SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 30 Julai 2011

Layanan Imigration Department Dalam Program Pendaftarab "BIOMATRIK"

Semalan aku tiba di Imigration Department jam 7 pagi. Mulai dari saat itu akupun berbarislah untuk mendapatkan nombor giliran. Sepertimana yang kita ketahui sekarang ini Kerajaan 1 Malaysia sedang menjalankan program pendaftaran BIOMATRIK untuk semua pekerja asing yang sedang bekerja secara sah di negara kita. 

Apa yang menyebabkan kami semua rasa tak puas hati adalah sistem yang diperkenalkan untuk menghadapi kebanjiran majikan atau wakil majikan yang datang berduyun-duyun untuk mendaftarkan pekerja asing syarikat mereka. Kami terpaksa beratur daripada seawal jam 5 pagi hingga lewat petang untuk mendapatkan satu nombor giliran sahaja. Apa yang kami dapat dari kesabaran menunggu.. Kami dilayan seperti pekerja asing. Ada diantara kami menerima layanan sangat buruk. Dimaki hamun macam kami pendatang tanpa izin (PATI) pulak. Masalahnya kenapa nak buat satu-satu program tanpa memikirkan secara mendalam dan teliti. Siapkan dulu langkah-langkah dan peralatan yang secukupnya baru lah buat. Tujuan boleh dikatakan baik jugak, tapi ....???.

Kaji dulu dari semua aspek, apa akan jadi kalau semua majikan diberikan masa 2 minggu untuk  mendaftarkan 1.8juta pekerja asing sah? Adakah Imigration sendiri cukup  bersedia , cukup kah pegawai dan peralatan. Cukupkah taklimat yang disampaikan kepada pegawai-pegawai tentang apa perlu dibuat sekiranya berhadapan dengan situasi di luar jangkaan? Cukupkah latihan diberikan kepada pegawai-pegawai? Cukupkah  bekalan mental dan fizikal pegawai-pegawai ..?

 Banyak soalan perlu dikaji, faktor masa, tenaga  dan peralatan. Kata sanggup kerja 24 jam untuk menhabiskan 1.8 juta orang PA dalam masa 2 minggu. Tapi mana cakap-cakap yang dinyatakan tanpa berfikir panjang dulu. Mana 24 jamnya. Kalau kami majikanpun sanggup untuk turun padang 24 jam, kenapa pegawai-pegawai dan pihak kerajaan tidak sanggup?.

Berbalik pada cerita semalam, dari awal pagi saya dah beratur yang tak tahu hujung pangkalnya. Semua bercampur. Majkan dan pekerja berbaris dalam satu line. Tidak ada seorangpun pegawai yang datang untuk memberitahu kami di mana dan bagaimana kami harus beratur. Ada diantara kami yang tersilap barisan beratur, kerana di sana kami disediakan 2 barisan iaitu barisan express (di bawah 10 orag PA) dan barisan melebihi 11 orang pekerja. Di mana letaknya arahan-arahan untuk dijadikan panduan kepada kami... Semua tiada diterangkan.

Yang paling menyakitkan hati bila ada mahluk-mahluk yang tak reti budi bahasa dan tak ada perasaan bersalah dan perikemanusiaan tiba-tiba datang dengan muka selengga masuk ditenggah-tenggah barisan. Tak peduli orang komplen, dengan muka sepuluh sennya selamba berbaris dihadapan kami yang dah datang awal.. Macam ni punya orang pun ada lagi di 1Malaysia nie ye... Tak ada hati perut, tak ada kemaluan kot.. yang peliknya orang tu perempuan. Macam ayu sangat rasanya kot...

Ok lah dari jam 7am kami mula beratur, sehingga jam 9pm  tiada seorangpun pegawai yang kelihatan untuk memulakan tugas. Dengan penuh tanda tanya dan persoalan dibenak kami.. tiada seorang pun pegawai memaklumkan kepada kami kenapa dan bila nak dimulakan. Akhirnya kuanter dibuka jam lebih-kurang 9:30am. Tunggu punya tunggu, akhirnya kami dapat nombor giliran pada jam 6ptg. Bayangkan macamana rasanya berdiri ledih dari 9 jam. Tak rasa patah pinggang?. Cuba mereka yang berdiri ditempat kami.. apa dia rasa? 

Bila semua orang dah mula rasa panas dek bahang menunggu dan sememangnya panas berjemur ditanggah panas (atas bumbung PKNS), adalah pulak pegawai yang terlatih ni memaki hamun kami-kami dengan kata-kata yang sungguh manis didengar sehingga kalau ada anak-anak berada disana pasti mereka sendiri merasa malu. Beginikah sikap seorang pegawai kerajaan yang dididik dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?. Biadab dan kurang ajar? Nak salahkan siapa?... Ke mana hilangnya Adab orang melayu yang terkenal dengan budi bahasa adab kesopanan. Sungguh memalukan orang melayu yang lain.

Diharap kerajaan dapat mengkaji dan memikirkan sedalam-dalamnya apa-apa kelebihan dan kekurangan dipihak kerajaan sebelum satu -satu tindakan dilaksanakan. Kerajaan juga harus berlaku adil kepada semua rakyat agar perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku tidak terjadi kepada semua rakyat sepertimana yang telah berlaku ke atas majikan-majikan prihatin dalam memberi kerjasama ke atas dasar kerajaan.

** Gambar yang disertakan tidak mengambarkan keadaan sebenar semalam. Gambar tersebut diambil pada hari pertama saya mendaftarkan FW pada minggu lepas.

1 ulasan: