SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 13 Mac 2016

Apa Nak jadi Dengan PAS Sekarang ?

Pakatan baharu PAS matangkan politik negara, kata Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan PAS untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.

Zahid yang juga naib presiden Umno, berkata langkah sedemikian akan lebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.

"Ini juga mampu menjadikan politik tanah air lebih baik, lebih demokratik dan banyak pilihan," katanya ketika berucap pada majlis amanah khas Ketua Umno Bahagian kepada kepimpinan Umno Cawangan 4 Peringkat Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang hari ini.


Zahid mengulas pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis mengenai keputusan parti itu untuk bergerak sebagai sebuah lagi parti politik selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun perkara itu hanya akan diumumkan pada Rabu ini.

Zahid menarik perhatian apabila berkata keputusan PAS itu jelas menunjukkan bahawa parti itu menjadi kuda tunggangan DAP selama ia berada dalam pakatan pembangkang.

"Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara.

"Saya tidak berhasrat untuk masuk campur, tapi perkembangan baharu ini memberikan kesedaran apa yang berlaku adalah hidayah daripada Allah," katanya.

Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh itu berkata perpaduan yang jitu dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi merupakan satu daripada "resepi" utama untuk memastikan parti keramat orang Melayu tersebut terus kukuh.

Ahli Umno di semua peringkat juga perlu sentiasa bekerja kuat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran selain perlu mengatur strategi untuk memenangi hati serta pemikiran rakyat, katanya.

"Saya harap kita tidak hanya melihat kepada politik di luar, tetapi apa yang penting asas kita adalah politik dalaman," katanya. – Bernama,

ULASAN GB

Bergembiralah kamu wahai PAS yang mana langkah kamu untuk menubuhkan parti baharu telah mendapat pujian melambung dari pemimpin UMNO.

UMNO seperti memperolehi nafas baharu dengan langkah PAS itu. Kerana dengan tertubuhnya sebuah pakatan baharu akan memecah-belahkan pembangkang dan hasrat rakyat untuk menumbangkan UMNO BN.

Pemimpin kanan di dalam PAS seperti TITM dan Idris Ahmad tidak payahlah hendak menafikan kononnya UMNO masih tetap musuh PAS.

Teringat kata-kata Allahyarham Ustaz Fadzil Noor: "Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena..."

Sekarang semua agen UMNO menyokong PAS termasuklah media massa perdana bercetak dan eletronik. TAHNIAH PAS kerana sudah menjadi sahabat karib UMNO.

Selepas ini jalankan sahaja tugasmu sebagai penasihat. Tak payah susah-susah bertanding di dalam pilihanraya lagi. 

1 ulasan:

  1. Selamat Malam Admin :)
    Permisi ya..

    SmsQQ.com
    TO 0.3% Yang Akan Dibagikan Setiap Harinya
    Refferal 20 % Yang Berlaku Untuk Seumur Hidup Anda

    Pendaftaran Gratis & Mudah

    BBM :2AD05265
    WA:123456789
    Skype:smsqqcom@gmail.com

    BalasPadam