SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 2 April 2013

Nak Baca Apa Orang Tak Siuman Bercakap ? Baca Dibawah ni....


Hasan Mohamed Ali

Hasan Mohamed Ali
SHAH ALAM –  Fenomena tsunami politik 2008 tidak wujud lagi malah masyarakat kini melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pakatan Pembangkang, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.


Respons tersebut diterima Hasan berdasarkan pemerhatian dan maklum balas daripada akar umbi sepanjang menjelajah ke seluruh negeri selepas dipecat dari parti pada  Januari tahun lalu.

“Imej pakatan pembangkang di sesetengah tempat termasuk kubu kuat mereka menerima respons begitu mendukacitakan termasuklah sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sendiri.

“Terlalu banyak isu besar yang menjadikan masyarakat umum dan pengundi khasnya tidak dapat menerima penjelasan dan justifikasi yang cuba dikemukakan pakatan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, isu kalimah ALLAH contohnya benar-benar telah memerangkap pakatan pembangkang hingga mereka tidak mempunyai jawapan yang munasabah untuk meredakan kemarahan dan bantahan umat Islam dalam hal yang menyentuh persoalan akidah ini.

“Sebahagian besar pengundi Melayu Islam khususnya merasa takut dan bimbang sekiranya keputusan PRU13 memihak kepada pakatan pembangkang. Jika ini berlaku, kebimbangan mereka akan jadi realiti.

“Para ulama dilihat begitu bersemangat mengemukakan pendapat dan pandangan keagamaan dengan meletakkan isu-isu agama di dalam perspektif yang betul tanpa dipengaruhi oleh pandangan  politik,” katanya.

Malah menurut Hasan, kerja keras dan pembaharuan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diambil kira sebagai satu lonjakan sokongan kepada BN.

“Penduduk Kelantan sendiri terpaksa mengakui bahawa rakyat negeri ituperlu berubah agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Isu moral yang bertali arus melibatkan beberapa pemi mpin PKR khasnya telah menghilangkan sama sekali keyakinan rakyat terhadap PKR yang menjadi parti komponen pakatan pembangkang,” katanya.

Katanya, isu terkini melibatkan keselamatan negara yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dikatakan telah benar-benar menjadikan pimpinan pakatan pembangkang saling menuding jari di antara mereka.

“Peranan beberapa pimpinan tertinggi PKR dan keceluparan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menjadi faktor utama mengapa peristiwa Lahad Datu dianggap sebagai faktor yang dijangka akan mendorong para pengundi memberi kemenangan kepada BN,” katanya.

Oleh itu, Hasan berkata, pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusinya, Karpal Singh menggariskan potensi kemenangan pakatan pembangkang menguasai tujuh negeri  dan  115 kawasan Parlimen dijangka boleh menang mudah sebagai hanyalah satu ramalan bersifat ‘syok sendiri’.


P/S: Dia ni yang bercakap "syok sendiri" 
suruh tengok you tube ceramah pembangkang tak nak....
yang di fikirkan ceramah dia....lahai aku tengok tak sampai pun 

200 orang setiap kali ceramah....itu yang dikira orang dah benci kan
 pembangkang.....? bukan kah bermakna itu orang benci dengan ko San ?


Oi San orang dah benci tengok ko tu....

kalau aku jangan kan tengok muka ko.... 
lobang hidung kembang ko tupun aku benci...
Dulu masa bersama PAS ko tibai umno maca umno tu najis....
Sekarang ni ko macam puji lak pemimpin-pemimpin umno
Itu dah tunjukkan ko ni tak boleh pakai punya manusia.


San oi tolong betulkan akidah pemimpin umno dulu

baru boleh jadi penegak akidah.... 
ko sedar tak siapa yang luluskan bible tulisan BM ?
dan didalamnya ada tertera kalimah Allah ?

Hassan-Hassan !! kalau ko nak perjuangkan akidah 
perjuangkan lah untuk semua orang !!
Usahlah ko  dakwah pada pembangkang je ....
Ko tar biah lah dulu pemimpin kerajaan yang ada  ni san oi 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan