SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 10 Oktober 2014

Rahsia YB Saari Sungib Akhirnya Terbongkar.. Ikuti Penjelasan Sahabatnya

 
Dalam tempoh berlakunya krisis Menteri Besar Selangor, ada dua keadaan yang buat saya terlopong dan benar-benar terkejut serta sukar menerima kenyataan.

Satunya bila lewat tengah malam saya menerima berita daripada seorang sahabat yang meminta saya menyemak dengan ahli keluarga YB Saari Sungib apakah benar berita bahawa beliau sedang krikital lantaran serangan jantung.
Ini berlaku setelah di siang harinya, iaitu pada 15 September, YB Saari Sungib bersama ADUN Morib YB Hasnul Baharuddin telah secara terbuka menyatakan sokongan mereka dengan pencalonan Dato’ Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat keahlian daripada PKR. Mereka menandatangani akuan bersumpah menyokong pilihan PKR.

Mereka kemudiannya dihina dan dikutuk sebagai pengkhianat. Paling teruk mereka dituduh dengan kesat sebagai pengkhianat parti dan mengkhianati sumpah yang mereka lafazkan sebagai syarat ketika bertanding dalam pilihanraya sebagai calon PAS.

Ternyata berita tersebut adalah fitnah semata walaupun turut disiarkan oleh Sinar Harian yang memohon maaf kemudiannya. Ini semua hanyalah usaha segelintir pihak yang sangat memarahi tindakan kedua-dua ADUN ini menggagalkan misi mereka.

Satu tindakan yang amat keji!

YB Saari Sungib masih sihat dan masih berbakti kepada rakyat di kawasannya.

BARUA, ADUN dicuri dan dibeli

Sekali lagi saya benar-benar terlopong bila mendengar ucapan Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang “BARUA, ADUN dicuri dan dibeli” dalam ucapan penutupnya di Muktamar Tahunan PAS di Johor baru-baru ini.

Sukar untuk saya percaya dan terima tuduhan kesat itu walaupun ia keluar dari mulut seorang yang diiktiraf sebagai ulamak dalam dan luar negara.

Mengenali YB Saari Sungib sejak lebih 20 tahun yang lalu membuatkan saya mempunyai pandangan yang jelas akan siapa beliau dan bagaimana prinsip perjuangannya.

Beliau tidak akan tunduk pada kezaliman dan pada mereka yang zalim dan tidak adil, berkhidmat untuk rakyat dan memegang amanah dan tanggungjawab sebaiknya. Ini terbukti dengan keyakinan rakyat Hulu Kelang kepada beliau baik Melayu, Cina, India dan pelbagai agama dan bangsa dan segenap lapisan masyarakat. Ada yang berjanji mereka tidak akan menerima calon lain sebagai wakil rakyat Hulu Kelang sekiranya tempatnya digantikan dengan calon yang lain.

YB Saari Sungib yang saya kenal

YB Saari Sungib, atau panggilan mesranya Pak Abu, yang saya kenal ialah seorang yang sangat berprinsip dan tegas. Berani melawan kezaliman secara terang-terangan. Ini terbukti bila beliau dua kali ditangkap dan ditahan di bawah Akta Zalim ISA.

Bagi ramai aktivis dan penggerak dakwah, perkenalan dengan YB Saari Sungib ialah melalui bacaan dan diskusi dalam siri perjumpaan yang dikenali sebagai ‘Usrah’, menggunakan siri buku ‘Risalah Usrah’ tulisan beliau. Saya dan suami juga antara yang memiliki buku ini dan menjadikannya bahan rujukan ketika kami mula berjinak-jinak dan aktif dalam gerakan dakwah ketika belajar di luar negara.

Bila pulang ke Malaysia, siapa sangka yang saya dapat bekerja di pejabat beliau yang dipanggil ‘Pejabat Presiden’ ketika itu, di tahun 1991, menguruskan hal-hal keahlian dan penerbitan risalah untuk edaran kepada ahli. Bermula dari situlah hubungan kami jadi seperti sebuah keluarga.

Dari situ saya sudah melihat sifat kekeluargaan yang ada pada YB Saari. Ahli keluarga terutama isteri beliau serta kakak-kakaknya turut sama membantu dalam pekerjaan.

Hubungan saya dengan keluarga YB Saari bertambah rapat di era Reformasi, bermula detik 2 September 1998, ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Suami saya menjadi orang yang sentiasa bersama YB Saari dalam gerakan Reformasi ketika itu. Kami bergerak hampir ke seluruh negara bersama bagi membentuk gerakan rakyat menentang kezaliman kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Ketika YB Saari ditangkap di bawah akta zalim ISA kali pertama, suami saya antara sahabat-sahabat membantu urusan keluarga, juga urusan berjuang bagi pembebasan beliau dan rakan-rakan lain yang juga ditangkap.

2 Jun 2001, ketika dikejutkan dengan penangkapan YB Saari buat kali kedua bersama aktivis Reformasi yang lainnya di bawah ISA, sekali lagi keluarga kami menjadi antara yang bertanggungjawab menjaga urusan kebajikan keluarga para tahanan – perjuangan yang bukan semata kerana kami ‘penyokong tegar’ YB Saari tetapi demi rakyat tanpa mengira siapa selagi mereka dizalimi dan selagi ada pemimpin yang zalim dan tidak adil.

Ketika inilah, selama dua tahun tepat, keluarga kami begitu rapat. Saya melihat bagaimana seluruh ahli keluarga ini, iaitu anak-anak dan terutama sekali isterinya Puan Aliza, bangun berjuang habis-habisan untuk membebaskan YB Saari kerana amat yakin dengan perjuangan beliau menentang kezaliman.

Walaupun bukan ahli keluarga YB Saari, saya pernah dua kali mendapat peluang melawat beliau ketika merengkok dalam Kem Kamunting. Sifat kasih kasih-sayang sebuah keluarga amat jelas. Pertemuan keluarga setiap minggu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kamunting juga tidak pernah menjadi beban buat keluarga ini bagi memastikan mereka yang di dalam dan di luar terus kuat untuk berjuang.

Hasil daripada perjumpaan tanpa henti dan jemu selama dua tahun ini jugalah yang membuatkan momentum perjuangan rakyat di luar juga terus kuat. Saya rasa amat bertuah dan bangga juga kerana saya menjadi orang yang dipertanggungjawabkan oleh YB Saari untuk menyediakan bahan-bahan bacaan berkaitan dengan tahanan tanpa bicara dan isu-isu politik dalam negara untuk disampaikan kepada mereka yang berada dalam Kem Tahanan Kamunting. Bahan-bahan bacaan itu dibawa oleh para peguam di setiap lawatan, di samping buku-buku lain sebagai bahan bacaan.

Maka tidak hairanlah juga bila sejak merengkok dalam KEMTA beliau berjaya menghasilkan beberapa siri buku tentang kezaliman ISA .

Kami juga bertuah kerana sering diraikan dalam majlis makan bersama keluarga jika ada peristiwa yang penting berlaku seperti di waktu suami saya dibebaskan dari Penjara Tapah kerana kesalahan menyertai perhimpunan aman dan juga ketika mahkamah Tinggi Ipoh memberikan keputusan bahawa hukuman penjara dua tahun ke atas suami saya digugurkan.

Antara pengalaman menarik bersama keluarga ini ialah ketika kami turut sama menguruskan pernikahan anak-anak YB Saari dan Puan Aliza. Jun 2006, keluarga ini melangsungkan perkahwinan 3 orang anak-anak secara serentak. Saya kira itulah majlis perkahwinan yang sangat ringkas. Makanan yang ditempah hanyalah Nasi Kukus Ayam Berempah. Itu sahaja dan jemputannya juga tidak ramai. Selesai tanggungjawab sebagai ibu bapa Muslim dan contoh yang ingin diketengahkan ialah bersederhana dan berjimat cermat serta berhemah dalam perbelanjaan.

Saya yakin ini juga yang dapat dilihat dari pengurusan di kawasan yang diwakilinya di Hulu Kelang. Isteri dan anak-anak tetap memainkan peranan penting dalam membantu tugasnya sebagai ADUN Hulu Kelang agar khidmat yang terbaik dapat disalurkan kepada rakyat di kawasannya.

Saya sendiri adalah pengundi untuk kawasan Hulu Kelang dan pasti akan terus mengundinya dalam pilihanraya yang akan datang. Saya yakin penduduk setempat tanpa mengira bangsa dan agama akan terus memilihnya atas rekod cemerlang di kawasannya.

Kemelut krisis Menteri Besar Selangor sudah selesai dengan terlantiknya YAB Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru. Keadaan kembali tenang untuk sebuah kerajaan Negeri juga selesai dengan terlantiknya EXCO yang baharu.

Namun masalah dalaman PAS sebagai sebuah parti yang hebat dan besar masih tidak dapat diselesaikan. Masih tidak selesai lagi tanggapan yang buruk terhadap dua orang ADUN yang terlibat yang masih dilabel sebagai pengkhianat.

Harapan sesetengah rakyat yang meletakkan harapan yang tinggi kepada sebuah parti yang dianggap hebat umpama hancur dan banyak orang merasakan Pakatan hanya menanti saat untuk pecah dan berkecai.

Namun, untuk seorang yang berjiwa besar seperti YB Saari yang saya kenali, beliau tidak akan berundur dan menyerah kalah walau difitnah, dikutuk dan dizalimi.

Beliau akan tetap bersama perjuangan parti yang beliau dukung sepertimana jawapannya kepada media bahawa beliau masih ahli PAS hingga ajal dan tidak akan meninggalkan parti.

Itulah YB Saari yang saya kenali – berjuang demi agama dan rakyat.


Nashita Md Noor

Kenapa dokumen perjanjian air Selangor perlu dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA)?

  Perjanjian air Selangor terancam, 
Putrajaya perlu muktamadkan segera 
OLEH MOHD FARHAN DARWIS Published: 9 October 2014 -
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bimbang kerana 
terdapat perkembangan baru yang mungkin menyebabkan perjanjian 
penstrukturan air dengan Selangor tidak dapat dilaksanakan.
 – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2014. 
 
Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

 Azmin menyuarakan kebimbangan beliau memandangkan terdapat perkembangan baru yang membimbangkan dan mungkin menyebabkan perjanjian itu tidak dapat dilaksanakan.

 "Saya tidak mahu mendedahkan sekarang... ancaman itu daripada peringkat kerajaan Pusat," kata Azmin kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran di Masjid Al Iman, Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini.

 "Kita mahu isu penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu," kata Azmin.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau turut mengharapkan agar perjanjian itu dihormati semua pihak.

 "Tetapi semua pihak perlu menghormati pelaksanan penstrukturan ini," katanya.

 Azmin berkata beliau juga menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili untuk memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri Selangor mendedahkan kandungan air tersebut kepada umum.

 Beliau berkata, pihaknya menerima tiga salinan asal ketiga-tiga perjanjian penstrukturan air tersebut, namun dokumen itu dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).9 "Kesemua tiga perjanjian ini terikat dengan OSA.

 "Ini bukan soal keselamatan, tiada sebab dilindungi," katanya.

 Azmin pada 2 Oktober dilaporkan berkata beliau akan meneliti perjanjian penstrukturan semula bekalan air di negeri ini dengan mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) memberi taklimat tentang proses tersebut.

 Azmin berkata, taklimat itu penting bagi membolehkan barisan Exco yang baru dilantik mengetahui secara lebih terperinci kandungan perjanjian berkenaan. Menurutnya, langkah tersebut dibuat bagi memastikan kepentingan penguna dan rakyat adalah terjamin dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dan Persekutuan itu.

 Kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Khalid memeterai perjanjian pengambil alihan tiga syarikat konsesi dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.

 Sebuah lagi sarikat konsesi, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bagaimanapun menolak tawaran tersebut. –  Oktober, 2014. SUMBER

ULAMA' MUDA DALAM PAS LEBIH SUDU DARI KUAH

Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini...

Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa.

 Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.

 Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.

 Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?

Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah. 
Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.

 Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.

 Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.

 Di Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).

 Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa.

 Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2.

 Memang zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya Doktor....

 Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini. Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..

 Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan.

 Para pemain politikus lbh cekap mengelecek kan bola2 politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal....... Hanya kpd Allah .
 "Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya.
 Tiba2 di akhir2 ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yg kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak2 muda yg yelah mendokong begitu lama. Apakah dgn gara2 kemunculan kumpulan anak2 muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan2 terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini.
 Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."
Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar..... 

Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini. Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.

 Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.

Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta2.

 Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa. Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2

 Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.

 Kami satu rombongan dtg ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami terima. 

Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian.

 Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya.

 Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamaah. 

Ini bukan kereta Mat Sabu

Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan.

 Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda yg duk kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2 mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn harga ISA.

 Silakah berMUHASABAH.
 
  Posted by Pasma Ngo

Rahsia kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim.... pendedahan exclusif! (VIDEO & Transkrip)

 Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.

 Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :


0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

 Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker? 

 0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

 0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu. Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik! 

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul!  Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~  Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri! 

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

 Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.

Menteri perjelas mengapa Ibrahim Ali tidak didakwa

 
Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mendakwa Datuk Ibrahim Ali setelah meneliti konteks ucapan yang dibuat oleh presiden PERKASA itu yang berlandaskan kepada semangat dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan berhubung sekatan pengembangan agama lain di kalangan penganut agama Islam.
  
"Keputusan untuk tidak mendakwa (Ibrahim) telah diambil setelah menimbang hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes tersebut," jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, lapor Bernama.

Kenyataan Nancy hari ini merujuk kepada jawapan bertulis beliau kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat pada hari Selasa berhubung tindakan ke atas presiden PERKASA itu.
  
Nancy menambah beberapa artikel di media sosial menerbitkan jawapan beliau di Dewan Rakyat berhubung isu berkenaan, lapor Bernama lagi.
  
"Perlu diambil perhatian bahawa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hanya memetik sebahagian daripada jawapan penuh sehingga menimbulkan salah tafsiran dan salah faham terhadap maksud sebenar yang telah dikemukakan," jelas beliau.

Menurutnya lagi, keputusan sama ada hendak mengemukakan pertuduhan ataupun tidak adalah dibuat berdasarkan kepada keterangan dan fakta kejadian tanpa mengambil kira latar belakang agama, kaum atau kecenderungan politik.
  
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan dibuat dengan adil dan tidak memihak kepada sesiapa dan berlandaskan teras intergriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan yang sewajarnya.

Dengan penjelasan itu, Nancy berharap rakyat dapat melihat ketelusan kerajaan dalam mengendalikan proses perundangan serta bertenang dan tidak membuat kenyataan atau perkara-perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dan mengguris perasaan masyarakat majmuk di negara ini.

Dalam jawapan bertulisnya semalam, Nancy berkata tiada tindakan pendakwaan akan diambil terhadap Ibrahim  berhubung ancamannya untuk membakar Bible bahasa Melayu kerana beliau "hanya mempertahankan kesucian agama Islam".

Beliau dilaporkan berkata, kenyataan yang dibuat oleh Ibrahim itu tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam.

Oleh yang demikian, katanya, tiada pendakwaan dilakukan.

Katanya, kata-kata yang diucapkan oleh Ibrahim adalah ditujukkan kepada individu-individu yang telah mengedar naskhah Bible yang mengandungi kalimah Allah dan juga tulisan Jawi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang, termasuk pelajar Melayu.

Ibrahim dalam sidang akhbar di Pulau Pinang dilaporkan menggesa umat Islam supaya "merampas" dan "membakar" bible tersebut

Joki kereta maut, 12 cedera letupan depan kelab malam

 
Seorang pekerja joki kereta maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing, dalam serangan bom 'molotov cocktail' dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang, hari ini.
  
Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama mengesahkan kematian lelaki itu dan identitinya ialah Tiong Kwong Yie, 36.
  
Unit Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam kenyataannya hari ini berkata pekerja joki berkenaan meninggal dunia ketika menjalani pembedahan akibat kecederaan parah yang dialami mangsa.

"Daripada 13 mangsa letupan bom itu, 11 orang menerima rawatan di HKL, manakala dua lagi dirawat di hospital Gleneagles, di sini," katanya.
  
Kenyataan itu juga berkata daripada 13 mangsa itu, tujuh merupakan rakyat tempatan, empat warga China, Singapura (satu) dan Thailand (satu).
  
Menurut HKL lagi 11 mangsa telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL dengan dua mangsa sedang mendapatkan rawatan resusitasi manakala lapan lagi
dirawat di Intermediate Care Ward kerana cedera ringan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kepada pemberita dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, terdapat
individu tidak dikenali telah melemparkan dua bom berkenaan dari aras dua tempat letak kereta bangunan Sun kompleks itu.
  
"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya.
  
Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati kawasan letupan itu telah ditutup kepada umum untuk siasatan membabitkan unit pakar bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Unit Tunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengalihkan kereta di tempat kejadian dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah.

Terdapat empat kenderaan diletakkan di hadapan kelab malam tersebut iaitu masing-masing sebuah Toyota Vellfire, Mazda, BMW dan Toyota Camry.
  
Vellfire berkenaan tertanggal bumper hadapannya akibat letupan itu dan kelihatan tompok-tompok hitam di atas jalan berhampiran kenderaan tersebut termasuk serpihan kaca.
  
Bom kedua diletupkan oleh unit pemusnah bom pada 12.35 tengah hari tadi.
  
Premis berdekatan di tempat kejadian antaranya Public Bank, Pusat Beli-Belah Hai-O turut ditutup sementara, ketika operasi meletupkan bom kedua dijalankan.
  
Pengurus Hotel Federal, Shaun Sylvester, 29, berkata beliau terkejut mendengar letupan kuat berlaku di luar hotel berkenaan pada awal pagi tadi.

"Saya menyuruh pengawal keselamatan hotel menyiasat apa yang berlaku dan mereka memaklumkan berlaku kejadian letupan.
  
"Saya lihat orang ramai berkumpul di lokasi kejadian, ada yang terbaring berlumuran darah dan ada yang panik dengan suasana itu," katanya kepada Bernama.
   
Katanya, beberapa pemandu teksi dan orang ramai bertindak menghantar mangsa yang cedera ke hospital.
   
Bagi Kamarul Baharin, 41, pemandu pelancong menyatakan rasa bersyukur kerana terselamat ketika baru mengambil pelanggannya di kawasan berkenaan.
  
"Saya mahu ambil orang di Hotel Capitol...van saya baru sahaja melepasi selekoh di lokasi kejadian ketika letupan itu berlaku...mujur selamat, jika tidak pecah cermin van ini," katanya.
  
Beliau berkata sepanjang berkhidmat sebagai pemandu pelancong di kawasan itu sejak setahun lalu, ini merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku.
  
- Bernama

Pakatan perkenal 2 cukai alternatif ganti GST

 
Pakatan Rakyat hari ini melancarkan belanjawan alternatif mereka sehari sebelum pembentangan Bajet 2015 dengan memperkenalkan dua cukai menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bercakap dalam sesi penerangan belanjawan itu di Parlimen hari ini, MP Serdang Ong Kian Ming berkata cukai itu adalah cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai warisan harta.

Berbeza dengan GST yang bersikap regresif dan melibatkan mereka yang berpendapatan rendah, beliau berkata kedua-dua cukai itu bersifat progresif dan melibatkan golongan yang mampu.

"Kedua-dua cukai ini dapat membantu pendapatan dan alternatif baik kepada GST," katanya yang menjadi sebahagian jawatankuasa belanjawan Pakatan.

"Kerajaan selalu berkata GST bagus kerana lebih dari 100 negara gunakannya... Tapi CGT yang telah dilaksanakan lebih 127 negara lain," katanya lagi.

CGT dikenakan kepada perolehan keuntungan yang diperoleh oleh seseorang seperti penjualan stok saham, syarikat atau hartanah.

Ong berkata dengan pengenalan cukai tersebut, dijangka dapat mengutip sehingga RM3 bilion pada tahun pertama sekiranya dilaksanakan.

"Di Malaysia hanya keuntungan dari penjualan rumah dalam lima tahun pertama pembelian dikenakan cukai. Keuntungan urusniaga modal lain tidak dikenakan cukai," kata beliau.

Sementara itu cukai warisan harga dikenakan ke atas pemindahan aset di kalangan golongan kaya yang bernilai lebih RM 5 juta.

Selain Ong, jawatankuasa itu turut dianggotai MP Pandan Rafizi Ramli dan MP Kelana Jaya Wong Chen dari PKR dan Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS.

Tak capai sasaran

Sementara itu, Rafizi yang juga naib presiden PKR mengakui kutipin kedua-dua cukai tersebut tidak dapat mencapai sasaran RM8 bilion yang mampu dikutip oleh GST.

Bagaimanapun katanya, hal itu dapat dicapai dengan mengelakkan ketirisan dan mengamalkan kontrak terbuka.

Manakala Dr Dzulkefly pula memfokus pembangunan luar bandar yang dikenali "Revolusi Kampung" memperkenalkan pentadbiran tanah yang lebih tersusun berbanding sebelum ini.

Belanjawan alternatif ini diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Pakatan Rakyat meramalkan 2015 sebagai tempoh mencabar bagi rakyat Malaysia dalam menghadapi dasar yang diperkenalkan kerajaan BN

Anwar menyatakan perincian terhadap empat kepincangan pentadbiran ekonomi yang didakwanya menjadi amalan BN selama ini sehingga mendatangkan kesan negatif kepada rakyat dan negara.

Kepincangan itu ialah tatakelola yang lemah sehingga membolehkan budaya rasuah terus berakar dalam kerajaan dan pentadbiran ekonomi dan penggantungan kepada hasil minyak dan gas yang kemudiannya diurus dengan tidak berhemah, katanya.

Beliau yang diapit MP Pokok Sena Mahfuz Omar dan MP Gelang Patah Lim Kit Siang turut membidas perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menelan perbelanjaan tinggi setiap tahun.

"Bajet bagi Jabatan Perdana Menteri melebihi RM9 bilion setahun. Ia adalah lima kali ganda jika dibandingkan dengan Jabatan Perdana Menteri Australia," katanya.

Dalam bajet mereka, Pakatan mahu menilai semula program "pembersihan minda" agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Biro Tatanegara yang berjumlah RM84 juta setahun di samping mengkaji peruntukan RM668 juta kepada Program Latihan Khidmat Negara.

MP 'berperang' isu warden penjara sokong siapa

 
Dua orang MP dari BN dan Pakatan Rakyat hari ini bertikam lidah tentang kecenderungan politik warden penjara.

Pertikaian tersebut berlangsung antara MP Sepang, Hanipa Maidin dan MP Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No. 2) 2014.

Ia bermula apabila Hanipa (bawah) mendakwa beliau didatangi warden penjara yang memintanya agar membawa isu kenaikan gaji mereka ke Parlimen.

"Ini permintaan dari warden-warden penjara ini mereka minta supaya mereka juga diberi kenaikan gaji.

"Saya ini MP yang selalu bercakap pasal naik gaji orang lain," katanya.

Kenyataan beliau itu kemudian dicelah oleh Shahidan Kassim.

"Saya tercabar dengar dari luar jadi saya masuk.

"Yang pertama kenapa warden ini jumpa YB kenapa tak jumpa kami - di antara orang yang boleh mempertimbangkannya dengan lebih cepat lagi.

"Mereka ini sebenarnya jumpa Yang Berhormat, pada anggapan Yang Berhormat sahaja," bidas Shahidan disambut gelak ketawa dari anggota-anggota Parlimen BN.

Menyambung perbahasannya, Hanipa menegaskan bahawa Shahidan perlu menyiasat sendiri sebab warden penjara cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat.

"Yang pertama dia (Shahidan) tanya kenapa warden jumpa saya tak jumpa mereka.

"Dia kena tanyalah kenapa dia orang suka sangat dengan Pakatan Rakyat tak suka dengan yang sana (BN).

"Kena tanya diri sendirilah.

"Mungkin kerana keburukan orang-orang di sana.

"(Mereka) tak percayalah dengan orang-orang di atas.

"Itu kena tanya merekalah. Hakikat, yang mereka nak jumpa kita, menunjukkan mereka tahu yang kita inilah yang menjuarai masalah rakyat," kata Hanipa.

Enggan mengalah, Shahidan (kanan) memohon untuk mencelah dan diberikan laluan oleh Hanipa.

"Walaupun saya dan rakan-rakan tak pernah ditahan dalam penjara, tetapi saya dan rakan juga memberi perhatian kepada penjara.

"Kita kalau ada upacara-upacara Hari Merdeka atau hari korban kita sentiasa ada di sana," katanya.

RUU Penjara (Pindaan) (No.2) 2014 ini mula dibaca untuk kali kedua hari ini selepas Rang undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan 2014) selesai dibaca tengah hari ini.
 

PM: Mesti laku yang tepat, bukan yang popular

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan mengenai pentingnya langkah berterusan untuk mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan negara mencapai bajet seimbang menjelang 2020.
  
Menjelang pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat esok, beliau berkata kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, termasuk mengurangkan angkanya kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun dan tiga peratus menjelang akhir 2015.
  
"Salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang. Kita mesti wariskan ekonomi yang lebih kukuh dan hutang yang lebih kecil.
  
"Kita mesti lakukan apa yang tepat untuk ekonomi Malaysia, bukan yang popular," katanya dalam satu kenyataan.
  
Sambil berkata bahawa paras subsidi semasa tidak mampan, Najib yang juga menteri kewangan memperkukuh komitmenya ke atas rasionalisasi subsidi dengan menyatakan bahawa subsidi bahan api meningkat daripada RM1.6 bilion setahun pada 2002 kepada RM2 bilion sebulan pada 2014.
  
Beliau berkata Bajet 2015 merupakan belanjawan "pro-rakyat" yang meliputi langkah bagi mengurangkan beban kos hidup.
  
Najib juga berkata bajet itu juga akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik.
  
Perdana menteri juga menyatakan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat  1Malaysia (BR1M).
  
"BR1M akan terus menjadi sebahagian manifesto kami. Ia sebahagian daripada rasionalisasi subsidi. Dengan mengubah subsidi menyeluruh kepada sokongan lebih bersasar, kamu akan memperoleh nilai yang lebih baik untuk wang," katanya.
  
Untuk maklumat lanjut, hubungi bajet2015@treasury.gov.my. dan layari www.treasury.gov.my untuk menonton ucapan secara langsung pembentangan Bajet, untuk membuat turun ucapan Bajet yang sudah dibentangkan, Laporan Ekonomi dan dokumen penting yang lain.

- Bernama

Ekonomi Malaysia 2015 sangat mencabar

 
DENGAN pelbagai ketidaktentuan, khasnya rakan dagangan utama Cina yang menampakkan ekonomi yang mula perlahan dan kesan akibat dasar Amerika untuk menamatkan dasar ‘Quantitatve Easing’ yang meninggalkan kesan buruk kepada ekonomi negara membangun. Begitu juga kesan langsung konflik di Timur Tengah dan Ukraine-Rusia ke atas harga minyak mentah.

Pencapaian pertumbuhan ekonomi 6.4% dalam suku kedua tahun ini selepas mencapai pertumbuhan 6.2% dalam suku pertamanya adalah agak terpencil apabila dibandingkan dengan rekod pencapaian ekonomi Barisan Nasional sepanjang perlaksanaan RMK10. Dalam tempoh itu, Barisan Nasional gagal mencapai sasaran yang mereka tetapkan sendiri yakni 6%. Pertumbuhan sepanjang 5 tahun lalu antara adalah di antara 4.5% hingga 5.5%.

Ramalan untuk setengah tahun terakhir 2014 juga dijangka tidak memberangsangkan terutamanya akibat penguatkuasaan GST pada April 2015 yang akan menjejaskan sentimen berbelanja pengguna. Ini sekaligus mengurangkan permintaan domestik.

Suka diingatkan faktor permintaan domestik dan faktor peningkatan eksport bertanggungjawab memacu pertumbuhan dalam dua suku pertama tahun 2014 ini. Dengan faktor sentimen pengguna yang dijangka terjejas dan faktor ekonomi serantau seperti di atas, adalah ramalan pertumbuhan 2014 akan berada di antara 5.5% ke 5.8% adalah munasabah.

Gambaran kedudukan ekonomi negara dapat diukur dengan prestasi harga Minyak Mentah Sawit (CPO) untuk enam bulan lalu. Pada September 2014, harga CPO terus menjunam ke paras serendah RM2,000 satu metrik ton. Penurunan sebegini memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi negara kerana sektor eksport CPO ini menjana RM80 bilion setahun dan melibatkan 400,000 pekerja. Dengan 113,000 peneroka Felda yang berkongsi hasil buah mereka, pendapatan mereka pastinya lebih terjejas. Dengan itu, permintaan domestik desa tentunya juga akan merosot.

Kedudukan rakyat di bandar tidak juga menunjukkan keadaan lebih baik. Hutang isirumah telah mencapai ke tahap 89.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Kajian FOMCA memberi pecahan jenis pinjaman seperti berikut: pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%.

Kami juga berpendapat bahawa inflasi ‘sebenar’ berbanding angka rasmi Indeks Harga Pengguna (atau CPI) sebenarnya berbeza hingga 100 ke 200 mata asas. Mengikut laporan ekonomi Reuters, dalam tahun 2015 CPI akan melonjak ke 3.2% sementara CPI untuk makanan berada di tahap tinggi iaitu 4.5% dan pengangkutan pada 5%.

Rakyat lebih memahami himpitan inflasi di akar umbi. Harga secawan kopi kini ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20. Dengan GST, secawan kopi akan naik sehingga RM2.00 dan sekeping roti canai kepada RM1.30. Ramalan perbelanjaan akan meningkat sebelum GST dan menurun selepas pelaksanaannya. Keseluruhannya kami meramalkan perbelanjaan sektor runcit dan barangan pengguna akan berkurang pada tahun 2015 nanti.

Kelompok kelas menengah sebelum ini telah berbelanja secara kredit atau menggunakan pinjaman ketika kadar faedah rendah semasa regim ‘Quantitative Easing’ (QE) bermula 2010-2013. Sebahagian besar telah digunakan membeli dan melabur dalam sektor hartanah.

Secara tidak disengajakan, kenaikan hartanah ini telah menimbulkan kesan buruk kepada golongan berpendapatan rendah. Apabila Amerika Syarikat memutuskan untuk menamatkan regim QE, ini serentak akan menyaksikan peningkatan kadar faedah. Akhirnya kelompok kelas menengah akan terasa tertekan ketika harga hartanah mula turun berikutan penamatan QE ini.

Hutang kerajaan Persekutuan juga dilaporkan telah melepasi had yang dibenarkan undnag-undang pada Ogos 2014 lalu yakni 55% KDNK yang mereka sendiri tetapkan seumpama dalam Akta Pinjaman Tempatan 1959. Pada 2013 hutang kerajaan Pusat adalah pada paras RM540 bilion bersamaan 54.7% KDNK. Ketika itu hutang yang dipinjam secara tidak langsung oleh kerajaan (selalu disebut “contingent liability”) berada pada paras RM157 bilion atau 15.9% KDNK.

Sementara syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (atau GLC) yang menanggung hutang yang dijamin Kerajaan Persekutuan tidak diramalkan akan menjadi hutang tidak berbayar atau ‘NPL’; keyakinan yang sama tidak wajar diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang hutangnya telah mencecah RM40 bilion. 1MDB kini telah menjadi ‘ikon’ atau mercu tanda segala kebobrokan tadbir urus kewangan Barisan Nasional.

Adalah sedia diakui selama ini Malaysia berada di dalam ‘zon selamat’ apabila dilihat dari segi mencatatkan lebihan dagangan (atau ‘trade surplus’) dan simpanan antarabangsa (atau ‘foreign reserve’) yang sihat.

Walau bagaimana pun, lebihan akaun semasa kita juga telah menurun dari RM102 bilion ke RM37.3 billion pada 2013. Kita berdepan pula dengan ekonomi negara-negara jiran yang semakin rancak dengan dasar-dasar pendekatan pembangunan yang pernah kita gunakan satu ketika dahulu. Kita tidak boleh lagi menggunakan kelebihan persaingan (atau ‘competitive advantage’) negara semata-mata. Persaingan sengit memerlukan negara mencari pendekatan model yang berbeza bagi membina kelebihan baru berbanding negara-negara saingan.

Kita jangan fikir ketempangan tadbir-urus fiskal Barisan Nasional akan dapat kita atasi dengan mengulangi sebutan mengenai asas kekuatan ‘fundamentals’ yang kuat dan mampu menjana lebihan dagangan. Ketahuilah bahawa itu juga tertakluk kepada permintaan global khasnya rakan-rakan dagangan utama yang kini berdepan dengan ancaman ekonomi mereka sendiri.

Setelah mampu memacu pembangunan yang agak pesat dalam dekad-dekad awal pasca-kemerdekaan, Malaysia berjaya melonjak dari kelompok status negara berpendapatan rendah ke berpendapatan status sederhana. Sementara 5 negara Asia termasuk Jepun tadi berjaya melonjak ke negara berstatus pendapatan tinggi, Malaysia sebaliknya kekal dalam jajaran negara yang dianggap terperangkap dalam ekonomi berpendapatan sederhana (atau lebih dikenali sebagai “middle income trap”).

Cabaran untuk terus menjana pembangunan negara ini (baik amanah kepada kerajaan yang ada kini atau kerajaan yang bakal mengambil alih kepimpinan) bukanlah kepalang. Benar, Malaysia tidak lagi dapat membangunkan negara dengan model pembangunan berteraskan input semata-mata sama ada modal, buruh, sumber dan teknologi.

Sebaliknya Malaysia sangat berhajatkan pembangunan yang mengizinkan pacuan inovasi yang lahir dari sebuah kepimpinan politik yang memberdayakan institusi-institusi penting negara bagi menzahirkan seluruh potensi dan aset negara.

Tahun 2015 dengan segala cabaran ekonomi dalaman dan luaran bakal menguji sejauh mana Malaysia bersedia untuk melepaskan diri dari bayang-bayang pentadbiran ekonomi Barisan Nasional.

 Tulisan di atas dipetik daripada Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat

Belanjawan PR: Revolusi desa sebagai sektor ekonomi negara

KUALA LUMPUR: Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat mencadangkan Revolusi Desa bagi memanfaatkan potensi kawasan desa dengan melancarkan program yang membawa kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan.

Salah seorang jawatankuasa Belanjawan Pakatan rakyat Dr Dzulkefly Ahmad berkata peranan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) diberi tugas sebagai syarikat pelaburan negara yang bertanggungjawab membangun sektor pertanian desa sebagai sektor ekonomi negara.

"Kayu ukur yang khusus akan dilaksanakan terutama dari segi kandungan teknologi projek bermatlamat untuk angkat pertanian sebagai industri utama negara yang memenuhi keperluan mengurangkan pergantungan kepada import makanan,"katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan mewujudkan lebih banyak bandar satelit terutama diluar Lembah Klang dengan memindahkan institusi dan jabatan kerajaan ke bandar satelit ini.

Selain itu, Revolusi Desa katanya perlu juga menekankan program perumahan desa bagi menyediakan rumah yang boleh disewa atau dibeli oleh penduduk desa pada kos yang berpatutan.

"Dibantu oleh skim insentif dari kerajaan kepada pemaju dan institusi kewangan untuk menggalakan pemaju turut membangunkan perumahan di kawasan itu," katanya.

Menghuraikan rancangan utama Revolusi Desa, katanya, menaiktaraf mutu perkhidmatan pendidikan di desa baik dari segi infrastruktur hinggalah kepada mutu tenaga pengajar perlu dilaksankan.

"Pembinaan sekolah berasrama penuh dan separa penuh yang baru di kawasan desa agar sekolah yang lebih bermutu dapat dimaksimakan kemahiran melalui kerjasama dengan sekolah tempatan,"katanya.

Sehubungan itu, turut ditekankan dalam merealisasikan Revolusi Desa termasuklah intensif pelepasan cukai kepada koperasi atau syarikat yang berjaya menggabungkan guna tanah desa bagi menjalankan aktiviti pertanian bernilai tinggi.

Bagitu juga fungsi FAMA perlu disemak dan dinaiktaraf agar lebih berkesan dalam memasarkan keluaran ekonomi desa serta naik taraf kemudahn infrastruktur dan jaringan telekomunikasi di kawasan desa.

Justeru katanya, menghidupkan ekonomi desa juga selari dengan prinsip pentadbiran Pakatan Rakyat yang telah dimuatkan dalam dokumen sebelum ini seperti Buku Jingga dan manifesto rakyat. -

Gambar Menarik : Kurt Wenner dan Buku baru Lukisan Lantai 3D













Khamis, 9 Oktober 2014

Nadya Filem Porno, Asal Dapat Duit, Tak Peduli Halal Haram..

LOS ANGELES: Nadya Suleman, wanita yang melahirkan anak kembar lapan, bersetuju berlakon dalam sebuah filem porno untuk membantunya membayar hutang berjumlah lebih RM3 juta.

Nadya, 36, mempunyai enam anak sebelum melahirkan kembar lapan itu, tiga tahun lalu. Dia kini sudah memfailkan untuk mengisytiharkan dirinya muflis selepas gagal membayar hutang, termasuk hutang rumah, bil elektrik dan wang yang dipinjam daripada sebuah sekolah. 

Petugas pelindung kanak-kanak di California juga mengunjunginya selepas laporan menyatakan anaknya hidup dalam kesengsaraan. Nadya yang berbogel untuk sebuah majalah dengan bayaran RM19,000 awal tahun ini, pernah berikrar untuk tidak berlakon dalam filem lucah. 

Tetapi selepas berdepan dengan ancaman rumahnya akan dijual, dia menandatangani persetujuan untuk muncul dalam filem seks yang akan memulakan penggambaran musim panas ini.

“Saya terpaksa melanggar ikrar saya. Yang penting, saya akan menjaga keluarga saya. Pendapatannya agak lumayan dan ia akan membolehkan saya mempunyai sebuah rumah yang selamat. “Saya akan melakukannya,” kata wanita itu. - Agensi