SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 2 April 2013

Mengapakah Pelajar Harus Dilayan seperti Penganas ? Pelajar Sepatutnya Bangkit Mempertahankan Rakan-Rakan Yang terenaya !!! Bukan Berdiam Diri Dan Berpeluk Tubuh..


KUALA LUMPUR: PAS memandang serius dan kesal terhadap siri tindakan keras dan melampau yang telah diambil oleh pihak berkuasa di bawah kerajaan Barisan Nasional terhadap para mahasiswa yang juga menjadi rakyat dalam negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan demikian sebagai mengulas tangkapan dan ugutan yang dikenakan terhadap kalangan mahasiswa yang ingin menyuarakan rasa hati dan pandangan mereka berhubung cadangan penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri.

Antara tangkapan membabitkan mereka ialah mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan ketika mengadakan Speakers Corner dan edaran risalah sekitar Labuan; dan semalam lima mahasiswa ditahan di Putrajaya kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak).

“Siri-siri tindakan yang tidak setara dengan luahan perasaan para mahasiswa ini, di samping tindakan tekanan berasaskan politik kepada kalangan ahli akademik, pelantikan ke jawatan utama universiti yang tidak berasaskan kepada keupayaan kesarjanaan, pelantikan ahli lembaga pengarah universiti awam yang dipertikaikan kelulusannya, semuanya ini cukup untuk menggambarkan kecelaruan pihak kerajaan pimpinan Umno BN yang terus gagal membawa dunia menara gading ke mercunya yang selayaknya,” ujarnya.

Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, generasi mahasiswa juga wajar dinilai suara hati dan pandangan mereka, kerana merekalah sebenarnya yang sangat terkesan dengan isu-isu sekeliling dan permasalahan ekonomi yang dialami oleh mereka pada masa kini dan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan