SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 20 September 2011

Ini Semua Perbuatan Si Pengampu British

Aku petik





Pintu pagar rumah Haji Mohammad Sabu Timbalan Presiden Pas di Seksyen 19,
Shah Alam telah dibakar malam tadi kira-kira jam 12.30 malam.Kejadian yang 
disedari jiran sebelah rumah Mat Sabu yang ketika itu mahu menunaikan solat.


Jiran Mat Sabu yang berada di tingkat atas rumah memberitahu, beliau ketika itu 
sudah memakai telekong dan nampak api sedang membakar pintu pagar rumah 
Mat Sabu dan terdengar bunyi yang kuat di luar rumah.Beliau turun ke bawah 
untuk memadam api yang sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu.

Ketika beliau sampai di hadapan rumah Mat Sabu ,jiran hadapan rumah Mat 
Sabu yang nampak api sedang bakar pintu pagar rumah Mat Sabu telah 
bertindak pantas memadam api kebakaran.Ketika kejadian Mat Sabu dan 
isterinya tidak ada di rumah .Hanya anak perempuan Mat Sabu sahaja ada 
di rumah .

Anak perempuan Mat Sabu, Huda menceritakan polis datang 10 minit selepas mendapat panggilan telefon siap dengan jabatan forensik sekali.Polis mengambil 
tong minyak yang berwarna kuning yang dipercayai diisi minyak tanah sebagai 
bahan bukti.

Huda rasa terkilan dengan sikap seorang anggota polis yang berpangkat koperal 
yang berkata, "Jangan kecik hati kalau kes ditutup kerana tiada suspek dikesan."

Huda juga berkata nasib baik kereta Myvi yang ada dalam pagar rumah tidak 
disambar api kerana jiran depan rumahnya sempat padamkan kebakaran

Sebelum kejadian pintu rumah Mat Sabu dibakar, Mat Sabu telah terima sms 
berbaur ugutan terhadap keluarganya.yang berbunyi ;

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut 
celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah 
asid ke atas isteri dan anak perempuan awak".

"Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. 
Yang pasti awak putar alam."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan