Duduk renggang-renggang
Jangan pigang-pigang

Hari ni aku nak cerita tentang seorang kawan aku yang dah tua tapi masih HEBAT!!!!!!!!
1. Kawan aku ni seorang ahli perniagaan yang agak suam-suam kuku lah tentang keberjayaan peniagaannya. Dari segi perniagaan dia tidak hebat mungkin usia dia yang menjangkau 66 tahun, dan kesan dari pembedahan jantung beberapa tahun dahulu itu membuatkan dia kurang hebat dalam perniagaan, bak kata dia cukup makan sudahlah....!!!!! buat apa nak kerja kuat-kuat lagi dah tak ada yang nak ditanggong. Anak semua dah lepas, tinggal nak menyara diri sendiri dengan seorang isteri je apa ada hal.
2. Sebenarnya yang aku nak cerita ni tentang kehebatan dia disudut yang lain pulak, biar pun bisnes suam-suam kuku, umur dah mencecah warga emas tapi dia tetap hebat. Kehebatan dia boleh dikatakan mengalahkan orang muda (bukan semua lah) apa lagi aku yang 13 tahun sahaja muda dari dia tentu tak mampu untuk menyaigi apa lagi mengatasi dia.
3. Dia ni adalah seorang yang sangat pemurah(macam jabatan kebajikan),ringan tulang,putih hati, tinggi pekerti, berbudi bahasa, penyabar,sopan santun dan tak pernah menyakiti hati orang, tak suka bermusuhan,suka membatu sama ada metirial atau tenaga bila mendegar orang dalam kesusahan dan sedia menjadi pendegar setia kepada sipengadu untuk mencurah isi hati.
4. Dia tak memilih orang untuk dibantu, ya lah asal ada yang bercerita tentang kesusahan pada dia akan dibantu sama ada orang tempatan ke atau orang luar tak mengira lelaki atau wanita. biasa lah yang paling suka dia bantu tentu perempuan lah sebab katanya perempuan itu kaum yang lemah dan selalu mengadu pada dia terutama perempuan seberang mereka perlu dibantu mereka tak berkeluarga katanya .Lihat hebatnya budi orang tua ni.........
5. Buat pada masa sekarang ni hampir sepuluh orang semuanya yang disantuninya ramai kan! antara nya Baty, Liana, Leni,Era,Susanti,Santi,Syanty,Eka,Ayu,Ju (bukan nama sebenar) ini nama-nama orang seberang yang sediada di Malaysia yang meminta perhatian dan balaiyan dari dia, ada lagi yang masih di seberang(tunggu masa nak datang sini) pun mengadu pada dia kalau ada masalah kewangan ke masalah-masalah yang dicipta untuk mendapat simpati dan perhatian dari kawan aku ni,tak pernah pula dia curiga rasa tertipu dengan cerita-cerita orang seberang itu.Hebat ketukusannya....!!
6. Ada kalanya aku kesian pada kawan aku yang seorang ni dah jadi macam orang......dah aku lihat, terlampau melayani kehendak mereka.Katanya kadang-kadang jam 10 malam ada antara mereka yang call minta belanja makan pun dia layan sehingga berbohong dengan isteri konon ada hal tempat kerja(bisnes)Tapi dia bangga tayang pada orang ramai keluar makan malam bawa perempuan muda,kononnya dia lah jaguh perempuan-perempuan tu dapat bawak kesana kesini macam buah hati dia.Dapat panas-panaskan badan dahlah katanya... akuni bukan boleh buat apapun dah tak bertenaga yang tinggal hanya keinginan sahaja kata nya.Lihat bertapa hebat keikhlasan hatinya....!!!
7. Apa yang menyeronokkan aku, dia tak padan dengan tua, cemburunya bukan main lagi kalau ada orang yang cuba nak usa-usa cewek tu mula dia buat helah yang penting cewek tu tak sempat nak layan sijantan tadi. Berbohong bukan main pandai dia lah orang nya. Pagi jumpa Santy cerita aku bukan sekadar sayang dengan awak tapi apakan daya keluarga kamu jauh...........,petang jumpa dengan Era pulak cakap aku rindu sangat dengan kau sayang...Bila balik dari makan turun dari kereta si Era pun hulur pipi kawan aku cup-cup sekali dua dah lupa sekejap yang dirumah, begitu lah seterusnya bergilir gilir setiap hari ada kalanya sampai bertembung janji temu antara satu sama lain dia akan buat helah sampai kedua-duanya percaya........Bertapa hebat lakunannya kan.....!!!
8. Cuba bayangkan setiap hari dia sibuk ada sahaja janjitemu (berjumpa) dengan cewek-cewek tu tidak pernah sehari pun cuti, (kecuali sakit demam ) sehinggakan isteri nak minta bawa untuk pergi kemana-mana(shoping,kenduri-kendara,melawat orang sakit) siisteri terpaksa buat janjitemu juga. Hebat tak orang macam ni?
9. Kos perbelanjaan yang ditanggung setiap hari untuk makan minum dengan perempuan-perempuan tu purata RM50.00 duit poket RM50.00 ada kalanya sehari keluar makan dua orang (masa tak sama ) yang diseberang lagi minta dikirimkan sedikit duit belanja, bila dicampur tolak sebulan perbelanjaan hangus untuk perempuan-perempuan itu sahaja hanpir RM 4,000.00. Hebat orang tua ni..!!!!!!!!
10. Aku tanya bila nak kahwin? cari lah yang baik, dia kata semua baik....aku kata pilih lah yang terbaik dari kalangan yang baik itu,dia pula jawap aku punya yang kurang baik ha..ha..haa.!!! Aku tanya sampai bila nak macam ni?,dia kata selagi aku larat,aku kata sayang duit hangus begitu sahaja setiap bulan kerja penat pendapatan habis ketangan orang,dia kata aku puas ,ada kalanya aku rasa macam bebini empat pergi jumpa sana peluk guling-guling jumpa yang sini macam tu juga jumpa yang situ jumpa yang ini sama sahaja seronokkan kadang-kadang tengah ari pun jadi..... Hebat kan dia ni...!!!! Tak ingat nak mati kot.........?
11. Dalam dia seronok bercerita pada aku tiba-tiba dia cakap, tapi semua itu tak ada apa-apa, tak sampai la aku melakukan perkara yang dilaknat Allah katanya ,mungkin dia teringat yang dia sudah tua sebab tu dia cakap macam itu, bagus la kalau ingat tuhan dan ingat dosa pahala ingat sorga neraka. Begitu hebatnya orang tua bercinta...!!!!!
He..hee...hee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan