SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 25 September 2012

Tersepit Antara Kemudahan Dengan Kesengsaraan



Rakyat terpaksa berhutang selama sembilan tahun untuk mendapatkan sebuah kenderaan peribadi untuk kegunaan dan kemudahan pergerakkan kemana-mana distinasi. Kerana sistem pengangkutan di Malaysia begitu teruk.Sebagai contoh tiada pengankutan awam yang masuk kekawasan taman-taman untuk memudahkan orang ramai keluar masuk bandar, pasar, pergi kerja dan sebagainya.
Mau tak mau orang ramai terpaksa membeli kenderaan sndiri dengan cara berhutang kepada Bank, dengan tempoh bayaran yang panjang. Bank mengaut keuntungan yang besar sedangkan rakyat tersepit antara kemudahan dengan kesangsaraan untuk sekian lama nya.
Ekonomi rakyat tidak dibantu oleh pihak berwajib untuk menaikkan dan menjana supaya rakyat mampu hidup tanpa hutang yang banyak. Hampir setiap rakyat di Malaysia menangung hutang kenderaan melebihi 1/3 pendapatan bulanan mereka.Jika rakyat yang berpendapatan RM 1,000 hingga RM 1,300 sebulan dan tinggal menetap di bandar mereka akan dibebani oleh hutang kenderaan paling kurang RM 500 sebulan sewa rumah untuk anak sekolah pendapatan sebanyak itu agak sukar untuk hidup maka mereka akan jadi orang miskin bandar.
Sepatutnya kerajaan menurunkan cukai jualan kenderaan,harga kenderaan akan menurun dan jadi mampu pakai, sebagai bantuan kepada rakyat memiliki kenderaan sendiri untuk memudahkan perjalanan pergi balik kerja dan sebagainya. 
Jika kerajaan tidak mahu menurunkan cukai jualan, Pehak berwajib sepatutnya menyediakan pengangkutan disetiap taman-taman perumahan dan kenderaan selesa yang menghubungkan dari bandar kebandar dengan kadar tambang yang berpatutan,Seperti Bas, Keretapi laju, Monorel,Komoter dll.
Pehak kerajaan sepatutnya memikirkan bagaimana cara untuk membantu rakyat supaya tidak dibebani hutang dan hidup makmur di negara sendiri, dengan cara menaikan gaji minimum dan menurunkan harga barangan termasuk harga kenderaan.Bersesuaian dengan moto "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" jika tidak tiada bermakna moto yang dilaungkan selama ini ia lebih kepada sebagai ungkapan sahaja.
Akhir kalam semoga Kepimpinan Kerajaan akan bertukar tangan dari Unmo/Bn kepada kerajaan yang lebih prihaten PR selepas PRU 13 nanti, sekali gus dapat mengtasi masalah bebanan hutang rakyat kepada bank untuk mendapatkan sebuah kenderaan sendiri.
Walahua'lam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan