SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 3 April 2013

Anwar Umum Akan Bertanding Di Perak


PETALING JAYA 3 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengisytiharan beliau untuk bertanding di luar kubu kuatnya di Permatang Pauh, dan Perak menjadi pilihannya pada pilihan raya kali ini.
Anwar lagi
“Saya isytiharkan hasrat saya untuk bertanding di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN Petaling Jaya petang ini.
Bagaimanapun, menurut Anwar, beliau perlu kembali ke Permatang Pauh esok untuk menenangkan para pengundinya.
“Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana.
“Niat saya untuk mengukuhkan kedudukan kita di Perak dan bukannya tidak menghormati sokongan setia rakan-rakan di Permatang Pauh,” katanya.
Sebelum ini beliau tidak menolak kemungkinan untuk berpindah dari Permatang Pauh di Pulau Pinang pada PRU 13 berikutan permintaan pemimpin dan rakyat, khususnya di Selangor dan Perak.
Katanya, KEADILAN memiliki ramai pemimpin berkelayakan untuk menggantikannya di Permatang Pauh jika beliau tidak mempertahan kerusi berkenaan.
Parlimen Permatang Pauh adalah kuat Anwar, lama sebelum KEADILAN ditubuh dan ia terus terus didominasi dengan kemenangan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu, dipenjara.
Ketika pengaruh KEADILAN jauh dari paras kemuncak manakala BN mencatat rekod terbaik sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini, kerusi Permatang Pauh tetap gagal ditawan calon Umno, sebaliknya kekal di tangan KEADILAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan