SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 13 Mac 2016

Hanya Yang Sokong Najib Akan Berkata Deklarasi Rakyat Itu Sia-sia

KOTA BHARU - Parti Amanah Rakyat (Amanah) bertegas, Deklarasi Rakyat yang disertai parti itu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bukan perkara sia-sia sebagaimana anggapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, gerakan dilakukan melibatkan negarawan, pelbagai NGO itu adalah sebagai isyarat jelas kepada pimpinan sekarang bahawa rakyat mahu melakukan perubahan, mengubah masa depan serta menyelamatkan negara.

“Itu pandangan dia. Bagi kami ia tidak sia-sia. Semua negara Asean telah berubah ke arah yang lebih baik dan mereka dulu ketinggalan jauh termasuk Korea dan Thailand, tetapi kini telah berubah. Kita pula masih berada di tahap yang lama.

“Rakyat masih ditakutkan untuk membuat perubahan, bila ada mereka yang ingin buat perubahan kita bersamalah,” katanya.

Terdahulu, beliau menyertai Himpunan Perdana dan Ceramah Wacana Rakyat di Bandar Satelit Kubang Kerian yang turut dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Naib Presiden Amanah, Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Baihaqi Atiqullah.

Mat Sabu berkata, BN diibaratkan seperti kanser yang berada di tahap empat dan baginya, sesiapa sahaja yang cuba untuk membaikinya tidak akan berjaya kerana ia sudah tidak berupaya lagi.

“Melainkan kena ada pertukaran pada pilihan raya nanti. Tidak lebih pada Najib (Perdana Menteri) berhenti dan kita akan terus berusaha supaya rakyat menukar kerajaan,
” katanya.

Menurutnya, program jelajah seluruh negara akan dilaksanakan dalam mencapai misi mengumpulkan tanda tangan rakyat dan hasilnya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sementara itu, mengulas mengenai pakatan baharu yang akan dibentuk oleh Pas untuk menghadapi PRU14, Mat Sabu melihat ia sebagai perkara yang memeriahkan lagi politik tanah air.

“Terlalu awal nak ulas, saya tidak tahu lagi parti mana yang akan bersama. Saya pun macam orang lain juga tunggu dan lihat, tidak ada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Salahudin ketika diminta mengulas mengenai hala tuju dan matlamat Deklarasi Rakyat yang dianggap belum menampakkan keberkesanannya, beliau berkata, walau apa pun yang terjadi, pihaknya tidak akan menggunakan saluran salah dalam menjayakan matlamat deklarasi tersebut.

“Saya tidak nampak gerakan ini akan berhenti. Siapa yang nak jadi perdana menteri kita tidak bincang lagi, tunggu,” katanya. -SH

1 ulasan:

  1. Selamat Malam Admin :)
    Permisi ya..

    SmsQQ.com
    TO 0.3% Yang Akan Dibagikan Setiap Harinya
    Refferal 20 % Yang Berlaku Untuk Seumur Hidup Anda

    Pendaftaran Gratis & Mudah

    BBM :2AD05265
    WA:123456789
    Skype:smsqqcom@gmail.com

    BalasPadam