SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 20 September 2011

Cabaran ku - Dato Samad Said


Ayuh Anak Muda Sekalian Sahutlah Cabaran ku - Dato Samad Said


Datuk A. Samad Said, yang dilihat
sebagai ‘ikon baru politik’ negara
menegaskan, sudah tiba masa
golongan muda melakukan
“perubahan rejim” selepas 
54 tahun negara ditadbir 
oleh Barisan Nasional (BN). 
Sasterawan Negara ini menjadi 
perhatian di sebalik
perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Bercakap pada pelancaran kempen 
Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), 
Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan 
golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), 
kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,”
 katanya.

“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya 
sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan 
anak-anak muda,” katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.

Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu,
Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih
“golongan bangsawan” untuk memerintah negara.

Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri
dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari
kalangan bangsawan, Tun Abdul Rahman (Al-Haj), Tun Hussein (Onn)
dan Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... (Tun Dr) Mahathir Mohamad
selepas Tun juga bangsawan, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekaran
juga sama (Datuk Seri Najib Razak), semua bangsawan, bila pemimpin daripada rakyat
akan berada di situ?

“Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda
perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda
perlu berani bertindak dan menggerakkan ‘regimr change’ ini,” katanya

.

Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar
pandangan bersifat “membangkang”daripada “sokongan.”

“Saya gemar mendengar daripada mereka
yang ‘oppose’, saya langsung tidak gemar
mendengar mereka yang sokong.

“Sokong itu maksudnya sokong kerajaan,”
katanya.

Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan
Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata
selagi “golongan bangsawan berada di atas,
sampai bila-bila saya rasa mereka tidak
akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat.”

Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan
 untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya
umum ke-13.

Pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di ibu negara,
ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut
transformasi pilihan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan