SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 25 September 2012

Menuntut Di IPTA,IPTS Jurusan Kesamsengan


KUALA LUMPUR 25 September: Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Edikoup Lakip Sediyanto diserang pagi tadi oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali berhampiran kediaman sewa beliau di Petaling Jaya.
Beliau membuat laporan polis berhubung serangan tersebut.
Menurut Edikoup, motosikal yang dipandunya pada jam 4 pagi tadi di Seksyen 17 itu dihadang sebuah kereta, sebelum beliau diheret dari motosikal ke bahu jalan dan diserang.

“Kemudian, turun seorang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya hingga saya terjatuh dari motosikal.
“Mereka terus memukul saya, menghentak kepala dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya.
“Setelah puas memukul saya mereka melarikan diri. Saya kesakitan di muka dan badan,” laporan polisnya dipetik.
Beliau berkata, lima lelaki terlibat memukulnya.
Sebelum kejadian, menurut laporan itu lagi, sekitar jam 12 tengah malam, Edikoup diugut tiga lelaki lain di Lebuh Raya Mahameru Kuala Lumpur.
“Mereka seramai tiga orang mengancam saya dan mendakwa saya seolah-olah saya ada membuat masalah dengan mereka tetapi saya langsung tak faham apa yang mereka maksudkan,” katanya.
Beliau kini mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Insiden ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pilihan raya kampus yang sedang berlangsung hari ini.
Pagi semalam, Edikoup turut lapor polis berhubung ugutan tiga samseng upahan di kediaman beliau.
Proses pengundian berlangsung di lebih 15 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS), termasuk universiti utama di Lembah Klang.
Keputusannya dijangka diketahui seawal jam 6 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan