KUALA LUMPUR 3 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.
“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini
bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.
“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful Bukhari Azlan) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga.
“Ini penting. Ia memberi isyarat jelas kepada rakyat betapa pejabat Perdana Menteri terlibat dalam dalam hal itu,” katanya kepada stesen TV antarabangsa,Al-Jazeera, petang ini.
Wawancara empat minit secara langsung bermula jam 6.10 petang itu bersempena pembubaran Parlimen hari ini.
Beliau menjawab demikian mengenai kemungkinan kes fitnah liwat itu menjejaskan peluang Pakatan Rakyat pada PRU 13.
Menyatakan kedua-dua kes fitnah itu dimenanginya di mahkamah, Anwar berkata, perbuatan itu direka orang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berasa tergugat atau takut, lalu cuba membuat konspirasi.
Beliau sekaligus menolak tanggapan kononnya kes fitnah liwat itu menjejaskan peluang Pakatan, malah percaya ia sebaliknya.
Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Khairil Annas Jusoh.
Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.
Untuk tonton wawancara penuh, KLIK INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan