Begitu senang cari duit yek......
Begitu mudah kumpol dosa.....
Tahniah dah berjaya..
Tahniah dah dapat rumah dineraka
Tertarik dengan tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee yang terkandung dalam Cetusan buka minda sinarharian terbitan isnin 18.April.2011
Rasuah: Siapa lebih jahat?
1. Tiada niat untuk saya mengulas atau memberi komen tentang tulisan beliau itu,sebaliknya saya sangat setuju dengan hujah beliau itu. Saya cuma ingin berkongsi pandangan dengan Dr Ridhuan.
2. Umum tahu bahawa rasuah(tumbuk rusuk) itu adalah musuh negara nombor satu, sejak dari kecil lagi kita sudah diajarkan bahawa rasuah itu kotor,jijik,dan siapa menerimanya berdosa, siapa memberinya juga berdosa, orang berdosa masuk neraka.
3. Ada dikalangan orang yang ingin menghalalkan rasuah dengan menukarkan pangilannya seperti hadiah,imbuhan dan bermacam lagi gelaran yang yang tidak menyebut perkataan rasuah, sebenarnya walau apa pun sebutan nya tetapi maksutnya sama ia tetap rasuah tetap haram tiada cara untuk menghalalkan nya. Haram tetap haram. Bak kata Dr Redhuan sekiranya tiada pilihan lain antara makan rasuah dengan makan babi, lebih baik makan babi.Ayat itu membayangkan bertapa najisnya rasuah itu.
4. Jika makan babi hanya melibatkan dosa antara individu dengan Allah tetapi yang makan rasuah melibatkan orang lain yang tidak tahu menahu terpalit sama, kerana konon rezeki yang dibawa pulang itu adalah pendapatan dari hasil titik peluhnya dan diberikan kepada isteri anak-anak serta keluarganya, sedangkan ianya adalah hasil dari pendapatan (rasuah).
5. Dikalangan yang berpotensi dan terdedah dengan kegiatan rasuah adalah petugas-petugas dibahagian penguat kuasaan, orang yang berkuasa melulus, bahagian pemprosesan, ahli politik hatta dikalangan pegamal undang-undang pun ada yang rasuah tidak mustahil satu hari nanti ada penerima rasuah dikalangan pegawai SPRM sendiri.
6. Saya juga bersetuju dengan Dr Redhuan bahawa kebetulannya yang banyak menerima rasuah ini adalah dikalangan orang melayu yang beragama islam perkara ini berlaku kerna orang melayu menjadi penjawat jawatan yang berpotensi dan terdedah dengan kegiatan rasuah.
7. Saya yakin sekiranya ditanya kepada sesiapa sahaja individu di Malaysia ini sama ada mereka tahu bahwa menerima rasuah itu salah? semua akan menjawap ya tahu ianya salah.Tetapi kenapa masih berlaku rasuah? jawapannya kerana ada pemberi rasuah. Soal siapa yang patut dipersalahkan antara sipemberi atau si penerima ianya sama dengan mana satu dulu ayam ke telor. Pemberi kata kalau dia tak terima macam mana perkara ni boleh berlaku? penerima pula berkata kalau dia tak beri macamana saya nak terima? sampai bila pun tak boleh selesai.
8. Saya berpandangan masalah rasuah diMalaysia ini sukar di hapus kan selagi SPRM yang dipertanggongjawabkan untuk membasmi tidak benar-benar bebas dari kekangngan kuasa-kuasa lain dan selagi kuasa-kuasa politik mencampuri urusan SPRM.Begitu juga selagi SPRM melakukan penyiasatan berpilih-pilih dan tidak telus segala usaha untuk mencegah itu akan jadi sentiasa sukar dan hasilnya mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.
9. Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana berjaya membongkar ketirisan yang berlaku dalam JKDM baru-baru ini,saya berharap akan ada lagi penemuan-penemuan baru selepas ini jangan berlaku cuma bila ada pilihan raya sahaja baru ada penemuan penemuan ketidak jujuran orang -orang yang diamanahkan oleh rakyat.Seluruh rakyat bergantung harap kepada SPRM untuk memastikan penjawat-penjawat awam dan ahli-ahli politik di Malaysia ini sentiasa bersikap jujur dan amanah.
10. Sekali lagi saya ingin memetik kata-kata dari Dr Redhuan Tee "Babi tidak pernah memberi atau menerima rasuah .Sekurang-kurang ia lebih "mulia" baik daripada manusia terlibat rasuah.
Dari itu jangan lah merendah kan mertabat khalifah dibumi ini daripada babi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan