SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 18 Jun 2011

Bukan Hanya Ada DiSambas "Kalimantan" Tapi......

Kalau Malaysia ada macam ni punya baik.......... aku tak tahu entah berapa kali kahwin lelaki Malaysia ni dalam setahun berganti-ganti bini pulak tu, mujur sahaja tak ada,kalau tidak entah berapa banyak NGO ditubuhkan oleh wanita.

Bukan Isteri taat, sahaja yang ada tapi tah apa-apa lagi lah.

Nah.... ini baru betul isteri pelacur ada kelas punya (nak sangat bergelar isteri pelacur kelas atasan) iongatnya baik sangat kut......

Bayar akat dah sah dah..... esok lak cerai dah jemu dah....... jantan cari lain lagi...... tanggungjawaqb tak perlu yang perlu cuma puaskan diri sendiri sahaja.

Nasib baik remaja Malaysia taknak buat macam tu..... Remaja Malaysia suka makan curi-curi mereka lebih suka berdosa (cinta sahwat) bila beranak buang merata-rata,itu lah yang dikatakan kemajuan.

Bak kata Tim.Men. Jab.Per.Men. terimalah hakikat bahawa anak remaja yang berusia 13 tahun dan keatas sudah ramai yang tidak berdara lagi..... Dia betul dan dia tahu apa ada pada "DARA"
takkan nak disimpan selamanya.........

*****Tak sepatutnya seorang Timbalan Menteri Ugama berkata semudah itu"terima hakikat" apakah sudah habis husaha untuk menjaga maruah wanita?***********

Cerita diabawah ini jangan ditiru........


Gadis yang dikenali Fitriasih adalah salah seorang daripada wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak. Lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka. Perkahwinan itu yang dikenal juga sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Hal ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalahgunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar. Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.

Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami. Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu, 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberikan tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung. Dia sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa-apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau di sebuah apartmen - tempat - tetamu Arab itu akan tinggal.

“Perkahwinan ini biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya.

Aku Petik.........

1 ulasan: