SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 20 September 2011

Bukit Kepong: Polis P. Pinang ambil keterangan Mat Sabu



20/09/2011 11:04pm

GEORGETOWN 20 Sept. - Polis Pulau Pinang hari ini menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong, sebelum dibebaskan malam ini.
Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata, Mohamad dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.
"Beliau telah bekerjasama dengan pihak polis dan setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang tadi, Mat Sabu telah dibawa ke IPK polis negeri,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat tiba di perkarangan IPK polis negeri kira-kira 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian setelah percakapannya dirakam.
Ayub berkata, terdahulu polis menghubungi Mat Sabu mengenai waran tangkap terhadapnya itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan