimpin atau ketua negara luar tidak sempat sampai
• Tidak ada tandu usungan jenazah berpedati untuk diusung puluhan orang, melainkan pengusung biasa
• Tidak ada kain baldu hijau bersulam ayat al-Qur’an menutup jenazah, melainkan menutup jenazah adalah jubah luar atau “Mishlah” yang dipakai oleh si mati ketika hidupnya
• Tiada penghormatan dengan tradisi ketenteraan seperti pemberian hormat, tiupan bugle, lagu Last Post dan tembakan segerup senapang 3 kali berturut-turut dilaksanakan

Kesemua amalan di atas tidak keluarga baginda laksana, bukan kerana tidak kuat beragama. Tidak pula mereka tinggalkan kerana mereka miskin dari segi kewangan. Bahkan baginda dan kerabat baginda merupakan antara kelompok manusia terkaya di dunia. 

Sebaliknya raja yang baru, Raja Salman Bin Abdul Aziz Al-Saud dan kaum kerabat baginda bersyukur dan merasa cukup senang hati untuk melaksanakan petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam pengurusan jenazah baginda.

“Ya Allah Rahmatilah Hamba-Mu Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud. Masukkanlah Dia Ke Dalam Syurga-Mu Yang Luas”

Sumber : Disini

Pakatan perlu bincang kemungkinan Anwar ke penjara, kata Mahfuz

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengatakan perbincangan tentang siapa yang akan mengisi jawatan ketua pembangkang sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan amat penting.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengatakan perbincangan tentang siapa yang akan mengisi jawatan ketua pembangkang sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan amat penting.

Pakatan Rakyat (PR) perlu sepakat bawa ke meja perundingan untuk bincangkan kemungkinan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ketua penerangan PAS itu berkata, walaupun parti Islam itu masih belum mengambil sebarang pendirian mengenai perkara itu, PR perlu setuju kembali ke meja rundingan bagi membuat keputusan penting demi kelangsungan gabungan parti pembangkang itu.

Ini termasuk, katanya, membincangkan siapa yang akan menjadi ketua pembangkang seterusnya jika Anwar dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah dalam memutuskan rayuan pusingan terakhir kes liwatnya itu.

"Kita kena balik kepada meja rundingan di bawah PR. PAS pula harus akur dengan sebarang keputusan itu.

"Lagipun kita tidak ada jumlah yang cukup untuk melayakkan ahli Parlimen kita dilantik sebagai ketua pembangkang," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.


Kenyataannya itu senada dengan Anwar semalam yang merayu kepada rakan parti dalam PR – khususnya DAP dan PAS – berhenti berbalah dan mengadakan mesyuarat antara pemimpin parti sebelum 10 Februari, tarikh Mahkamah Persekutuan dijadualkan menyampaikan penghakiman terhadap rayuan bagi sabitan kes liwatnya.

Anwar berkata demikian susulan perbalahan yang berterusan antara PAS dan DAP berkaitan beberapa perkara, terutama dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud.

Pada masa sama, majlis kepimpinan PR dilaporkan tidak mengadakan mesyuarat selama lebih 6 bulan.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyebut mengenai perlunya membincangkan isu ketua pembangkang yang baru sebaliknya meminta kedua-dua parti "bawa berbincang semua pertelingkahan antara mereka."

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga dilaporkan berkata beliau yakin Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan yang memihak kepadanya.

Mahfuz hari ini mengingatkan ahli parti, keputusan memberikan jawatan tersebut kepada Ketua Umum PKR itu sebelum ini juga dibuat berdasarkan semangat kesepakatan di kalangan PR, maka amalan itu harus diteruskan.



"Dulu kita beri kepada Anwar juga, walaupun DAP mempunyai kerusi yang lebih dari PKR, itulah satu kesepakatan. Dan PAS akan sedia terima siapa saja jadi ketua pembangkang," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mengenai kes liwat Anwar, Mahfuz berkata beliau setuju peguam bela Anwar mempunyai hujah yang kuat dan beliau akan dibebaskan, mengatakan sejak awal lagi beliau berpendapat kes itu tidak perlu dibicarakan di mahkamah.

"Pendakwaan ini tidak wajar. Cukup jelas ia suatu yang tidak ada merit untuk didakwa. Laporan perubatan jelas membuktikannya," katanya.

Menurut beliau yang juga ketua whip PAS di Parlimen, pendirian PAS sedari awal ialah, jika mahkamah memutuskan memenjarakan Anwar, ia akan menambahkan lagi krisis ketidakpercayaan kepada insitusi kehakiman.

Sementara itu, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, isu pelantikan pengganti bagi jawatan Ketua Pembangkang tidak pernah dibincangkan lagi secara rasmi antara rakan PR dan PAS.

Katanya, ia tidak berbangkit kerana PAS yakin Anwar akan terus kekal dengan jawatan tersebut dan akan dibebaskan semasa keputusan rayuan pusingan terakhir kes liwatnya itu.

“Saya mendoakan beliau (Anwar) akan dibebaskan. Sebagai rakan dalam PR, kita tidak pernah bincang untuk menggantikan pimpinan yang lain, kerana yakin beliau akan dibebaskan.

“Kita yakin dengan segala hujah yang dibentangkan peguam bela beliau dalam mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian.

Tuan Ibrahim turut meminta ahli PAS mengadakan solat hajat agar keadilan memihak kepada Anwar.

“Kehadiran ramai pimpinan parti sepanjang perbicaraan membuktikan sokongan PAS kepada beliau. InsyaAllah semoga beliau dibebaskan,” katanya menurut akhbar itu semalam. – 2 Februari, 2015.

Sumber : Disini

Seorang Pelajar IPT Meninggal Dunia Setelah Di kelar Di Leher



17 tahun kau. Muda lagi. Maksudnya belum cukup 18 ikut bulan. Kalau ikut tahun dah cukup sebab dia pelajar IPT. Gambar yang tersebar meluas di wassap sebenarnya secara jelas paparkan wajah mangsa tetapi aku blurkan bagi menghormati keluarga mangsa. Memang kesian tengok. Tak sanggup aku nak sebarkan wajah dia yang sedang bertarung nyawa dengan kematian pada ketika gambar itu ditangkap.

Untuk rekod, ketika gambar di atas ditangkap, dia masih hidup lagi. Tinggal nyawa-nyawa ikan la orang kata. Mangsa mati ketika sedang menerima rawatan. Dan selepas teman lelaki kepada perempuan tersebut mengelar kekasihnya, bukan dia nak tolong bawa ke hospital ke apa. Dia siap nak lari lagi padahal kalau dia selamatkan wanita tersebut mungkin wanita tersebut masih hidup lagi. Aduhai.. tak pasal2 anak orang mati kena bunuh. Dan kalau kau semua baca la komen di facebook rasmi Utusan, ramai gak yang sedap jari mengutuk si arwah. Ini kena kat anak orang. Kalau kena kat anak kau, aku nak tengok boleh tak kau mendabik dada kutuk kejadian tersebut.

Sebaran di wassap :

Selamat tengahari YDH Dato/Tn/Pn,

Maklum Satu kes kekerasan yang berlaku di PLUS KM 228.2 (Menghala Selatan)(area Bukit Gantang)

Changkat Jering Repot : 157/15

Kesalahan : Sek 302 KK
IO : ASP Rahimi B Abdul Rahman

Pengadu : Kpl Noriah
Anggota Bilik Gerakan Taiping

Mangsa : Nursyuhada Bt Johari
Pelajar tahun pertama 1 di UITM Permatang Pauh, umur 17thn

Saksi : Md IKhbal B Ahmad
Kerja: Adjuster insuran

Tangkapan : Syarafi B Abu
KP: 901212-02-5479
Kerja : Tukang masak di Melaka

Ringkasan kes:

Hari ini jam lebih kurang 1155hrs, pengadu terima maklumat ada kes tikaman berlaku di PLUS kawasan Bukit Gantang.

Siasatan dapati saksi menunggang m/sikal daripada Pokok Assam ke Ipoh. Apabila lalu di tempat kejadian nampak sebuah kereta Proton Perdana warna hitam no BFA 5087 diletak di tepi highway dan seorang perempuan keluar daripada kereta melalui pintu pemandu dan jatuh pada jalan. Seorang lelaki keluar daripada kereta dan tarik mangsa perempuan itu ke tepi besi penghalang jalan. Lelaki tersebut kemudian lepas besi penghalang dan lari masuk ke hutan.

Saksi berhenti motorsikal dan lihat ramai orang awam berhenti. Saksi nampak mangsa ada kesan kena kelar pada leher. Semasa orang awam berkumpul, tiba-tiba lelaki tadi muncul balik dan buka pintu kereta dan ambil sebuah handset lalu cakap dengan sesiape x pasti dengan kata : minta maaf Dan dia telah buat silap.....

Kemudian Laki itu tengok mangsa lalu cakap : Dia x mampus lagi ke ?!

Saksi kata orang awam kat sana pun tanya siape dia ini. Kemudian orang awam telah pukul lelaki itu. Dan serah lelaki kepada MPV yg sampai di tempat kejadian. Anggota MPV pun buat tangkapan semula.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulan. Pada pukul 2.00 petang, Mangsa disahkan mati di hospital.

Siasatan awal, suspek disyaki ada masalah mental. Telah berkawan dengan simati. Juga jumpa sebilah pisau lipat yg dibuang di bawah bukit tepi highway.

Team Forensik masih belum sampai.

Siasatan masih diteruskan.

MAKLUMAT TERKINI

H: Culik mangsa sebelum kelar atas lebuh raya

BANDAR KUALA KANGSAR - Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang yang maut dikelar di leher sebenarnya telah diculik terlebih dahulu sebelum suspek membunuhnya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara - Selatan berhampiran Bukit Gantang.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, rakan mangsa ada menghubungi ibu pelajar malang itu, Nursyuhada Johari, 20, memaklumkan anaknya dilarikan lelaki berusia 25 tahun itu.

Ujarnya lagi, suspek menaiki kereta dan masuk ke kawasan kampus lalu menghunus pisau kepada mangsa serta memaksa arwah mengikutinya kira-kira pukul 11.00 pagi, semalam.

"Rakan-rakan melarang mangsa mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh mententeramkan suspek," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, di sini, semalam.

Dia yang enggan dikenali berkata, mangsa dipercayai mengikut suspek kerana Nursyuhada memang mengenali lelaki itu apatah lagi selepas dia diugut dengan pisau.

Katanya, sebaik rakan mangsa menghubungi ibu Nursyuhada, ahli keluarga kemudian mula mencari mangsa dan berkali-kali menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak berjawab.

"Keluarga hanya mengetahui kejadian buruk menimpa mangsa apabila bapa Nursyuhada menghubungi bapa suspek.

"Bapa suspek itu memberitahu suspek telah kelar mangsa sebelum mereka pergi ke balai polis untuk pengesahan," katanya selain menambah mangsa merupakan anak kedua daripada enam beradik.

Katanya, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan itu memang mengenali suspek tetapi bukan pasangan kekasih seperti laporan sesetengah media.

"Suspek mahu berkawan dengan Nursyuhada tetapi ahli keluarga serta mangsa sedia maklum dengan tabiat dadah suspek.

"Nursyuhada merupakan seorang yang ceria serta gemar bergurau. Kami terkejut dengan tindakan suspek sehingga sampai ke tahap ini," katanya.