SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 30 September 2011

Selayaknya Memang Begitu

Aku petik

Tee Keat: Soi Lek tidak harus jadi calon BN ekoran skandal seks

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata penggantinya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukan seorang “calon yang boleh menang” kerana skandal seks 2007 melibatkan bekas menteri kesihatan itu akan menjadi liabiliti besar bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.
Dr Chua (gambar), yang menewaskan Ong pada pemilihan ekoran krisis dalam parti 18 bulan yang lalu, tidak mengesahkan sama ada akan bertanding meskipun minggu ini mengumumkan beberapa pemimpin tidak akan diturunkan pada pilihan raya umum kali ini.
Khabar angin tersebar sejak Februari lalu bahawa Ong juga akan digugurkan daripada bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.
Kata Ong, skandal seks Dr Chua akan terus menghantui presiden MCA dan juga BN.
“Adakah beliau calon yang boleh menang? Saya tidak melihat rakyat Malaysia boleh terima beliau.
“Memang beliau mahu bertanding. Beliau berkata lima bahagian mahu beliau bertanding dan ramai termasuk diri beliau akan berkata bahawa salah laku atau tindakan tidak bermoral bukan alasan untuk menafikan beliau hak untuk bertanding,” katanya lagi.
Kata Ong, jika Dr Chua bertanding ia akan menjadi ujian asid berhubung nilai diri seseorang.

Langkah Yang Betul

Guan Eng mohon maaf kepada Sultan Johor

September 30, 2011
Begitulah cara nya kalau ada terasa melakukan kesilapan cepat-cepatlah mohon maaf, Ikhlas kan lah hati. 
Sepatutnya semua pemimpin bersikap seperti Guan Eng
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Lim Guan Eng memohon maaf kerana menyebabkan Sultan Johor tersinggung sambil berkata beliau tiada niat langsung untuk memperkecilkan negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa kenyataannya telah disalah tafsir oleh media dikawal oleh Barisan Nasional.
“Sebagai tanda menghormati Sultan Johor, saya memohon maaf,” kata Lim (gambar) yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataan hari ini.

Khamis, 29 September 2011

Siapa Nak Jadi Penganjur

Eh-eh kenapa pula dia lari bogel ?



Rupanya mereka ni yang nak tangkap
E...dah dapat. Tak boleh lari lagi ....



Mak...mereka berebut aku punya 
Ehh...ahem.... benda ada dua  je orang nya adatiga 
itu yang jadi berebut



Dia bawa lagi besar punya ....
Mari kita kejar...



(Yang mahal bukan sahaja jangut yang perang tapi eham pun perang )
Apa jadi kalau di Malaysia ada sukan macam ni ????????

Ada Ayam Nak Jadi Calun PRU


Bila kita sudah terlalu marah 
atau tidak tahan lagi dengan satu-satu
perkara itu maka terjadi lah Seperti ini 
Harap di Malaysia tidak akan berlaku sampai bila-bila pun. 

Diharap PRU 13 nanti 
Malaysia tidak akan ada calun 
seperti itu yang ikut bertanding sama.

Kebenaran Dah Mula Timbul


Dalam kehangatan isu Hudud 
yang menengelamkan isu Mat sabu 
dengan Mat Indera ada pula yang mengaku 
bahawa dia adalah waris kepada orang yang telah
menangkap Mat Indera pada tahun 1952 tempoh hari,kini 
memaparkan bukti bahawa British adalah penjajah ketika itu
untuk cerita lanjut Baca ini

Semoga dengan info yang 
ada akanmengurang kan sedikit 
tekanan dari Umno B End terhadap 
timbalan PAS, dan rakyat dapat memahami 
sejarah sebenar dan sejarah olahan.


Mulut Terluas Di Dunia


KEDUA-DUA tangan Francisco Domingo Joaquim menarik mulutnya yang lebar.

ROM, Itali - Seorang lelaki, Francisco Domingo Joaquim dapat memuatkan satu tin minuman ringan di dalam mulutnya, lapor sebuah akhbar semalam. Joaquim yang berasal dari Angola memiliki mulut selebar 17 sentimeter sekali gus namanya dicatatkan dalam Guinness World of Records.


Bakat Joaquim yang dikenali sebagai Chiquinho itu ditemui oleh beberapa penyelidik Guinness Book of World Records yang mencarinya menerusi laman YouTube di internet.


Selepas dua tahun mencarinya, para penyelidik itu dapat berjumpa dengannya di bandar kelahirannya di Angola.


Sejak itu, Joaquim yang berusia 20 tahun menjadi popular di Internet dengan videonya dilihat ribuan kali.


Joaquim menyatakan, mimpinya menjadi kenyataan apabila dia diberikan penghormatan oleh Guinness Book of World Records yang mencatatkan namanya sebagai pemegang rekod dunia kerana memiliki mulut paling lebar. - Agensi

Rabu, 28 September 2011

Adoi....!!!! Tak Sempat Makan......!!!


Sekadar hiasan.


 ...pakai baju dan seluar terbalik.


Saya petik:
[HM] BESUT: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memakai baju dan seluar sukan secara terbalik ketika bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi kakaknya menerusi telefon bimbit membongkar rahsianya yang cuba melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, Ahad lalu.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila kakak remaja terbabit berusia 28 tahun terjaga daripada tidur dan mendapati remaja itu tiada di biliknya di rumah mereka di kampung berkenaan pada jam 4 pagi.

“Mengesyaki remaja itu keluar bertemu teman lelakinya di sebuah resort di daerah ini, wanita itu menghubungi telefon bimbit adiknya, namun tiada jawapan.

“Wanita berkenaan yang mengenali teman lelaki adiknya yang berusia 21 tahun menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, tetapi diberitahu dia tidak mengetahui di mana remaja itu berada sebelum remaja berkenaan tiba di rumah beberapa minit kemudian,” katanya.

Sumber berkata, bimbang rahsianya terbongkar, remaja terbabit mencipta pelbagai helah memperdaya kakaknya yang mengesyaki dia bertemu teman lelaki selepas pelik melihat pakaian dipakai terbalik.

Selepas didesak, remaja berkenaan yang juga pelajar sekolah menengah di bandar ini akur dan mengaku bertemu teman lelaki sebelum kakaknya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, di sini, jam 11 pagi hari sama.

Sumber berkata, ekoran laporan itu, remaja wanita terbabit dihantar ke Hospital Besut, di sini, untuk pemeriksaan dan mendapati tiada kesan koyakan lama sebaliknya hanya kesan merah pada luar kemaluannya.

Polis percaya remaja terbabit tidak sempat melakukan seks kerana terkejut panggilan telefon kakaknya ketika berada di kolam renang resort berkenaan.

Orang Gomen Bakal Dapat Duit Runtuh

Aku petik


Sumber saya dapati daripada bacaan di blog2 dan forum yg boleh dipercayai mengatakan kerajaan dijangka memilih antara 2 pilihan kpd kakitangan kerajaan samada memberi 1 setengah bonus atau pelarasan gaji (kenaikan peratus dari gaji pokok) dijangka naik paling tinggi 10%. 

Ahad, 25 September 2011

TPM Ingat Orang Selangor Semua Bodoh ? Yang Bodoh Hanya Orang Um No Je..

Pandai si Muhidin ni berlawak sama macam kumpulan sepah (Oh ya mereka datang dari negeri yang sama ) TPM kata rakyat Selangor terseksa ? semenjak dibawah pentadbiran kerajaan PR,Untuk makluman TPM memang lah terseksa  sebab kerajaan negeri nak beli syarikat air kenapa tak jual?

Terseksa ? Untuk makluman TPM yang terseksa tu orang -orang yang dulu hanya duduk dibawah daguk dan menyusu dengan UmNo sahaja, bila Umno dah tak memerintah lagi mula la hidup nya(pembodek) terseksa, orang-orang ini  yang hanya cari makan dengan projek-projek kerajaan (dapat projek klas F jual bagi orang lain buat pemjilat ni dapat untung persen, sedangkan tauke yang buat kerja dapat untung kau-kau)"itu lah melayu yang dilahirkan oleh Umno".

Mereka ini memang jadi belaan Umno supaya Umno dan ketua-ketua bahagian dapat hidup dan mengaut kekayaan di samping memberi mereka sedikit imbuhan.Cuba lihat ketua-ketua bahagian Umno apa kereta mereka pakai dan macamana rumah mereka? dibandingkan dengan rumah pengundi mereka? (rumah JKKKP) mereka itu lah yang terseksa.

TPM tak pandai menilai bertapa bahagianya orang Selangor semenjak dibawah pemerintahan kerajaan PR sekarang berbanding dengan kerajaan dahulu tu,cuntoh kalau dulu ada antara penduduk Selangor yang sudah berpuluh tahun duduk di tanah yang mereka teroka sendiri mereka tidak diberi hak (gran) tapi sekarang dah lebih 10,000 orang peneroka yang telah diberi gran sebagai tanda pemilik sah.

TPM sendiri tahu bahawa semua sekolah rendah dan menengah kebangsaan adalah dibawah tangung jawab kerajaan pusat,Wahai TPM yang sem... janganlah berkokok bila memberikan peruntukan kepada mana-mana sekolah kerana itu memang sudah menjadi tanggungjawab pusat.

Kerajaan Selangor sudah membuat tangungjawab nya untak memberi pendidikan lebih dari kerajaan pusat, dimana kalau dahulu sekolah-sekolah agama rakyat seperti ibarat melukut ditepi gantang,tetapi kini mereka telah diberikan juga peruntukan-peruntukan untuk membangunkan lagi sistem pembelajaran di SAR, gaji guru-guru mereka telah dinaik kan hampir 100%,.

Begitu juga dengan SRJK di Selangor mereka juga telah diberikan peruntukan yang yang begitu banyak berbanding dengan kerajaan pusat menjaga kebajikan sekolah-sekolah tersebut.Semasa dibawah pemerintahan Umno B END mereka asik merayu memohon peruntukan tambahan.

Program anak angkat, untuk pengatahuan TPM kerajaan Selangor melalui Exco Pendidikan dah buat dan ramai pelajar dibawah program tersebut telah berjaya dengan cemerlang, Program tersebut berjalan lancar tak hibuh pun tapi berjaya.

Aku bagi pehak anak kelahiran Selangor mengucapkan sekalong tahniah dan ucapan syabas diatas kejayaan program tersebut dan diharap dapat diteruskan sampai bila-bila selagi ada pelajar di Selangor.

Sumber Baca ini

Sabtu, 24 September 2011

Kenyataan isu Undilah & SKMM




Saya amat terkejut membaca berita bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu ini telah mengarahkan penyiar tempatan supaya berhenti menayangkan hebahan khidmat awam (public service announcement, PSA) “Undilah” yang diterbit saudara Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia yang baru lepas.
PSA ini, yang disertai diri saya sendiri dan ramai lagi tokoh masyarakat Malaysia, adalah satu usaha tak berpihak (non-partisan) untuk mengajak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi bila tiba masa pilihanraya nanti demi mengukuhkan proses demokrasi yang diamalkan di negara kita. Ia bertujuan memupuk semangat demokrasi di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira pihak mana yang disokong.
Di kala para pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara pengamal “demokrasi terbaik” di dunia, tindakan seperti yang dilakukan SKMM ini jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.
Saya memohon SKMM untuk menjelaskan arahan yang dikeluarkan kepada penyiar tempatan, malah memohon agar SKMM menterbalikkan arahan tersebut dan mempromosi video ini sebagai satu langkah yang dapat memperkukuh demokrasi di negara tercinta ini.
Janganlah kebebasan SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanah air.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
Naib Presiden KEADILAN
==========
For Immediate Release
23 September 2011
I am disturbed after reading the news that the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has directed local broadcasters this week to not use the “Undilah” public service announcement (PSA) that was produced by Pete Teo and launched on Hari Malaysia.
This PSA, in which I and numerous other Malaysian public figures participated, is a non-partisan rallying call for all Malaysians to stand up, register as voters, and let our voices be heard through the democratic process of voting in elections. It is meant to rouse the democratic spirit of all Malaysians, regardless of political leanings.
At a time when those leading the country clamour about making Malaysia the “best democracy” in the world, actions taken by entities like MCMC clearly undermines such efforts and belittle the intelligence of Malaysians.
I call on the MCMC to clarify its orders to local broadcasters regarding this PSA, and in fact I urge MCMC to reverse its order and promote the video as a step to strengthen democratic practise in our beloved country.
Let not MCMC’s independence be subjected to the political machinations of an archaic and dogmatic minister, who is lost in the undercurrents of partisan politics and quite out of touch with the latest developments in Malaysia’s political scene.
Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai and
Vice President of KEADILAN

Khamis, 22 September 2011

Isteri Yang Bendul....

Gambar hiasan

Ada satu cerita 
Kesah sepasang suami isteri 
Yang sangat bahagia dan harmoni
rumah tanga mereka yang terbena sejak
dua puluh lima tahun dahulu Cuma mereka tidak 
dikurniakan zuriat oleh Allah sebagai penyeri hidup

Nak jadi cerita pada 
penghujung Ramadhan tadi si isteri sibuk 
mengemas rumah sama macam suri rumah yang 
lain juga. Maklum hendak menyabut kedatangan  Syawal.

Gambar hiasan

Bila si isteri menyapu 
bilik tidur si isteri telah terjumpa
satu kotak ( kotak songkok lagaknya )
terletak rapi dibawah katil, si isteri mencapai
dan membuka kotak tersebut,alangkah terkejut
si isteri bila melihat akan isi kandungan yang ada 
didalam kotank tersebut.sambil bertanya didalam 
benaknya.untuk apa , dari mana dia dapat benda
-benda ni.benda-benda tu ialah lima biji telor dan 
tiga ikatan wang lima puluh ringgit yang bernilai
seribu setiap ikatan jumlah semua tiga ribu
Si isteri bingung tiada jawapan yang dia
tahu.dia tidak mahu mefikirkan nya
untuk apa bende-benda itu

Gambar hiasan

Tiba lah waktu untuk
berbuka puasa dimana suaminya
turut berbuka bersama inilah kesempatan
untuk dia bertanya kepada suami,dari mana 
datangnya telor lima biji itu dan untuk siapa ianya
disimpan di bawah katil ? suaminya terkejut dengan
pertanyaan si isteri itu, kerana tidak dijangka olehnya
pertanyaan akan keluar dari mulut isteri nya ketika itu
Bagaimana  pun suaminya  menjawab dengan tenang
biarpun sedikit gagap tapi kelihatan bersahaja dan 
tampak jujur.Suami menjawab sebenarnya telor
itu tanda abang melakukan kecurangan pada
mu, apa  bila sekali abang curang sebiji 
telor abang letakkan dalam kotak 
sekarang baru ada lima bijik


Gambar hiasan

Pada mula nya si 
isteri nak mengamok juga 
bila mendengar penjelasan ikhlas
 si suami tersayang lagi sanggat jujur itu
Tapi bila dikira telor dalam kotak itu cuma 
ada lima biji bermakna suaminya cuma melaku
kan ketidak jujurannya hanya lima kali sepanjang 
dua puluh lima tahun perkahwinan mereka.si isteri 
masih mengangap si suami adalah orang yang jujur,
dan si isteri sedia memaafkan kecurangan si suami
tersayang,sambil menangis mereka berpelukan
Tapi ada satu lagi pertanyaan di benak isteri
nya yang masih belum dapat terjawap 
isterinya,lalu di bertanya kepada
si suami duit tiga rubu itu dari
mana dan untuk siapa ?

Gambar hiasan

sekali lagi si suami
menjawab dengan tenang
dan penuh yakin. Sebenarnya
wang itu abang kumpul hasil dari
penjualan telor itu sayang,setiap tiga
puluh biji yang terkumpul abang akan 
jual dan begitu lah seterusnya sahingga
terkumpul sebanyak tiga ribu itu sayang 
maka  meraunglah si isteri seperti  lagu
tomok bila mendengar jawapan jujur 
suaminya itu. 

Gambar hiasan

Rabu, 21 September 2011

Apa Terjadi Dengan KITA ???


Bagai manakah ingin menjadi satu parti pembangkang yang kuat dan disegani. kalau baru berusia setahun jagong sudah berantakan !! tak mampu bersatu dalam satu parti? Kalau dulu Datuk Presiden keluar parti Um no kerana ada perkara yang membuat hati tidak sesuai dengan perjuangan parti.

Sesudah itu masuk pula parti Keadilan Rakyat tidak lama sesudah itu presiden telah  mengeluar dirinya sendiri dari PKR kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan perti tersebut yang kononnya hanya memperjuangkan individu sahaja.

Sekarang macamana pula? belum sempat mengadakan mesyuarat agung pertama pun KITA sudah bergolak dah berlaku pecat memecat.......tak puas hati lagi ???

Oleh kerana parti KITA ini adalah parti ciptaan sendiri maka tak perlulah keluar parti jadi orang lain lah yang kene keluar parti ...... (begitu barangkali maunya )

Kalau semua orang disekeliling kita tidak ada yang betul, itu masalah namanya, sebenarnya kita yang perlu bertanya pada diri sendiri (muhasabah) diri dimana silapnya.

Ingatlah bahawa setiap kali menuding jari hanya satu jari sahaja yang menunjuk kehadapan tapi tiga jari lagi menunjuk kearah kita. Jangan kita suka menilai orang lain tapi sebaliknya nilailah diri kita sendiri kerana disitu ada jawapan siapa diri kita sebenarnya......

Layakkah kita menjadi seorang pemimpin dan memimpin satu organisasi yang besar, sedangkan kita sering sahaja kecundang dengan kehendak nafsu diri sendiri....(cuma kita malu nak megakuinya)

Wahai orang melayu dan  ahli-ahli KITA fikirkan lah kemanakah hala tuju KITA yang sebenarnhya ingin di bawa oleh Datuk Presiden ?

Ingin menjadi sebagai komponan / bergabung dngan B ENd semula ? itukah matlamat presiden??? kalau itu misi nya "Perjuangan" anda hanya membuang masa dan siasia.

Aku baca dari sumber dibawah ni.

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan “tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan” Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.
Tindakan memecat tiga anggota CWC — setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher — dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam satu e-mel kepada Bernama hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.
"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.
"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti,” katanya. - Bernama

Aku Ulang Semula Kisah Untuk Tatapan Bersama


Aku petik


Anwar Ibrahim, Ronggowarsito dan Zaman Edan..


Istilah Zaman Edan konon pertama kali diperkenalkan oleh Ranggawarsita dalam Serat Kalatida, yang terdiri atas 12 bait tembang Sinom. Salah satu bait yang paling terkenal adalah:

    amenangi jaman édan,
    éwuhaya ing pambudi,
    mélu ngédan nora tahan,
    yén tan mélu anglakoni,
    boya keduman mélik,
    kaliren wekasanipun,
    ndilalah kersa Allah,
    begja-begjaning kang lali,
    luwih begja kang éling klawan waspada.

yang terjemahannya sebagai berikut:

    menyaksikan zaman gila,
    serba susah dalam bertindak,
    ikut gila tidak akan tahan,
    tapi kalau tidak mengikuti (gila),
    tidak akan mendapat bagian,
    kelaparan pada akhirnya,
    namun telah menjadi kehendak Allah,
    sebahagia-bahagianya orang yang lalai,
    akan lebih bahagia orang yang tetap ingat dan waspada.

Syair di atas menurut analisis seorang penulis bernama Ki Sumidi Adisasmito adalah ungkapan kekesalan hati pada masa pemerintahan Pakubuwono IX yang dikelilingi para penjilat yang gemar mencari keuntungan pribadi. Syair tersebut masih relevan hingga zaman modern ini di mana banyak dijumpai para pejabat yang suka mencari keutungan pribadi tanpa memedulikan kerugian pihak lain.

Syabas Ustaz Sikap Anda Yang Jujur


Gempar!!!Ustaz Azizan Mengaku Beli Kereta Mewah Guna Duit Kerajaan!!!

Alor Setar - Menteri Besar , Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke ,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri ,” katanya. -SH-


Puak-puak Blogger umno ni dok persoalkan isu ustaz Zizan beli kereta mewah dalam blog-blog lucah depa.Nah!!Ni ustaz azizan dah jawab baik punya bagi kat hangpa.Hangpa ingat pemimpin Pas macam pemimpin Umno hangpa ka?Menggunakan duit rakyat untuk kesenangan peribadi bukan gaya hidup pemimpin Pas..paham?

Kami ambil tindakan undang-undang, Maybank beri NUBE amaran


KUALA LUMPUR, 20 Sept – Malayan Banking Berhad, yang terlibat dalam pertikaian perhubungan industri dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perbankan (NUBE) sejak 2009 mahu mengambil tindakan undang-undang jika kesatuan itu meneruskan serangan dengan membuat dakwaan tidak berasas.
“Sejak beberapa bulan lalu, NUBE telah melancarkan siri tindakan ke atas bank dan juga pekerja-pekerja, yang bank fikir tidak wajar dan akan mengambil tindakan perundangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar dalam satu kenyataan hari ini.
“Maybank akan terus bertindak menyokong pekerja kami dan hak mereka dan pilihan mereka untuk diwakili seiring dengan peruntukan perundangan yang relevan dan tidak akan membenarkan sebarang tindakan tidak wajar oleh mana-mana pihak,” kata beliau lagi.
Di sebalik pertikaian itu pada 3 September lalu, NUBE berkata pihaknya meragui kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa Perdana Menteri gagal menyelesaikan isu-isu pekerja industri perbankan, khususnya menyentuh Maybank yang dibawa kepada perhatian beliau sejak setahun lalu.
Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata, kemerosotan populariti kerajaan Malaysia disebabkan banyak faktor, antaranya termasuk bertambah luasnya jurang pendapatan antara miskin dan kaya selain penindasan ke atas pekerja dan juga kenaikan kadar inflasi.
Tegas NUBE, setahun sudah berlalu pihaknya merayu kepada Najib selaku Menteri Kewangan mengenai masalah yang dihadapi dengan pengurusan Maybank.
Sejak dua tahun lalu, NUBE berhadapan dengan dua isu penting iaitu mendesak agar 7,000 anggotanya yang berjawatan rendah di Maybank diberi bayaran bonus tertunggak 80 bulan.
Ia menuntut bonus sebanyak 80 bulan untuk anggotanya berdasarkan rasional bahawa pengurus kanan dan pegawai kontrak bank itu mendapat bonus lapan bulan setiap tahun sejak 10 tahun lepas, yang tidak diberikan kepada anggota NUBE.
NUBE membuat permintaan itu berasaskan tindakan Maybank membayar bonus lapan bulan setiap tahun bagi semua eksekutifnya sejak 10 tahun lalu.
Selain itu, NUBE juga berhadapan dengan masalah ekoran keputusan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja meluluskan pembentukan kesatuan dalaman pekerja bukan eksekutif Maybank kerana ia bercanggah dengan Seksyen 12 Akta Kesatuan Sekerja 1959.
NUBE yang berusia lebih 50 tahun mewakili 5,000 pekerja Maybank. Ia juga anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang akan mengadakan satu sidang media esok mengenai isu ini.
Tiga hari selepas kenyataan itu, NUBE telah mengadakan piket di pekarangan Menara Maybank di sini sempena majlis pelancaran logo barunya oleh Najib.
Mengulas lanjut perkembangan semasa,  Wahid yang juga Presiden Maybank berkata, dakwaan bahawa pengurusannya tidak menunaikan janji bonus kontraktual adalah tidak berasas.
Kata beliau,  pihaknya tidak melanggar sebarang peruntukan perjanjian bersama membabitkan pekerja bank terbesar itu.
Sebaliknya kata beliau, pihaknya telah menyediakan ganjaran kewangan kepada para pekerja selain menyediakan bantuan kewangan dan kursus-kursus peningkatan kerjaya mereka.
Bercanggah dengan dakwaan NUBE, kata Wahid, Maybank mahu menekankan bahawa pihaknya sentiasa menghormati hak pekerjanya memilih kesatuan yang mereka mahu diwakili, sama ada kesatuan dalaman ataupun kesatuan kebangsaan.
NUBE, katanya, merupakan kesatuan kebangsaan yang mewakili pekerja-pekerja perkeranian dan bukan perkeranian di kebanyakan kesatuan tetapi bukan di semua bank.
Kini ada tiga kesatuan dalaman dan empat kesatuan industri mewakili tiga kumpulan pekerja iaitu Persatuan Pegawai-pegawai Kelas 1 Maybank,  Persatuan Eksekutif Maybank, NUBE, Kesatuan Pekerja-pekerja Perbankan Sabah, Kesatuan Pekerja-pekerja Perbankan Sarawak, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Komersial dan Kumpulan Pengawal-Pengawal Keselamatan Malayan Banking.
Kata Wahid, kini seramai 4,605 atau 61 peratus pekerja Maybank dalam kategori perkeranian dan bukan perkeranian merupakan ahli NUBE.
“Bagaimanapun beberapa pekerja telah memutuskan untuk menubuhkan kesatuan dalaman yang dipanggil sebagai Kesatuan Bukan Eksekutif Maybank (Mayneu).
“Meskipun Mayneu telah didaftarkan sebagai kesatuan sekerja pada 3 Januari 2011, NUBE telah mencabar pendaftarannya dan perkara itu masih didengar oleh mahkamah,” katanya lagi.
Wahid berkata gaji, manfaat dan bonus bagi ahli-ahli NUBE ditetapkan menerusi perjanjian bersama.
Katanya, bonus dua bulan kepada ahli-ahli NUBE dipersetujui di bawah perjanjian bersama.

Selasa, 20 September 2011

Bukit Kepong: Polis P. Pinang ambil keterangan Mat Sabu



20/09/2011 11:04pm

GEORGETOWN 20 Sept. - Polis Pulau Pinang hari ini menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong, sebelum dibebaskan malam ini.
Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata, Mohamad dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.
"Beliau telah bekerjasama dengan pihak polis dan setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang tadi, Mat Sabu telah dibawa ke IPK polis negeri,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat tiba di perkarangan IPK polis negeri kira-kira 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian setelah percakapannya dirakam.
Ayub berkata, terdahulu polis menghubungi Mat Sabu mengenai waran tangkap terhadapnya itu. - Bernama

Wajib Baca Untuk Kesejahteraan

Gambar hiasan
Ini lah yang dapat aku gambarkan mereka-
mereka itu.

Wahai orang-orang yang 
cinta keamanan dan cinta kebenaran 
jangan lupa untuk singgah  Membaca ini 
dan tolong sampaikan kepada kawan-kawan 
tentang apa yang berlaku di Negara Malaysia ini
Bagai mana mereka yang berkuasa menginjak-injak
Undang-undang semata-mata kerana ingin berkuas.
Wahai anak muda.....ingat lah bahawa negara ini
kamu semua adalah pewaris negara yang akan
menjadi pemimpin masa hadapan. Ingat !!
Segalanya terletak dibahu kamu dan di
tangan kamu. Jahanamkan mereka
pemimpin yang korup ini 

Cerita Ustaz KAGAT

Berita pembinaan rumah Jamil Khir yang menelan harga jutaan ringgit telah mendorong saya untuk menulis artikel ini. Meskipun saya telah meninggalkan KAGAT sejak beberapa tahun lalu namun rasa sayang dan cinta saya kepada KAGAT tetap bersemarak justeru itu saya mengemukakan pandangan ini untuk perhatian pimpinan tertinggi ATM agar tidak memperjudikan nasib KAGAT dan menyebabkan KAGAT hancur ditangan golongan yang mencari kepentingan peribadi.

Anggota KAGAT dan ATM sememangnya sedar tentang kemelut perlantikan pengarah KAGAT yang sama ceritanya seperti JKR. Namun perkara ini berjaya dikawal sehingga pihak media tidak mengetahuinya. Mengikut cerita teman-teman yang masih berkhidmat bahawa perlantikan Bgd Jen Mustafa adalah konspirasi yang dimainkan oleh Jamil Khir dan pengikut setianya. Untuik mengetahui benar atau tidak perkara ini maka kita tunggulah bagaimana kedudukan orang kuat Jamil Khir terdiri daripada Lt Kol Latif, Lt Kol Saudi, Lt Kol Ibrahim, Mej Husin, Mej Kamil, Mej Nasir, Mej Titan, Mej khairul dan paling utama orang yang dianggap sebagai "buah hatinya" iaitu Ustazah Kama.

Mereka yang disebutkan diatas adalah tulang belakang Jamil Khir yang sama-sama bertahajjuud dan beriktikaf di atas padang GOLF SEHINGGA KERJA UTAMA PEJABAT dibiarkan kepada anggota bawahan untuk dibereskan. Mereka inilah yang akan dilantik sebagai TPP dan Lt Kol baru manakala Ustazah Kama pula semua tahu tentang kes beliau satu persatu tetapi oleh kerana beliau merupakan nadi Jamil Khir di KAGAT justeru itu kes beliau tidak diambil sebarang tindakan dan mungkin juga beliau akan dianugerahkan hadiah jawatan pegawai KAGAT.

Kalaulah benar perkara ini berlaku maka Menteri Pertahanan kena tahu bahawa pengaruh Jamil Khir masih menguasai KAGAT mengatasi bidang kuasa beliau sendiri sebagai Menteri Pertahanan. Mana Jamil Khir dapat duit untuk bina istananya itu tidak heran bagi anggota Kagat kerana kami tahu tentang hal beliau.

Ada 7 bentuk Vigin wanita menurut KAMUS Arab


Dan dilengkapi juga dengan bagaimana cara Anda memperlakukannya agar mencapai kepuasan maksima.

1. Mutasyahhimah.

Iaitu yang vaginanya dipenuhi lemak.(wanita gemok) wanita sukar ini mendapatkan kenikmatan kecuali dari penis yang panjang sehingga mampu mencapai jarak lebih dalam.

2. Lizqah. 

Iaitu wanita yang vaginanya yang di sekitarnya. Lemak di dalamnya sedikit. Dan daging yang lebih melekat dan tergantung pada bagian atasnya. Perempuan semacam ini menyukai penis yang diameternya lebar.

3. Qa'ra.
 

Ia itu perempuan yang vaginanya cekung karena syahwatnya yang besar dan nafsunya yang melampaui batas. Penis yang paling disukainya adalah yang diameternya lebar dan kepalanya besar agar dapat memenuhi tempat-tempat yang ada di dalam dan mengalirkan nikmat kepadanya.

4. Jaufa.
 

Ia itu perempuan yang sisi-sisi vaginanya berongga dan jarak antara kedua bibir serta sudut-sudutnya jauh. Vagina semacam ini tidak dapat dipenuhi kecuali oleh penis yang panjang dan besar. Biasanya dimiliki oleh perempuan yang tinggi.

5. Mutkhamah. 


Ia itu perempuan yang bagian bawah dan bagian atas vaginanya sama. Syahwatnya kecil dan orgasmenya cepat. Perempuan semacam ini menyukai laki-laki yang goyangannya kuat dan orgasmenya cepat.

6. Syafra'. 


Ia itu perempuan yang daging kedua sisi vaginanya tipis. Perempuan semacam ini menyukai penis yang panjang dan kecil.

7. Munhaniqah. 


Ia itu perempuan yang dinding-dinding vaginanya tebal pada bagian luar dan kurang berisi pada bagian dalam sehingga syahwat tertahan di dalamnya. Perempuan semacam ini menyukai penis yang besar dan diameternya lebar, urat-uratnya keras dan kepalanya sangat besar

Cabaran ku - Dato Samad Said


Ayuh Anak Muda Sekalian Sahutlah Cabaran ku - Dato Samad Said


Datuk A. Samad Said, yang dilihat
sebagai ‘ikon baru politik’ negara
menegaskan, sudah tiba masa
golongan muda melakukan
“perubahan rejim” selepas 
54 tahun negara ditadbir 
oleh Barisan Nasional (BN). 
Sasterawan Negara ini menjadi 
perhatian di sebalik
perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Bercakap pada pelancaran kempen 
Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), 
Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan 
golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), 
kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,”
 katanya.

“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya 
sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan 
anak-anak muda,” katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.

Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu,
Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih
“golongan bangsawan” untuk memerintah negara.

Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri
dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari
kalangan bangsawan, Tun Abdul Rahman (Al-Haj), Tun Hussein (Onn)
dan Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... (Tun Dr) Mahathir Mohamad
selepas Tun juga bangsawan, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekaran
juga sama (Datuk Seri Najib Razak), semua bangsawan, bila pemimpin daripada rakyat
akan berada di situ?

“Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda
perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda
perlu berani bertindak dan menggerakkan ‘regimr change’ ini,” katanya

.

Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar
pandangan bersifat “membangkang”daripada “sokongan.”

“Saya gemar mendengar daripada mereka
yang ‘oppose’, saya langsung tidak gemar
mendengar mereka yang sokong.

“Sokong itu maksudnya sokong kerajaan,”
katanya.

Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan
Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata
selagi “golongan bangsawan berada di atas,
sampai bila-bila saya rasa mereka tidak
akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat.”

Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan
 untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya
umum ke-13.

Pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di ibu negara,
ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut
transformasi pilihan raya.