SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 31 Julai 2011

Carilah Pintu Rayyan

Wajib Puasa Ramadhan "Firman Allah", 


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."(al-Baqarah: 183)


Pintu Rayyan Itu Khusus Untuk Orang-Orang yang Berpuasa
  
Sahl r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat (lapan pintu. Di sana 4/88) ada pintu yang disebut Rayyan, yang besok pada hari kiamat akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa sahaja. Tidak seorang selain mereka "orang yang berpuasa" yang masuk lalu pintu itu. 

Dikatakan, 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Lalu mereka berdiri, tidak ada seorang lain pun selain mereka yang masuk darinya. Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu ditutup. Sehingga, tidak ada seorang pun yang masuk salain darinya."

Mudah-mudahan kita diberi kesihatan oleh Allah agar kita dapat melaksanakan ibadah "puasa" dan puaasa kita itu diterima Allah dan m embolehkan kita masuk syurga melalui pintu yang disebut Rayyan.




Jauhi Dari Diri Dari Kurma Jenama "Jordan River" Kerana Itu Kurma Dari Israi Laknatullahl

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Sempena Ramadhan ini juga che'GuBard dan SAMM sekali lagi memperbaharui desakan untuk Malaysia menghentikan segala bentuk hubungan dengan negara haram Israel.

Dalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Selanjutnya

Wajib Baca Dah Baca Fikirkan Lepas Fikir Buat Keputusan Lepas Dapat keputusan Terjemahkan Dalam PRU 13

Semasa rakyat mencari kebenaran, Najib tetap angkuh tidak mahu mengaku salah dan mengaku kalah. Perlukah Najib mengkui kesilapannya ? Baca ini

Two In One "Cuci Kereta Dan Cuci Mata"


Ini bukan sahaja nak cuci kereta, terus cuci mata ni
Di syurkan kepada muslimin semua datang lah seselalu kemari untuk
Mencuci kereta sambil mencuci mata
Sekali gus menambah dosa diri sendiri,dosa tauke
Juga menghantar gadis itu keneraka

Sesuai dengan kedatangan Ramadhan 
Seselalulah mencuci kerta disitu 
Supaya dapat lapar sahaja

200,000 DVD Bersih Akan Diedarkan Ke Kampong-Kampong Sebagai Buanh Tangan Untuk Orang Kampong Sempena Hari Raya Nanti



Gambar hiasan
DVD yang belum di burn

Untuk menepis segala tohmahan dan fitnah polis yang mengatakan tiada keganasan polis semasa Perhimpunan aman "Bersih" pada 9/Julai yang lalu.Sebanyak 200,000 keping DVD akan di edarkan kepada orang ramai terutamanya orang kampong sebagai mengimbangi berita yang disiarkan oleh pehak polis melalui TV.

Didalam DVD tersebut akan diceritakan bagaimana kah kekejaman polis terhadap orang ramai peserta perhimpunan Bersih tempoh hari.

Lapuran selanjutnya http://greenboc.blogspot.com/2011/07/pas-akan-tayang-dan-edarkan-200000-dvd.html

Sabtu, 30 Julai 2011

DUA Pendakatan Kegunaan Ferari Dengan Lori

Majlis memperkenalkan kereta Ferari
Sesuai dengan model nya
Mana satu yang cantik kereta atau model ?




                                                        Majlis memperkenalkan Lori Pic up



Sesuai tak kenderaan dengan modelnya?


Layanan Imigration Department Dalam Program Pendaftarab "BIOMATRIK"

Semalan aku tiba di Imigration Department jam 7 pagi. Mulai dari saat itu akupun berbarislah untuk mendapatkan nombor giliran. Sepertimana yang kita ketahui sekarang ini Kerajaan 1 Malaysia sedang menjalankan program pendaftaran BIOMATRIK untuk semua pekerja asing yang sedang bekerja secara sah di negara kita. 

Apa yang menyebabkan kami semua rasa tak puas hati adalah sistem yang diperkenalkan untuk menghadapi kebanjiran majikan atau wakil majikan yang datang berduyun-duyun untuk mendaftarkan pekerja asing syarikat mereka. Kami terpaksa beratur daripada seawal jam 5 pagi hingga lewat petang untuk mendapatkan satu nombor giliran sahaja. Apa yang kami dapat dari kesabaran menunggu.. Kami dilayan seperti pekerja asing. Ada diantara kami menerima layanan sangat buruk. Dimaki hamun macam kami pendatang tanpa izin (PATI) pulak. Masalahnya kenapa nak buat satu-satu program tanpa memikirkan secara mendalam dan teliti. Siapkan dulu langkah-langkah dan peralatan yang secukupnya baru lah buat. Tujuan boleh dikatakan baik jugak, tapi ....???.

Kaji dulu dari semua aspek, apa akan jadi kalau semua majikan diberikan masa 2 minggu untuk  mendaftarkan 1.8juta pekerja asing sah? Adakah Imigration sendiri cukup  bersedia , cukup kah pegawai dan peralatan. Cukupkah taklimat yang disampaikan kepada pegawai-pegawai tentang apa perlu dibuat sekiranya berhadapan dengan situasi di luar jangkaan? Cukupkah latihan diberikan kepada pegawai-pegawai? Cukupkah  bekalan mental dan fizikal pegawai-pegawai ..?

 Banyak soalan perlu dikaji, faktor masa, tenaga  dan peralatan. Kata sanggup kerja 24 jam untuk menhabiskan 1.8 juta orang PA dalam masa 2 minggu. Tapi mana cakap-cakap yang dinyatakan tanpa berfikir panjang dulu. Mana 24 jamnya. Kalau kami majikanpun sanggup untuk turun padang 24 jam, kenapa pegawai-pegawai dan pihak kerajaan tidak sanggup?.

Berbalik pada cerita semalam, dari awal pagi saya dah beratur yang tak tahu hujung pangkalnya. Semua bercampur. Majkan dan pekerja berbaris dalam satu line. Tidak ada seorangpun pegawai yang datang untuk memberitahu kami di mana dan bagaimana kami harus beratur. Ada diantara kami yang tersilap barisan beratur, kerana di sana kami disediakan 2 barisan iaitu barisan express (di bawah 10 orag PA) dan barisan melebihi 11 orang pekerja. Di mana letaknya arahan-arahan untuk dijadikan panduan kepada kami... Semua tiada diterangkan.

Yang paling menyakitkan hati bila ada mahluk-mahluk yang tak reti budi bahasa dan tak ada perasaan bersalah dan perikemanusiaan tiba-tiba datang dengan muka selengga masuk ditenggah-tenggah barisan. Tak peduli orang komplen, dengan muka sepuluh sennya selamba berbaris dihadapan kami yang dah datang awal.. Macam ni punya orang pun ada lagi di 1Malaysia nie ye... Tak ada hati perut, tak ada kemaluan kot.. yang peliknya orang tu perempuan. Macam ayu sangat rasanya kot...

Ok lah dari jam 7am kami mula beratur, sehingga jam 9pm  tiada seorangpun pegawai yang kelihatan untuk memulakan tugas. Dengan penuh tanda tanya dan persoalan dibenak kami.. tiada seorang pun pegawai memaklumkan kepada kami kenapa dan bila nak dimulakan. Akhirnya kuanter dibuka jam lebih-kurang 9:30am. Tunggu punya tunggu, akhirnya kami dapat nombor giliran pada jam 6ptg. Bayangkan macamana rasanya berdiri ledih dari 9 jam. Tak rasa patah pinggang?. Cuba mereka yang berdiri ditempat kami.. apa dia rasa? 

Bila semua orang dah mula rasa panas dek bahang menunggu dan sememangnya panas berjemur ditanggah panas (atas bumbung PKNS), adalah pulak pegawai yang terlatih ni memaki hamun kami-kami dengan kata-kata yang sungguh manis didengar sehingga kalau ada anak-anak berada disana pasti mereka sendiri merasa malu. Beginikah sikap seorang pegawai kerajaan yang dididik dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?. Biadab dan kurang ajar? Nak salahkan siapa?... Ke mana hilangnya Adab orang melayu yang terkenal dengan budi bahasa adab kesopanan. Sungguh memalukan orang melayu yang lain.

Diharap kerajaan dapat mengkaji dan memikirkan sedalam-dalamnya apa-apa kelebihan dan kekurangan dipihak kerajaan sebelum satu -satu tindakan dilaksanakan. Kerajaan juga harus berlaku adil kepada semua rakyat agar perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku tidak terjadi kepada semua rakyat sepertimana yang telah berlaku ke atas majikan-majikan prihatin dalam memberi kerjasama ke atas dasar kerajaan.

** Gambar yang disertakan tidak mengambarkan keadaan sebenar semalam. Gambar tersebut diambil pada hari pertama saya mendaftarkan FW pada minggu lepas.

Tempat Parkir Kereta Tercanggih Di Dunia Di Malaysia Bila Nakbuat ?

Aku petik

The Autostadt di Jerman berdekatan Dengan kilang Volkswagen di Wolfsburg, Jerman, dengan fokus utama pada kereta. Fitur sebuah museum, fitur paviliun untuk merek mobil utama di Grup Volkswagen, pusatpelanggan Jerman di mana pelanggan dapat mengambil mobil baru, dan mengambiltur melalui pabrik besar, panduan untuk evolusi jalan, dan bioskop di sebuah tabungbesar. The Autostadt juga termasuk kedalam tempat penyimpanan dengan pintu kacaterbesar di dunia . (agak susah unyk aku faham)

































Cangih kan tempat menyimpan kereta ni
DiMalaysia belum ada lagi projek camni
Tak ada yang berminat ke nak buat camni
KL dah sesak sangat dah tak ada tempat untuk pakir 
Yang ada pun kereta berhujan berpanas 
Bayar mahal tapi kereta kena berak gagak 
Itu lah panorama KL

Paul Mason, 48, dipercayai lelaki paling gemuk di dunia dengan berat 444.52 (kg)

IPSWICH, England - Doktor-doktor Britain kini berusaha untuk menyelamatkan Paul Mason, 48, yang dipercayai lelaki paling gemuk di dunia dengan berat 444.52 kilogram (kg)


URIBE pernah dinobat lelaki paling gemuk di dunia.



Lelaki itu dipercayai ketagih makanan yang menyebabkan dia mampu makan sehingga 20,000 kalori pada setiap hari berbanding orang dewasa normal iaitu 2,500 kalori sehari.
Pada 2007, berat badan Mason pernah mencapai 393 kilogram sebelum merosot kepada 285 kilogram tetapi kemudian bertambah sebanyak 158 kilogram.
Rekod manusia paling gemuk sebelum ini dipegang seorang lelaki dari Amerika Syarikat, John Minnoch, dengan berat 647 kilogram dan meninggal dunia pada 1983.
Seorang rakyat Mexico, Manuel Uribe pernah mendapat gelaran lelaki paling gemuk apabila beratnya mencecah 596 kilogram tetapi dia kemudian berjaya menurunkan sebanyak 181 kilogram pada 2007 lalu.


Jumaat, 29 Julai 2011

10 Wasiat Imam Syafie r.a ( Diharapkan siapa yang membacanya akan dapat menefaatnya)

10 WASIAT IMAM SYAFIE R.A

1 – 10

1. Belajar dan Mengajarkan Ilmu:
“Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, terutama yang menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.” – Imam Syafie r.a.
Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah . Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas.

2. Mengutamakan rezeki dan makanan yang Halal
“Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.” – Imam Syafie r.a.
Dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, Nabi s.a.w bersabda “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

3. Memperbanyakkan 5 Perkara “
a.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut nama makhluk.
b.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
c.Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
d.Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga.
e.Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.” – Imam Syafie r.a .

Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan 5 kesempatan sebelum tiba 5 bencana iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup
sebelum mati.

4. Sabar dengan Musibah, Syukur dengan Nikmat
“Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibah, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih saying Allah . Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.” – Imam Syafie r.a.

Musibah dan nikmat adalah cubaan daripada Allah supaya manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah . Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutama dalam menghadapi susah, musibah, bala, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

5. Menziarahi Orang Sakit
“Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah .”
– Imam Syafie r.a. Barang siapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah , maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.

6. Hindari Perasaan Marah
“Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu,hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.” – Imam Syafie r.a. Apabila marah diperturutkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tersisa kecuali barah dan debu.

7. Mengasihani Anak Yatim
“Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat.” – Imam Syafie r.a. Membiarkan anak yatim bererti kita mengkhianati agama dan menghina mereka. Ini bererti kita turut membenci Nabi Muhammad yang juga anak yatim piatu. Bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan .

8. Berbakti kepada Ibu Bapa
“Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.” – Imam Syafie r.a. Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa-dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang dinyatakan oleh Bukhari, “Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan Allah , membunuh manusia, derhaka kepada dua ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

9. Amal Soleh sebagai Perisai “Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.” – Imam Syafie r.a . Semua amalan itu bukan untuk Allah , tetapi untuk keuntungan pengamalnya sendiri. Ingatlah Allah tidak sesekali memerlukan kita dan amal soleh kita . Sebaliknya, kitalah yang memerlukannya.

10. Takwa Membuahkan Insan Berjaya dan Cemerlang “Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan.” – Imam  Syafie r.a.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi,
“Bertakwalah kamu di mana saja kamu berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan taubat dan
amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.”

Memang sudah menjadi kebiasaan pada pemimpin UBN

Begitu lah cara orang UBN yan g sentiasa tidak menghormati orang lain, apakah mereka tidak pernah terfikir adap-adap bertandang kerumah orang ? Dasar melayu tak beradat.

Sentiasa mengharapkan sanjungan dan pujian sahaja dan ampu-ampuan dari pengampu-pengampu, Mereka yang tidak pernah menghormati orang lain hanya mengharapkan orang menghormati mereka (dasar hidung tinggi) hidup sentiasa bongkak.

Cuba kita lihat berapa hormatnya MB Kedah kepada mereka biarpun MB Kedah sendiri tahu mereka-mereka itu tidak akan pernah menghormati dia,tapi dia tetap dia menghormatinya,begitu lah cara kepimpinan islam lihat sini http://warkahdaily.blogspot.com/2011/07/mb-rakyat-kedah-sambut-perdana-menteri.html

Tempoh 24 jam di berikan kepaqda polis untuk mohon maaf

Aku petik
"KUALA LUMPUR, 29 Julai: Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar.

"Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.

Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.

Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya.

Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang."

Terbukti Rokok Tidak Membahayakan Kesihatan


Gambar hiasan 
Bahan-bahan kandungan rokok

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki
oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak
berbahaya.
 Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan
mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu
nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan
(aksperimen).


Buktinya seperti cerita di bawah ini, 
dia (perokok tegar) tetap sehat walafiat. 
Untuk lebih jelas dapat dibuktikan melalui penemuan-penemuan
 oleh beberapa ahli penyelidik di bawah ini:
Pada zaman dahulu kala
 Tiga orang doktor mereka selalu bersama kemana saja
  Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.


A. Dr Jon Sumawan (suka perempuan)
B. Dr Jon Walker (suka minuman keras)
C. Dr Jon Kretek (suka merokok) ..


Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan.
 Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah kettle/kendi (seperti cerita Aladin)
 Lalu salah seorang mengambilnya dan menggosok-gosok kettle tersebut
 Sejurus kemudian asap keluar dari corong kettle dan secara perlahan bertukar
menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni tubuh jin yang ganas.

Gambar hiasan

Jin tersebut terus ketawa  'Ha ha ha... dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!!'
Karena kamu telah membebaskan aku dari kettle itu maka aku akan tunaikan apa
saja permintaan kamu semua. Ketiga sahabat Dr yang pada mulanya panik dan
takut menjadi gembira lalu terdiam sejenak sambil berpikir tentang permintaan dan
kehendak masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup
mereka. 

Lalu mereka menyatakan permintaan yang mereka pilih
 mengikuti kehendak masing-masing.


Berkatalah Dr A, 'Aku minta  perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di
seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun.


Boleh!!!.. haa..haa ........!! dengan sekelip mata jin menyempurnakan permintaan dr A.
Nah ambil yang kau mau!!!!!

Gambar hiasan
Muscle woman

Berkata  Dr B,  'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'


Lulus..haa...haa..haa..... !! cuma sekelip mata jin telah menyempurnakan permintaan si B.
Ini yang kau mau

Gamabar hiasan
Bir (air kencing jin) dalam botol

Berkata pula Dr C, 'Berikan aku semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
aku selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'


Haa!! haaa!!! yang ini kau maksudkan ? ambillah haaa..haa.

Gambar hiasan
antara jenis-jenis rokok yang ada dipasaran

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu
gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua A, ketika dibuka maka keluarlah
dr A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak boleh karena tidak
larat untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu
 syahwatnya dengan perempuan-perempuan muda

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua dr B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah dr B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari
minum mabuk-mabukan Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba dr B pun mati juga !!

Setelah itu jin pergi ke gua dr C dan membuka pintu gua.
 Tiba-tiba dr C keluar dalam keadaan sehat walafiat
 dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin

Sambil berteriak 


JIN BODOHHHH...!!!! MANA MANCISNYA MANAAAA ...???!!!


Jelas terbukti bahawa
 'Rokok Tidak akan berbahaya, selagi tidak ada mancis'


Majunya Felda Tapi Bagaiman Dengan Masyaraakatnya????

Pengasas Felda

Semua orang tahu felda diasas kan oleh marhum mantan PM ke 2
 Almarhum Tun Hj Abd Razak 

Menara 50 tingkat Ibu Pejabat  Felda


Apakah selepas 30 tahun penubuhannya felda benar-benar maju
dan berjaya mencapai ojektif  untuk meningkatkan ekonomi melayu?


Rumah peneroka Felda

Inikah yang dikatakan orang melayu "peneroka" Felda
Telah berjaya mencapai kemajuan setelah 30 tahun penubuihan

Tansri Isa Samad
Pengerusi Felda

Apakah perubahan yang telah di bawa oleh Pengerusi ini
akan selamatkah peneroka dan kah pendapatan mereka "Peneroka"
Adakah Felda dibawah jagaan pengerusi ini akan dapat membahagiakan
peneroka -peneroka semua?
Jika ia kenapa  http://gayapeneroka.blogspot.com/2011/07/pentadbiran-felda-menjalankan-ugutan.html

 Gambar hiasan
Sedang memikut buah sawet

Berapa susahnya peneroka ini bekerja untuk
Mendapatkan sesuap nasi untuk diberikan kepada anak -anak.

Gambar hiasan
Menoreh getah

Wajah pemusnah harapan rakyat dan peserta (penerok) Felda
Pinjam duit 6 bilion kepada KWSP.

Khamis, 28 Julai 2011

Apakah Perjuangan UMNO Sebenarnya Menentang Kemungkaran Atau DAP ?

Ust Ridhuan Tee

Setelah UMNO merasakan mereka berjaya membina persepsi orang Melayu bahawa DAP adalah anti Melayu dan Islam, maka DAP dijadikan hantu  untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Bagi UMNO, apa saja yang datang dari DAP semua jahat belaka dan mesti dilawan habis-habisan.

Penulis ketawa sendirian apabila membaca sebuah laman blog‘Kedah La’ yang sinis membidas sikap UMNO, berikut antara petikannya: 

UMNO marah tindakan PAS (isu benar pusat hiburan buka untuk Non Muslim dan dilarang untuk Muslim), bukan kerana langkah tersebut tidak betul tapi kerana di antara yang tidak bersetuju arahan awal (tutup terus untuk semua di bulan Ramadhan) ialah DAP.

Kita lihat di Melaka, DAP membantah pusat hiburan dibuka selepas pukul 12 malam maka sebagai menyanggah bantahan DAP kerajaan BN melanjutkan sehingga pukul 3.00 pagi. Jadi bukan persoalan sesuatu isu itu baik untuk rakyat atau tidak; yang penting bagi UMNO ialah menyanggah apa saja pendirian DAP.

Cuba bayangkan kalau selepas ini DAP keluar kenyataan Wahai orang UMNO, jangan makan najis..' aku yakin kat Malaysia ni tak perlu buat logi pembentung najis lagi.. orang UMNO akan selesaikan

Penulis menghuraikan isu pusat hiburan di Kedah pada keluaran sebelum ini, menjelaskan segala kekeliruan. Banyak persoalan yang diajukan kepada UMNO tidak mampu dijawab, antaranya mengapa selepas BN mewartakan enakmen pada 12 Februari 1998 sehingga tumbang kerajaan pada 8 Mac 2008, tidak ada satu hari pun dalam bulan Ramadhan BN mampu laksanakan. Jawapan tidak diterima tiba-tiba serangan terhadap kerajaan negeri yang datang. Namun serangannya hanya bertumpu pada satu isu saja, PAS ikut telunjuk DAP, kerana itu saja ratib yang mampu dibuat setelah UMNO diasak ke dinding.

Antara yang mengkritik ialah bekas Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid yang sekian lama hilang dari radar politik Malaysia.Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak, ujar Sanusi senada macam pemfitnah yang lain menjadikan DAP sebagai penyebab. Walhal yang paling kuat menentang enakmen tersebut dikenakan terhadap non Muslim ialah MCA dan gerakan. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Ken Liang ugut akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri.

Sanusi sewaktu jadi Menteri Besar adalah juga ADUN Kuah yang di dalam kawasannya terdapat bermacam-macam jenis pusat hiburan dan jualan arak secara terbuka. Antara kandungan Enakmen Pusat-pusat Hiburan yang dirapikan pada 1997 ialah tidak membenarkan ia dibuka pada malam Jumaat. Ia berjaya dilaksanakan di seluruh negeri sehingga kini, kecuali Langkawi yang tidak mampu dilaksanakan sejak Sanusi mula menjadi ADUN Kuah sehingga kini. Dia hanya pandai cakap berdegar-degar mengkritik kerajaan negeri setelah hilang kuasa.

Sanusi bercakap mengenai keperluan PAS memberi kursus kepada DAP berhubung perlunya menutup pusat hiburan tetapi seorang bekas Exco di zaman Sanusi yang memegang potfolio agama, kini adalah pengusaha pusat hiburan di zaman PAS menerajui kerajaan. Mungkin Sanusi terlepas pandang untuk mentarbiyahnya dulu.

Seorang lagi pengkritik sepenuh masa PAS yang sentiasa menunggu peluang untuk berpencak membelasah PAS ialah bekas rakan serumah saya dan rakan separti di UKM dulu, Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Baginya hiburan yang melampau adalah ditegah oleh semua agama. Memang betul, tapi apakah hiburan melampau yang diberi lesen di Kedah? Jika hiburan melampau (termasuk arak, judi dan zina yang terdapat dalam premis hiburan) itu dibolehkan, selepas ini suruh anak kita berhibur puas-puas hingga ke pagi,kata Ridhuan.

Hiburan yang disenaraikan di bawah enakmen pusat hiburan di Kedah ialah karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko dan pub. Arak, judi dan zina tidak tersenarai di bawah enakmen pusat hiburan yang diberi lessen. Ridhuan sudah merapu. 

Soalnya apakah bagi masyarakat bukan Muslim mereka boleh menerima dengan mudah segala yang tersenarai di atas sebagai satu kesalahan besar misalnya bukan Muslim tidak boleh memasuki premis karaoke, sarkas, pancaragam dan wayang gambar; walhal hiburan seperti itu telah masuk ke setiap rumah orang Islam sendiripun (melalui peti tv) tanpa sebarang peraturan menghalangnya. Mengapa Kementerian Penerangan di bawah kekuasaan UMNO pusat tidak menghalang terus hiburan dalam tv sepanjang Ramadhan?

Ridhuan mengaitkan penarikan balik larangan hiburan untuk bukan Muslim sebagai talam dua muka. Bagaimana pula dengan tiada larangan langsung untuk Muslim (sekalipun) pergi berkunjung ke pusat hiburan di bulan Ramadhan di semua negeri yang dikuasai UMNO/BN? Yang ini berapa muka pula talam mereka?


Di saat UMNO dan seluruh media talibarut mereka mengecam PAS Kedah kerana menarik balik larangan pusat hiburan untuk bukan Muslim, tiba-tiba MCA di Kelantan menyaman kerajaan negeri kerana mengharamkan judi. Nah, apa sudah jadi, bukan DAP yang mempertahankan mungkar tetapi parti komponen BN! Mengapa UMNO tidak bantah tindakan biadap abang kandung kesayangan mereka itu? Di Kedah, UMNO kutuk PAS kerana benarkan bukan Muslim berkaraoke tapi di Kelantan mereka tersengih-sengih macam kambing jantan bila lihat MCA bantah kerajaan PAS larang rakyatnya berjudi. Ridhuan tentu boleh jawab, jenis ini talam berapa muka?


Cuba UMNO tenangkan fikiran dan mencari halatuju dalam tindakan; mereka sebenarnya menentang kemungkaran atau menentang DAP? 


(Ehsan Nota Utara, Harakah)

Whabi : Dr Uthman Sedia Bersemuka Dengan Dr Juanda Mufti Perlis

Dr Muhammad Uthman  el Muhammady
Pendakwah bebas

KUALA LUMPUR, 28 Julai[MI] — Pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady sedia menerima pelawaan berdialog Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mengenai isu Wahabi dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar berhubung perkara yang menjadi polemik sekarang.

“Saya sanggup hadir jika (dialog yang disyorkan) jika diadakan dengan penuh disiplin, beretika dengan disertai oleh pakar-pakar dan secara tertutup... jika tidak, saya mahu menjauhkan diri (daripada dialog),” kata Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider hari ini.Sambil menegaskan beliau tidak mahu isu berkenaan disensasikan supaya kepentingan negara tidak terjejas, Uthman memberitahu, hanya selepas adanya hasil perbincangan, baru keputusan yang dipersetujui perlu disebarkan kepada umum.

“Objektif pertemuan ialah ia mesti membawa kepada bahan perbincangan yang membawa hasil, benar-benar berdisiplin atas semangat persaudaraan,” kata beliau sambil menjelaskan, pertemuan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Isnin lalu bersifat tertutup dan maklumatnya tidak wajar diumumkan kepada publik.
“Saya sudah berumur, sudah (lebih) 60 tahun... saya tidak mahu bertengkar dengan sesiapa. Perbincangan seharusnya diadakan dengan penyertaan pakar dan secara tertutup, saya harap begitu,” kata beliau yang berusia 68 tahun ini.

Uthman diminta mengulas laporan The Malaysian Insider pagi tadi memetik Juanda yang mempelawa Tokoh Maal Hijrah itu agar berdialog mengenai polemik Wahabi dengan mempelawanya bertandang ke Perlis semasa Ramadan bagi menjernihkan isu “kesesatan Saudi.”


Dr Juanda Jaya
Mufti Negeri Perlis

Juanda berkata Jabatan Mufti Perlis akan menghantar surat hari ini mempelawa Uthman, yang dijemput memberi taklimat pada satu mesyuarat MKN Isnin lalu, agar memberikan penjelasan mengenai isu tersebut khususnya kepada warga Perlis.

“Sebenarnya kami hendak menjemput beliau datang secepat mungkin, tetapi oleh kerana kita sudah menghampiri bulan Ramadan, jadi lebih elok dialog diadakan ketika bulan puasa.“Lagipun bulan Ramadan adalah bulan yang mulia, kita boleh membincangkan isu ini dalam suasana jernih dan terbuka mengenai apa yang beliau (Uthman) mendakwa sebagai wujudnya kesesatan Saudi (dalam isu Wahabi),” kata beliau.

Juanda menegaskan, apa yang didakwa diperkatakan oleh Uthman kononnya wujud “kesesatan” berkenaan isu fahaman Wahabi adalah tidak betul.“Apabila kenyataan beliau mengaitkan dengan Arab Saudi, ia menimbulkan kekeliruan, sebab ramai rakyat negara ini pergi ke Saudi dan bersolat di masjid-masjid di negara itu,” katanya.
“Malah kita juga menjemput imam-imam dari Arab Saudi datang ke negara, jadi apabila isu ini dibangkitkan, ia menjadi satu isu... jadi saya berharap beliau dapat datang ke Perlis dan menjelaskan kepada kami tentang isu sebenarnya,” kata Juanda lagi.

Uthman telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai isu Wahabi pada sesi anjuran MKN di Putrajaya, Isnin lalu.