SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 21 September 2011

Apa Terjadi Dengan KITA ???


Bagai manakah ingin menjadi satu parti pembangkang yang kuat dan disegani. kalau baru berusia setahun jagong sudah berantakan !! tak mampu bersatu dalam satu parti? Kalau dulu Datuk Presiden keluar parti Um no kerana ada perkara yang membuat hati tidak sesuai dengan perjuangan parti.

Sesudah itu masuk pula parti Keadilan Rakyat tidak lama sesudah itu presiden telah  mengeluar dirinya sendiri dari PKR kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan perti tersebut yang kononnya hanya memperjuangkan individu sahaja.

Sekarang macamana pula? belum sempat mengadakan mesyuarat agung pertama pun KITA sudah bergolak dah berlaku pecat memecat.......tak puas hati lagi ???

Oleh kerana parti KITA ini adalah parti ciptaan sendiri maka tak perlulah keluar parti jadi orang lain lah yang kene keluar parti ...... (begitu barangkali maunya )

Kalau semua orang disekeliling kita tidak ada yang betul, itu masalah namanya, sebenarnya kita yang perlu bertanya pada diri sendiri (muhasabah) diri dimana silapnya.

Ingatlah bahawa setiap kali menuding jari hanya satu jari sahaja yang menunjuk kehadapan tapi tiga jari lagi menunjuk kearah kita. Jangan kita suka menilai orang lain tapi sebaliknya nilailah diri kita sendiri kerana disitu ada jawapan siapa diri kita sebenarnya......

Layakkah kita menjadi seorang pemimpin dan memimpin satu organisasi yang besar, sedangkan kita sering sahaja kecundang dengan kehendak nafsu diri sendiri....(cuma kita malu nak megakuinya)

Wahai orang melayu dan  ahli-ahli KITA fikirkan lah kemanakah hala tuju KITA yang sebenarnhya ingin di bawa oleh Datuk Presiden ?

Ingin menjadi sebagai komponan / bergabung dngan B ENd semula ? itukah matlamat presiden??? kalau itu misi nya "Perjuangan" anda hanya membuang masa dan siasia.

Aku baca dari sumber dibawah ni.

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan “tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan” Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.
Tindakan memecat tiga anggota CWC — setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher — dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam satu e-mel kepada Bernama hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.
"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.
"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti,” katanya. - Bernama

1 ulasan: