SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 30 Disember 2014

Keadaan Selepas Banjir di Mani Urai

 Gambar menceritakan segalanya
Keadaan banjir di negeri Kelantan yang sangat dahsyat


Antara wajah-wajah sukarelawan 
yang sedia membantu menyelamat mangsa banjir
Ada di antara mereka yang datang sendiri
mereka datang dari negeri berlainan,
Datang dengan satu tujuan (misi kemanusiaan)

Mereka mengagih kan bekalan makan dan air bersih
yang didermakan oleh orang ramai
untuk kegunaan mangsa banjir
Lihat bertapa kuatnya air banjir
sehingga mengrosakkan kediaman dan jalan raya

Air masih belum kering sepenuh nya di beberapa kawasan
jelas kesan air yang begitu tinggi dan dalam hingga merosakan
semua harta benda mangsa .

Lihat lah kesan banjir kali ini,bukti mereka memerlukan
bantuan segera untuk memperbaiki strukturekonomi
dan kehidupan harian mangsa banjir



Banjir terbesar dalam sejarah negara, begitu banyak
mengakibatkan kerosakan harta benda sama ada
harta awam mahupun harta persendirian




Masih ada dia antara kawasan yang di genangi air
mungkin makan masa seminggu lagi baru betul-betul kering
sebahagian penduduk masih lagi di pusat pemindahan



Kesan dari bertapa dalam nya air banjir,banyak barang-barang
yang hanyut di bawa arus tersangkut di bumbung-bumbung rumah
dan tidak kurang yang menghancurkan bumbung
Antara penduduk yang meninjau kesan bah besar 
yang membawa kesan kemusnahan besar




Satu diantara berpuluh dan mungkin beratus rumah yang dihanyut
arus deras dan hancur roboh sama sekali...

Antara harta awam dan persendirian yang musnah di bawa arus deras
bertahun mengumpul harta hilang dengan sekelip mata
mungkin kah dapat dibangun kan semula dalam masa 
terdekat atau terpamsa memakan masa seperti 
Acheh di landa Tsunami?
Antara penduduk yang menagisi masa hadapan dan 
menagis kerana bersyukur masih dapat bertemu sanak saudara






Gambar di muatnaik dari FB Yb Sg Manik

Isnin, 29 Disember 2014

Harga Pasaran RON95 Dua Minggu Pertama Disember 2014 Di Bawah RM2

Harga pasaran RON95 menggunakan formula yang diumumkan oleh Barisan Nasional bagi dua minggu pertama Disember 2014 menunjukkan bahawa RON95 telah jatuh di bawah paras RM2 seliter, seperti berikut:
Tarikh Harga pasaran sebenar (RM/liter)
1-Dec-14 2.05
2-Dec-14 2.05
3-Dec-14 2.03
4-Dec-14 2.01
5-Dec-14 2.01
6-Dec-14 2.01
7-Dec-14 2.01
8-Dec-14 1.98
9-Dec-14 1.98
10-Dec-14 1.94
11-Dec-14 1.94
12-Dec-14 1.92
13-Dec-14 1.92
14-Dec-14 1.92
15-Dec-14 1.90

Barisan Nasional mengumumkan bahawa harga RON95 bagi sesuatu bulan ditetapkan berdasarkan harga purata harga pasaran RON95 seperti yang ditetapkan oleh formula. Bagi 15 hari pertama Disember 2014, harga purata ini (dikira berdasarkan harga pasaran harian seperti di atas) telah jatuh ke paras RM1.98 liter (tanpa subsidi). Jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan seperti yang dituntut oleh KEADILAN, harga RON95 bagi dua minggu pertama secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter.
Dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh mendadak minggu ini dan dijangka terus jatuh sepanjang 2015, harga pasaran harian bagi tempoh 16 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 juga akan lebih rendah dari RM1.90 seliter (merujuk kepada harga pada 15 Disember 2014).
Oleh yang demikian, saya memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya jangan berdolak dalih untuk segera menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta. Sekiranya harga RON95 yang diumumkan pada 31 Disember 2014 kelak adalah lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ini bermakna Barisan Nasional terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.
Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014. Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi.
Selagi Barisan Nasional tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi.
Saya mengulangi pendirian bahawa kerajaan wajib mengembalikan subsidi sekurang-kurangnya 30 sen seliter yang akan menyaksikan harga minyak RON95 dalam bulan Januari jatuh ke paras RM1.60 seliter. Penurunan begini selari dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan harga petrol diesel yang lebih rendah yang dinikmati oleh negara-negara lain.
Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia turun ke Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bermula 9 malam untuk #tuntut #turunhargaminyak kerana harga yang ada sekarang mengutip cukai secara tersembunyi dari rakyat.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

Susah sangat ke nak istihar" Darurat"

Duit kerajaang BN sudah tarak. Macam mana mau kasi siytihar darurat. Mana mau cari wang ? Hasil cukai sudah habis. Peruntukan bencana pun sudah kena kebas kot.??? Takkan mau keluar duit poket sendiri... wakaka

BAIK AKU CABUT, BIAR MUHYIDDIN YANG JAWAB.... WAKAKA


Jom bezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara mundur  dalm soal menangani musibah yang membabitkan kepentingan rakyat

Malaysia di bawah pentadbiran BN sangat memalukan . Dari segala sudut, Malaysia dipandang haprak oleh negara luar kerana qualiti pemerintahan cap ayam tak ada bulu.... wakaka

 Sumber :

Mohon kongsikan info ini dengan teman

 


Alhamdulillah, berkat prihatin seorang dermawan kami dapat membuat tinjauan menggunakan helikopter ke Gucil bersama YAB MB Selangor Azmin Ali dan Saudara Salehuddin Ayub.

Semasa di airport Kota Bharu kami terserempak dengan konvoi besar menunggu PM yang akan melawat Kelantan. Seakan pusat kritikal adalah PM lebih dari rakyat jelata yang sedang penuh kebimbangan, takut dan menjurus kepada panik kerana bekalan makanan masih belum sampai sejak beberapa hari

Sewaktu menemui mangsa banjir, masing-masing bercerita kecepatan air meluncur dan kedalaman air melebihi semua banjir besar sebelum ini. Mangsa banjir yang ditemui mengadu antara punca adalah Empangan Jajar di sempadan Teregganu-Kelantan yang dalam pembinaan.

Saya tiada jawapan kerana pertama kali saya dengar tentang Empangan Jajar. Sesiapa ada info boleh hubungi kami.

Dari situ kami cuba terbang ke Manek Urai tetapi terpaksa berpatah balik kerana awan mendung sedang berkumpul. Membimbangkan adalah kumpalan kumpalan awan yang sedang membentuk di Hulu Kelantan yang memungkinkan hujan lebat turun di kawasan banjir.

Setiba di hangar helikopter di aiport Kota Bharu, nota tinjauan dikongsi dengan kapten helikopter bantuan yang lain.

Hasilnya jika cuaca mengizinkan dijangka sejumlah 8 kali penerbangan akan diusahakan untuk agihan barang bermula esok dijangka ditumpukan di Krai, Dabong, dan Tanah Merah. Bagi pihak yang mempunyai maklumat khusus berkenaan lokasi rakyat yang terputus bekalan dan kecemasan mohon hubungi pihak kami. Mohon kongsikan info ini dengan teman. Untuk memudahkan sila kirimkan koordinat.. heli mampu bawa tidak lebih 250 kg bantuan.

Di waktu kritikal ini, kita kukuhkan persaudaraan insan saling tolong menolong tanpa syarat.

Teruskan bantuan dan DOA.
Husam Musa
10:00 pm

JUHAM desak pengisytiharan darurat bencana

KUALA LUMPUR: JUHAM mendesak kerajaan pusat mengisytiharkan darurat bencana mengikut perkara 20 arahan no. 20, dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara, majlis keselamatan negara. Desakan itu berdasarkan situasi banjir di negara ini khususnya di Pantai Timur masih dalam keadaan kritikal.

Demikian dinyatakan JUHAM dalam satu kenyataan medianya  melalui  Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia, Pemuda Pas Malaysia Noorazmir Zakaria.

Berikut kenyataan penuh JUHAM.

1. Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia, Pemuda Pas Malaysia (JUHAM) mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan darurat serta-merta di negeri-negeri yang teruk terjejas dilanda bencana banjir mengikut Per. 25 Arahan No. 20, Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara.

2. JUHAM berasa amat aneh dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan dan menetapkan sendiri Standard Operating Procedures (SOP) mereka dalam mengendalikan bencana melalui Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara tersebut. Namun, kali ini mereka memilih untuk tidak mengikut SOP mereka sendiri.

3. Kerajaan Persekutuan pernah mengisytiharkan darurat bencana ini beberapa kali sebelum ini, tetapi kenapa tidak sekarang? Sebagai contoh, darurat disebabkan jerebu pernah diumumkan di Kuching pada 1997, Pelabuhan Klang pada 2005 dan Muar serta Ledang pada 2013.

4. Berdasarkan kepada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke tempat operasi pemindahan, jumlah mangsa yang belum dipindahkan juga sebenarnya masih belum dipastikan. Malah, masih terdapat mangsa banjir yang sedang berada di bukit-bukau yang tersisih daripada operasi menyelamat.

5. Ironinya, TV9 melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O pada pagi Sabtu turut menerima panggilan telefon secara langsung daripada mangsa banjir yang terperangkap di bukit-bukau dan mengesahkan mereka tidak menerima bantuan tatkala bekalan makanan sudah kehabisan.

6. Situasi sebegini mengharuskan untuk pengisytiharan darurat serta-merta kerana bencana ini bukan lagi bencana biasa, tetapi melibatkan nyawa yang bertarung dengan masa. Kerajaan mahupun media tidak boleh menafikan bahawa bencana banjir ini sudah meragut nyawa manusia, namun statistik sebenar masih samar ekoran laporan yang tidak dikemaskini secara tersusun.

7. JUHAM kesal dengan mainan media yang cuba menghalalkan tindakan Kerajaan yang gagal mengisytiharkan darurat ini dengan menggunakan alasan rakyat akan rugi kerana mereka tidak boleh menuntut insuran akibat daripada pengisytiharan darurat tersebut.

8. JUHAM menegaskan bahawa alasan ini tidak berasas atas faktor berikut:
a. Mana-mana pelanggan insurans sebenarnya perlu mengambil polisi tuntutan yang melibatkan bencana banjir terlebih dahulu sekiranya mereka ingin membuat tuntutan yang serupa. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, tuntutan yang melibatkan bencana banjir adalah langsung tidak relevan.

b. Sekiranya ada di kalangan mangsa banjir mempunyai polisi perlindungan akibat bencana banjir tersebut sekalipun, mereka masih boleh membuat tuntutan tersebut kerana bencana banjir yang menimpa mereka adalah SEBELUM pengisytiharan darurat.

9. Justeru, JUHAM menegaskan bahawa alasan berkenaan insurans tersebut langsung tidak relevan dalam menafikan pengisytiharan darurat dibuat.

10. Seterusnya, JUHAM menafikan sekeras-kerasnya alasan sesetengah pihak yang mengatakan Kerajaan Persekutuan akan mengambil-alih hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri. Hal ini kerana pengisyiharan darurat bencana ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan kerana ia hanyalah melibatkan pengurusan bencana semata-mata, bukannya membawa kepada peralihan penguasaan sesuatu kerajaan.

11. Setelah pengisytiharan darurat bencana ini dibuat, maka keseluruhan aset Kerajaan Persekutuan akan digunakan sepenuhnya. Maka, apakah alasan untuk tidak menggunakan keseluruhan aset Kerajaan termasuk kelengkapan tentera darat, tentera udara mahupun tentera laut bagi menyelamatkan nyawa rakyat sendiri? Rakyat tidak mahukan panggilan retorik politik ketika ini. Cukuplah dengan panggilan agar nyawa mereka diselamatkan didengari.

12. Apatah lagi, JUHAM percaya pengisytiharan darurat bencana ini akan menyebabkan usaha menyelamat lebih efisyen kerana segala arahan di setiap agensi kerajaan akan lebih mudah diturunkan tanpa bebanan birokrasi.

13. Tenaga serta aset menyeluruh daripada Kerajaan Pusat amat ditagih bukan sahaja ketika banjir melanda, tetapi juga dalam operasi pasca banjir memandangkan proses pembersihan perlu dilakukan segera untuk mengelakkan wabak penyakit yang boleh meragut nyawa.

14. Akhirnya, JUHAM mendesak kesemua media utama membuat laporan terkini terhadap operasi menyelamat bencana banjir ini setanding dengan laporan media sebelum ini terhadap kehilangan pesawat MH370. Rakyat mahukan laporan terkini kerana mangsa yang bertarung nyawa akibat bencana banjir ini adalah rata-ratanya terdiri daripada keluarga mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 28/12/2014

Kali ini Melibatkan "AIRASIA" Pula...

 


Pesawat AirAsia daripada Surabaya, Indonesia ke Singapura dilaporkan hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Perkara itu dilaporkan oleh Reuters, yang memetik sebuah saluran berita Indonesia.

Agensi itu juga melaporkan pihak berkuasa pengangkutan Indonesia sebagai berkata, pesawat yang hilang itu membawa 155 orang.

Sementara itu, AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

AirAsia juga menubuhkan pusat panggilan kecemasan untuk anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang di talian +622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com.

Syarikat penerbangan itu juga sudah menukar logonya di Facebook kepada hitam putih.

Strait Times Singapura di Twitter, melaporkan menteri pengangkutan Indonesia sebagai berkata, penumpang dalam pesawat itu daripada lima negara, iaitu masing -masing seorang warganegara Singapura, British dan Malaysia, Korea (3) dan Indonesia (149).

CNN Indonesia melaporkan, penumpang terdiri daripada 130 orang dewasa, 24 anak dan seorang bayi



Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilapor hilang
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

“AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 0724 pagi ini.

“Pada ketika ini, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut berhubung status penumpang dan kru pesawat.”

Flightradar24 dalam tweetnya melaporkan pesawat tersebut hilang komunikasi dengan menara kawalan di Laut Jawa di antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa.



Dalam perkembangan sama, Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.

"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk."

Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut.

Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Sejurus sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan, pesawat itu dilaporkan meminta laluan berbeza.

Stesen TV Indonesia Kompas TV melaporkan pesawat tersebut membawa 149 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia.

Daripada jumlah itu, 138 ialah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan di nombor +622129850801 untuk keluarga dan rakan kru serta penumpang pesawat tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Kami akan keluarkan satu lagi kenyataan nanti. Terima kasih atas ingatan dan doa. Kita harus tabah.” – astroawani
Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya. Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim. Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca kera berak atas dahan motan. Di sinilah kalau rakyat nak ukur maruah seseorang pemimpin atau pun nak mengenali dia hipokrit atau bewak. Syabas Minali kerana ada ehsan untuk bantu Kelantan. Barang kali Mat Yaakob tak sanggup terima chek sebab dia juga kata tak ada kesalahan syarie untuk pecat Khalid Ibrahim. Jadi Mat Yaakob walaupun tak pandai bini tetapi ada air muka. Wassalam Mso.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Husam Musa berkongsi penderitaan rakyat Malaysia Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya. Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim. Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca kera berak atas dahan motan. Di sinilah kalau rakyat nak ukur maruah seseorang pemimpin atau pun nak mengenali dia hipokrit atau bewak. Syabas Minali kerana ada ehsan untuk bantu Kelantan. Barang kali Mat Yaakob tak sanggup terima chek sebab dia juga kata tak ada kesalahan syarie untuk pecat Khalid Ibrahim. Jadi Mat Yaakob walaupun tak pandai bini tetapi ada air muka. Wassalam Mso. Jenis tak ada kemaluan punya oreng! Selain sebagaimana yang MSO sebut kat atas tu, Husamlah yang mengusahakan untuk mendapatkan bantuan tersebut yang sebelumnya telah menghubungi Azmin. Husam tidak saperti little Kulop Pasir Mas yg sibuk merapu dalam fesbook dengan pelbagai falsafah yang pelik-pelik. Alahai... Ziarah mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kota bersama YAB MB Selangor Azmin Ali. Husam menulis dalam fesbooknya: Saya pohon maaf kepada rakyat Salor yang kebanyakannya pertama kali teruk di landa banjir. Rumah saya sendiri teruk tenggelam dengan begitu cepat sekali sehingga menenggelamkan buku, dokumen dan koleksi yang saya kumpulkan sejak di bangku sekolah rendah. Musibah banjir ini merupakan pertama kali sejarah kampung ini sejak puluhan tahun. Dari pagi semalam air terus naik sehingga pagi ini; Jumaat 26 Disember 2014. Di depan rumah paras air lima kaki dan di dalam rumah melebihi tiga kaki. Kereta saya dan isteri sekalipun telah di alihkan ke “tempat selamat” turut tenggelam bersama kereta penduduk yang lain. Usah ditanya lagi dengan perabut atau kelengkapan rumah yang lain. Untuk makluman pihak di luar sana, semalam perhubungan terputus hampir sepanjang hari, tiada bekalan elektrik dan air. Namun begitu pembantu saya bertungkus lumus setakat kemampuan kami membantu perpindahan. Saya juga sempat menghubungi bilik bantuan PKINK untuk menghantar bekalan makanan kepada kawasan yang amat memerlukan. Pagi ini sebaik solat subuh, YAB Menteri Besar Selangor menghubungi saya. Saya gembira dengan langkah kerajaan Selangor sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM 1 juta. Saya cadangkan kepada beliau disalurkan menerusi Tabung Serambi Mekah. Lebih membanggakan lagi YB Saudara Azmin Ali akan meluangkan masa dua hari di Kelantan untuk melawat mangsa bermula Jumaat ini. Saya juga gembira apabila Pejabat YB Lim Kit Siang menghubungi saya untuk menyumbang kepada mangsa menerusi Yayasan Darul Hijrah yang saya asaskan untuk urusan kemanusiaan. Kepada teman yang bersimpati boleh salurkan sumbangkan melalui akaun Maybank; Yayasan Darul Hijrah 5660 1060 9934. Hari ini,insya-Allah kami akan giatkan usaha mengunjungi dan membantu mangsa-mangsa banjir. Terakhir, pihak berwajib perlu menilai jangkaan cuaca untuk beberapa hari akan datang. Jika hujan di jangka lebat sekali lagi, semua pihak harus bersedia untuk keadaan TERBURUK. Kerja menyelamat tidak boleh “paralyse” dan kematian deria kebersamaan rakyat jelata dalam musibah ini, khususnya dalam menyediakan peralatan menyelamat yang secukupnya. Derita rakyat Malaysia dikongsi dengan terima dan hulur bantuan tanpa syarat. Lets share the pain with the continuos pray and help in anyway we can! Husam Musa Naib Presiden PAS9 ADUN Salor. Jumaat, 7.42 am 26/12/2014

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Husam Musa berkongsi penderitaan rakyat Malaysia Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya. Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim. Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca kera berak atas dahan motan. Di sinilah kalau rakyat nak ukur maruah seseorang pemimpin atau pun nak mengenali dia hipokrit atau bewak. Syabas Minali kerana ada ehsan untuk bantu Kelantan. Barang kali Mat Yaakob tak sanggup terima chek sebab dia juga kata tak ada kesalahan syarie untuk pecat Khalid Ibrahim. Jadi Mat Yaakob walaupun tak pandai bini tetapi ada air muka. Wassalam Mso. Jenis tak ada kemaluan punya oreng! Selain sebagaimana yang MSO sebut kat atas tu, Husamlah yang mengusahakan untuk mendapatkan bantuan tersebut yang sebelumnya telah menghubungi Azmin. Husam tidak saperti little Kulop Pasir Mas yg sibuk merapu dalam fesbook dengan pelbagai falsafah yang pelik-pelik. Alahai... Ziarah mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kota bersama YAB MB Selangor Azmin Ali. Husam menulis dalam fesbooknya: Saya pohon maaf kepada rakyat Salor yang kebanyakannya pertama kali teruk di landa banjir. Rumah saya sendiri teruk tenggelam dengan begitu cepat sekali sehingga menenggelamkan buku, dokumen dan koleksi yang saya kumpulkan sejak di bangku sekolah rendah. Musibah banjir ini merupakan pertama kali sejarah kampung ini sejak puluhan tahun. Dari pagi semalam air terus naik sehingga pagi ini; Jumaat 26 Disember 2014. Di depan rumah paras air lima kaki dan di dalam rumah melebihi tiga kaki. Kereta saya dan isteri sekalipun telah di alihkan ke “tempat selamat” turut tenggelam bersama kereta penduduk yang lain. Usah ditanya lagi dengan perabut atau kelengkapan rumah yang lain. Untuk makluman pihak di luar sana, semalam perhubungan terputus hampir sepanjang hari, tiada bekalan elektrik dan air. Namun begitu pembantu saya bertungkus lumus setakat kemampuan kami membantu perpindahan. Saya juga sempat menghubungi bilik bantuan PKINK untuk menghantar bekalan makanan kepada kawasan yang amat memerlukan. Pagi ini sebaik solat subuh, YAB Menteri Besar Selangor menghubungi saya. Saya gembira dengan langkah kerajaan Selangor sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM 1 juta. Saya cadangkan kepada beliau disalurkan menerusi Tabung Serambi Mekah. Lebih membanggakan lagi YB Saudara Azmin Ali akan meluangkan masa dua hari di Kelantan untuk melawat mangsa bermula Jumaat ini. Saya juga gembira apabila Pejabat YB Lim Kit Siang menghubungi saya untuk menyumbang kepada mangsa menerusi Yayasan Darul Hijrah yang saya asaskan untuk urusan kemanusiaan. Kepada teman yang bersimpati boleh salurkan sumbangkan melalui akaun Maybank; Yayasan Darul Hijrah 5660 1060 9934. Hari ini,insya-Allah kami akan giatkan usaha mengunjungi dan membantu mangsa-mangsa banjir. Terakhir, pihak berwajib perlu menilai jangkaan cuaca untuk beberapa hari akan datang. Jika hujan di jangka lebat sekali lagi, semua pihak harus bersedia untuk keadaan TERBURUK. Kerja menyelamat tidak boleh “paralyse” dan kematian deria kebersamaan rakyat jelata dalam musibah ini, khususnya dalam menyediakan peralatan menyelamat yang secukupnya. Derita rakyat Malaysia dikongsi dengan terima dan hulur bantuan tanpa syarat. Lets share the pain with the continuos pray and help in anyway we can! Husam Musa Naib Presiden PAS9 ADUN Salor. Jumaat, 7.42 am 26/12/2014

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Ahad, 28 Disember 2014

Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat ini


KUALA LUMPUR: "Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat seperti ini," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebook pagi ini.

Ini, ujarnya termasuk seorang pemandu lori yang tersangkut selama lima hari di Kuala Krai yang membantu penduduk di sana dengan pelbagai cara.

Berikut tulisan penuh beliau.

1. Empangan Jajar, banyak sms memberi info Jajar tidak berkaitan dengan kecepatan kenaikan paras banjir. Saya tidak mahir dalam tajuk ini. Saya hanya menyampaikan keluhan hiba rakyat yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

2. Semalam bersama saya adalah Saudara Salahudin Ayub yang juga adalah Pengerusi Bencana Negara PAS Pusat.

3. Insya-Allah jika cuaca mengizinkan kami akan ber-heli lagi sepanjang hari ini. Terawal, menghantar ubatan ke Pasir Mas. Kemudian ke Kandek, Dabong bersama bekalan hasil sumbangan yang dikutip.

3. Pagi ini, Saudara Lim Kit Siang dan 8 petugas akan tiba untuk membawa bantuan dan melawat mangsa banjir. Kami hargai solidariti pemimpin nasional.

4. Semalam, TG Presiden PAS melakukan lawatan banjir termasuk sempat mengunjungi Sek Keb Kubang Kerian. 'Turun padang' Presiden untuk meninjau sendiri sangat membanggakan kami. Teladan untuk semua. Saya mohon maaf tidak dapat mengiringi kerana mengejar cahaya siang terbang seperti dijadual.

5. Di banyak tempat saya singgah, petugas dari Selangor ditemui datang membantu. Di DUN saya sendiri, ribuan terima kasih saya ucapkan atas kegigihan mereka mengharungi suasana. Saya kagum keberanian mereka mengharungi arus deras di atas jambatan Salor untuk membawa seorang pesakit yang sudah masuk hari ketiga gagal mendapat rawatan dialasis.

Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat seperti ini. Termasuk seorang pemandu lori yang tersangkut selama lima hari di Kuala Krai yang membantu penduduk di sana dengan pelbagai cara.

6. Saya juga menyeru anak di perantauan tanah serendah sekebun bunga; Kelantan untuk pulang menjenguk, memberi sokongan dan membantu kami di sini.

Husam Musa
8:06 am
28/12/2014

Tuan Guru meninjau petugas PAS Serdang memasak makanan 
untuk mengsa banjir di Pengkalan Chepa.

Semua Negara Muslim & Barat Menolak 6 Bekas Banduan Guantanamo

Kelihatan 6 bekas banduan Guantanomo berjalan dengan santai dan bebas di Uruguay.

Banduan-banduan yang beragama Islam ini yang ditahan, dipenjara dan diseksa bertahun-tahun di Guantanamo di bebaskan atas kekurangan bukti. Malangnya, tiada sebuah pun negara Islam yang sanggup menerima mereka, apatah lagi negara Barat yang lain.
Di Uruguay, Presiden negaranya yang sangat sederhana yang bernama Jose Mujica, yang menerima bayaran gaji sebanyak $300 seminggu yang tinggal di rumah yang lama dan memandu kereta Beetle yang berusia 27 tahun dan bukan beragama Islam. Menerima 6 banduan yang tidak bersalah yang di bebaskan dari penjara Guantanamo minggu ini.
Abedlhadi Omar Faraj, kiri, and Adel bin Muhammad El Ouerghi from Tunisia, kanan, menibarkan bendera Uruguay dari balkoni tempat tinggal mereka.
 Banduan-banduan ini dihantar oleh Amerika dengan keadaan ditutup mata, digari tangan dan dipasang rantai kaki menaiki pesawat. Sebaik sahaja tiba di Uruguay, Presidennya (yang pernah diseksa dan ditahan selama 13 tahun oleh pemerintahan diktator sebelum ini) mahukan banduan-banduan ini keluar dari pesawat dalam keadaan yang bermaruah.

Presiden mengarahkan semua penutup mata, gari tangan dan rantai kaki ditanggalkan, dan apabila banduan-banduan ini berjalan keluar dari pesawat, mereka disambut dengan sorakan gembira dan dipeluk oleh rakyat-rakyat Uruguay. Mereka juga diberikan tempat tinggal, dan tawaran kerja dari orang awam untuk memulakan hidup baru mereka.
Ini bertepatan dengan ayat Quran “Inna Ma’al ‘Usri Yusra” (Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan) – Surah Al-Inshirah (94)

Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmah beserta hidayah kepada negara Uruguay, juara hak asasi manusia dan terutamanya kepada Presidennya Mujica, Raja Najasyi di zaman baru.
Sumber :  Farah Pahlawan

Mnarik Dari Kelantan Hadirku untuk disembelih tapi kamu beri aku makan

Susah jika dicari tapi kini senang didapati.


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Negeri Sembilan dan Kedah telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing manakala di Kelantan, Terengganu dan Pahang masih serius. Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan lebih 80,000 mangsa masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir. Angka terkini mangsa banjir di negeri itu malam ini tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa setakat ini berikutan sesetengah kawasan gagal dihubungi. Setakat tengah hari Sabtu, sebanyak 81,925 mangsa banjir direkodkan di negeri itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut meninjau situasi banjir di negeri itu pada Sabtu. Di TERENGGANU, keadaan banjir menunjukkan penurunan mangsa kepada 34,709 daripada 8,596 keluarga berbanding 35,085 orang petang Sabtu. Jumlah mangsa banjir di PAHANG berkurangan kepada 31,774 orang malam ini berbanding 33,973 orang petang Sabtu. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 10,174 orang di 34 pusat pemindahan yang beroperasi. Lapan lagi daerah yang terjejas ialah Jerantut menempatkan 6,427 orang diikuti Temerloh (4,617 orang), Maran (3,455 orang), Pekan (3,324 orang), Lipis (2,647 orang), Bera (855 orang), Raub (262 orang) dan Rompin (13 orang), katanya.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT? Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans. Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat. Ini pandangan saya: + Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan. + Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir. + Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan. + Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans. + Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir. + Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah. KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat. Afyan Mat Rawi, IFP. 27/12/2014 Disclaimer: Saya bukan pakar insurans. Saya hanya ejen takaful cabuk yg baru 11 tahun dalam bidang perkhid

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT? Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans. Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat. Ini pandangan saya: + Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan. + Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir. + Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan. + Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans. + Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir. + Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah. KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Insurans & Darurat - Jawapan Agen Takaful Kepada Najib Razak INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT? Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans. Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat. Ini pandangan saya: + Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan. + Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir. + Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan. + Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans. + Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir. + Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah. KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat. Afyan Mat Rawi, IFP. 27/12/2014 Disclaimer: Saya bukan pakar insurans. Saya hanya ejen takaful cabuk yg baru 11 tahun dalam bidang perkhid

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Ini Janji PM Semasa Melawat K'tan. 3 Langkah Awal..

Tiada keperluan untuk umum darurat di negeri dilanda banjir - Najib
Lihat, apa janji PM semasa melawat Kelantan..

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan tiada keperluan pada masa ini untuk kerajaan mengumumkan darurat akibat banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan negeri lain.
Katanya jika sekiranya kerajaan mengumumkan darurat, sudah pasti pihak insuran tidak akan membayar pampasan insuran.

Menurut, Najib sekiranya darurat diumumkan ianya termasuk dalam kategori ‘force majeure’ dan sekiranya ini berlaku syarikat insuran tidak perlu menjelaskan insuran dan kedua-duanya akan bergerak seolah-olah dalam situasi sekarang kerana semua agensi kerajaan telah diarahkan untuk menambah sebanyak mungkin bantuan.

Beliau berucap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kelantan untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu, hari ini. Najib turut mengumumkan bantuan khas sejumlah RM500 juta kepada mangsa banjir di negeri yang dilanda bencana itu.

Beliau berkata dana tersebut itu akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan mula disalurkan selepas bencana banjir berakhir. Tambahnya, bantuan ini akan diagihkan melalui MKN berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan kelak.

Najib turut mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijadual akhir Januari depan, dipercepat kepada pertengahan bulan itu. Selain itu, bagi meringankan lagi beban mereka yang terjejas, Najib turut meminta institusi kewangan dan agensi yang menguruskan dana pinjaman menjadualkan semula tempoh pembayaran peminjam.

Katanya, tiga langkah awal ini dimumkan sempena lawatan sehari beliau ke Kelantan. Najib juga menjelaskan, berhubung kerosakan melibatkan infrastruktur, termasuk jalan, bangunan sekolah, hospital dan sebagainya akan di nilai kemudian dan menggunakan peruntukan lain.

Pada masa ini, katanya banjir di Kelantan disifatkan sebagai serius dan di luar dugaan kerana kebanyakan tempat yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air turut dilanda banjir. Pada masa ini tumpuan diberikan kepada penyelamatan dan bantuan makanan termasuk menyediakan bekalan air bersih.
 
Najib tunai solat hajat bersama penduduk Pengkalan Chepa
Datuk Seri Najib juga malam ini menyertai solat hajat bersama penduduk
 di kawasan Pengkalan Chepa.
 
Sementara itu, Datuk Seri Najib juga malam ini menyertai solat hajat bersama penduduk di kawasan Pengkalan Chepa memohon perlindungan dan keselamatan untuk penduduk yang menghadapi bencana banjir.
Sebelum solat hajat yang diimamkan oleh Osman Mohd Zin, iaitu imam Masjid Assalam, Pengkalan Chepa, para jemàah menunaikan solat maghrib dan bacaan surah Yasin serta solat Isyak. Turut sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. (IH)

HIPERTENSI MENGINTAI ANAK MUDA

http://1.bp.blogspot.com/-YfAGpA-lsvc/UmSm3aSriDI/AAAAAAAABZE/WP0ZetmKWQ4/s1600/hipertensi.jpg

Penyakit silent killer ini tak hanya menyerang usia tua. Anak muda pun perlu waspada. 

Hipertensi atau tekanan darah tinggi sering kali dianggap sepele. Apalagi banyak kasus penderita hipertensi yang tak menyadari gejalanya sejak dini. Jika tak cepat ditangani, penyakit ini dapat memicu kerusakan organ tubuh vital, seperti jantung, ginjal, mata, dan sistem saraf. Inilah alasan hipertensi dijuluki silent killer.
Penyakit yang lazim ditemui pada usia paruh baya ini, kini mengintai anak muda. Gaya hidup yang tak sehat menjadi salah satu penyebab hipertensi, seperti tingkat stres yang tinggi, sering mengonsumsi junk food dan makanan yang mengandung lemak jenuh, serta kurang asupan sayur, buah, dan air putih.
Menurut Mayoclinic.com, berikut beberapa hal yang dapat mengurangi risiko hipertensi: 
1. Kurangi konsumsi garam 
Kontrol tekanan darah dengan membatasi asupan sodium dalam tubuh. Pastikan konsumsi garam harian Anda tak lebih dari 2,300 mg. Bagi yang memiliki indikasi hipertensi, konsumsi garam maksimal 1,500 mg per hari. Hindari pula makanan kemasan dan cepat saji yang mengandung garam berlebihan.
2. Jaga pola makan 
Cobalah terapkan pola makan ala Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) yang meningkatkan konsumsi buah, sayuran hijau, biji-bijian, kacang-kacangan, gandum, dan makanan rendah lemak. Selain itu, hindari lemak jenuh dan perbanyak asupan potasium yang dapat mencegah dan mengontrol hipertensi.
3. Kontrol berat badan 
Hati-hati, kegemukan atau obesitas berisiko tinggi terhadap hipertensi. Jika Anda berhasil menurunkan berat badan, berarti Anda menekan risiko hipertensi.
4. Olahraga secara rutin 
Berolahragalah sekurangnya 30 menit setiap hari. Jenis olahraga yang bisa dipilih di antaranya, jalan kaki, jogging ringan, aerobik, bersepeda, berenang, dan yoga.
5. Jauhkan alkohol dan rokok 
Alkohol dan rokok dapat memicu hipertensi. Selamatkan diri Anda dari pemicu penyakit ini.
6. Meminimalkan stres 
Hindari pemicu stres sebisa mungkin. Latihan pernafasan atau meditasi dapat membantu untuk melepaskan stres dan merelaksasi pikiran.
Nah, lebih baik mencegah daripada mengobati, kan?   -Article Futuready.com-


LEBIH SEHAT DENGAN SLOW FOOD

http://4.bp.blogspot.com/-iKUOlCD2WM8/UmSpjln7B0I/AAAAAAAABZQ/Qt3t0kNd9tU/s1600/slow+food.jpg
 Sekarang saatnya Anda beralih kepada makanan sehat ala slow food. 
Gaya hidup perkotaan yang serba cepat ‘memaksa’ banyak orang mengkonsumsi makanan cepat saji alias fast food. Tinggal digoreng atau diseduh, makanan siap santap dalam hitungan menit. Bahan yang digunakan, proses pembuatan, dan kandungan gizinya tak lagi diperhatikan orang. 
Padahal fast food disinyalir mengandung nutrisi rendah karena terbuat dari bahan makanan yang kurang berkualitas dan proses pengolahan makanan yang dianggap kurang layak. Cara makan yang tergesa-gesa pun lambat laun menimbulkan penyakit berbahaya. Kini, saatnya Anda beralih ke slow food. 
Slow food dicetuskan oleh pria asal Italia, Carlo Petrini pada tahun 1986. Dia prihatin dengan maraknya fast food. Slow food merupakan konsep menikmati makanan sesuai ritme alami yang tenang dan tidak terburu-buru. Lebih lanjut, slow food juga menerapkan prinsip memasak yang relaks dan penggunaan bahan makanan yang segar dan alami. 
Nah, tertarik mencoba slow food? Berikut beberapa langkah yang dapat Anda lakukan: 

1. Gunakan bahan makanan segar/organik 
Pilihlah bahan makanan yang alami. Semakin segar bahan yang digunakan, semakin baik. Gunakan buah atau sayur yang baru dipanen atau belum lama dipanen agar kandungan nutrisinya masih terjaga. Anda bisa mendapatkannya langsung dari petani atau pedagang pasar tradisional yang merupakan titik rantai distribusi terpendek. Upayakan pula memakai bahan makanan yang bebas dari pestisida, seperti makanan organik. 

2. Jauhkan bumbu instan 
Menggunakan penyedap rasa dalam kemasan yang mengandung MSG (monosodium gultamate) memang praktis. Namun penggunaan yang berlebihan dapat membebani organ pencernaan dan memicu penyakit berbahaya. Supaya lebih sehat, gunakan bumbu yang terbuat dari bahan alami, seperti bawang merah, bawang putih, lada, jahe, ketumbar, serta jenis rempah lainnya. 

3. Makanlah dengan relaks 
Ubah kebiasaan makan cepat. Perlambat cara makan Anda dan ciptakan suasana makan yang lebih relaks. Semakin lama mengunyah makanan, produksi saliva (air liur) semakin banyak. Enzim alpha amilase dan lingual lipase yang terdapat dalam saliva berperan memecah partikel makanan lebih maksimal sehingga makanan mudah dicerna. 
Selamat mencoba!   - Article Futuready.com -

SIAPKAN DANA KELAHIRAN BUAH HATI


http://1.bp.blogspot.com/-tSUMXzBpDW4/UmSlZyoQ5AI/AAAAAAAABY8/OKf70Q_vKTw/s1600/dana+kelahiran.jpgKehadiran anak dipastikan akan menambah pengeluaran. Sudah siapkah kondisi finansial keluarga Anda?
Banyak pasangan muda hanya mempersiapkan biaya persalinan dan perlengkapan bayi ketika berencana memiliki momongan. Padahal, dengan bertambahnya anggota keluarga, kebutuhan keluarga di masa depan kian bertambah, seperti pengeluaran untuk makanan, pakaian, pendidikan, kesehatan, dan lainnya.

Menurut Perencana Keuangan, Felicia Imansyah, dalam menyambut anggota keluarga baru, kondisi finansial harus dipersiapkan sejak dini agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Idealnya, persiapan finansial untuk anak dipersiapkan sejak awal pernikahan. Inilah beberapa biaya yang perlu Anda persiapkan dalam menyambut kehadiran buah hati:  
1. Biaya medis kehamilan dan melahirkan 
Persiapkan biaya medis yang harus dikeluarkan, mulai dari biaya pemeriksaan ke dokter kandungan selama kehamilan, biaya persalinan, serta biaya pascamelahirkan, misalnya imunisasi bayi. Khusus biaya persalinan, meskipun dokter kandungan memprediksi proses melahirkan secara normal, sebaiknya tetap antisipasi bila harus melakukan operasi caesar yang butuh biaya lebih tinggi. Termasuk jika ibu atau sang bayi memerlukan perawatan khusus.
2. Budget perlengkapan ibu dan bayi 
Seperti halnya biaya persalinan, biaya untuk perlengkapan bayi biasanya direncanakan sejak awal. Pastikan perlengkapan si bayi mencakup seluruh kebutuhannya, mulai dari pakaian, mainan, tempat tidur, dan lainnya. Tidak hanya kebutuhan untuk bayi, perlengkapan ibu semasa kehamilan dan pascamelahirakan juga perlu dianggarkan, semisal pakaian hamil.
3. Biaya pendidikan anak 
Biaya pendidikan anak terus meningkat. Semakin dini Anda mempersiapkannya, semakin kecil dana yang disisihkan untuk tabungan pendidikan atau premi asuransi pendidikan. Persiapkan dana untuk pendidikan sejak Anda berencana memiliki anak. Untuk mengetahui dana pendidikan anak yang perlu dipersiapkan.
4. Siaga dengan dana darurat 
Siapkan dana darurat untuk mengantisipasi peristiwa tak terduga selama proses kehamilan, melahirkan, hingga anak tumbuh dan mandiri. Misalnya, Anda terpaksa berhenti kerja karena kondisi kandungan yang lemah sehingga biaya persalinan ditanggung sendiri. Berapa dana darurat yang perlu Anda persiapkan?
-Article Futuready.com

Lagi perangai tak senonoh budak-budak di tepi jalan