SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 2 April 2013

Rakyat Kelantan Bertuah, Jadi Idola Negeri Lain


KOTA BHARU: Pendakwah dan juga selebriti televisyen, Ustaz Haslin Basrin, berkata memisahkan agama dengan politik sama seperti membawa ajaran Kamal Artartuk kerana pemimpin terkenal Turki itu mengamalkan dasar sekularisma.

Katanya, rakyat seharusnya memahami tanggungjawab sebenar sebagai seorang muslim yang tidak akan memisahkan Islam dari politik.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kuliah Mingguan Wanita Kelantan yang bertajuk ‘Hidup Sekali Manfaat Selamanya’ di sini semalam.

Beliau juga turut menolak dakwaan golongan tertentu yang mendakwa golongan ustaz atau para ulama tidak perlu berpolitik sebaliknya kekalkan tugas sebagai pendakwah.

Menurutnya, fahaman itu salah malah golongan pendakwah itulah yang sewajarnya perlu memberi penerangan berhubung siasah Islam sebenarnya.

“Jika tidak kita tidak akan mendapat ilmu berhubung perkara itu, malah golongan pendakwah khususnya ulama adalah pewaris nabi dan kita semua juga adalah penyambung perjuangan baginda Rasulullah saw,”ujarnya.

Program yang bermula sejak tahun 2009 setiap bulan itu anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri.

Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dan anggota exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Purnama, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid, isteri-isteri anggota exco kerajaan negeri, isteri wakil-wakil rakyat dan Parlimen.

Hampir 1,000 peserta hadir pada program yang diadakan sebelah petang itu yang mewakili kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan, swasta serta pelajar sekolah.

Haslin seterusnya memberitahu, kerana hidup tidak berpegang pada ajaran Islam yang syumul membuatkan manusia hilang pertimbangan serta mudah ‘dibeli’ oleh pihak tertentu dengan aqidah perjuangan sebenar.

“Rakyat Kelantan beruntung kerana berada di bawah pentadbiran kerajaan yang berteraskan Islam. Malah Kelantan sebenarnya idola di negeri-negeri lain,”ujarnya lagi.

Beliau juga turut mengingatkan rakyat di negeri itu mengekalkan kerajaan yang ada, kerana sudah tidak ada sebab lagi untuk memilih pihak lain setelah 23 tahun negeri itu ditadbir oleh ulamak.

“Kuliah mingguan agama ditengah bandar, sekolah agama dan tahfiz termasuk pondok menjadikan negeri ini begitu dikenali ramai sebagai sebuah negeri yang berteraskan Islam,”ujarnya.

Dewan sekali-sekala menjadi gamat apabila Ustaz Hasrin yang mempunyai suara merdu menyanyikan lagu-lagu dakwah termasuk Itu Allah Yang Punya dipopularkan atis Iwan.

Ucapan dan telatahnya yang melucukan membuatkan dewan yang hanya dipenuhi oleh golongan wanita itu sentiasa riuh rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan