SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 16 September 2011

Lepas Ini Bersih Pula Akan Berjaya

Gambar hiasan

Alhamdulillah,
ISA sudah dimansuhkan seperti mana yang dituntut oleh kebanyakan rakyat Malaysia
kecuali orang-orang Umno kerana pada mereka ISA ini lah penyelamat mereka. 
Saya juga menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) itu 
sekiranya ia dijalankan dengan adil dan saksama tidak mengira parti
tetapi apa yang berlaku selama ini Undang-undang ISA itu 
hanya untuk pihak yang menentang kerajaan sahaja.
(Parti lawan)

Apa pun aku ucapkan syabas pada Najib diatas keberanianya memansuhkan ISA 
juga beberapa undang -undang lain dan akan digantikan dengan undang-undang 
baru. Untuk lebih jelas Baca sini Diharapkan undang- undang dan peraturan
baru itu nanti tidak akan menyusahkan juga tiada rakyat yang akan menjadi 
mangsa kepada undang -undang dan peraturan kejam seperti yang telah
dimansuhkan.Diharapkan undang-undang itu nanti akan menjadi
pelindung kepada rakyat dan sebaliknya bukan senjata 
pehak kerajaan untuk mengekang kebebasan 
rakyat untuk bersuara. 
  
Gambar hiasan

Bagi pendapat peribadi aku ini adalah kemenangan kepada rakyat,
sekarang rakyat yang menentang  ISA dan menuntut supaya 
dimansuhkan undang-undang ISA itu telah berjaya  
Syabas kepada perhimpunan mansuh ISA.

Gambar hiasan

Kita tunggu lagi satu kejayaan ia itu kejayaan hasil perhimpunan bersih, aku yakin 
rakyat akan berjaya lagi. Walaupun Ikhlas sudah mula menyusun strategi untuk
membantu peniaga menyaman penganjur bersih dan patriot.

Lepas mereka saman penganjur bersih, aku harap pengajur bersih (Ambiga) 
mewakili suara rakyat yang menuntut agar SPR mengubah beberapa undang-
undang dan peraturan SPR seperti membersihkan daftar pemilih daripada 
nama-nama orang tidak layak memilih, mengunakan dakwat kekal,
 dan  beberapa  perkara lagi. Pada  aku,  apa yang  dituntut itu 
semuanya baik jika dituruti oleh SPR ia boleh menjadikan
  SPR lebih dihormati sebagai sebuah Suruhanjaya yang 
benar-benar bebas dari mengikut telunjuk dan 
kehendak pemerintah.

Kehadiran yang begitu ramai pada hari tersebut "sebagai bukti sokongan
 " rakyat padaperhimpunan bersih 2,membayangkan bagaimana rakyat 
menginginkan Pilihan raya yang bersih di Malaysia ini dan berharap
 bermula pada PRU 13 nanti.Aku yakin perhimpunan dapat  
9.Julai  2011 tempoh hari tidak akan sia-sia.

Gambar hiasan

Seramai 6000 orang (kata polis) yang berhimpun pada perhimpunan bersih 
tersebut saman pula peniaga yang 300 orang itu atas alasan sengaja 
memburukkan perhimpunan bersih (tiada sebuah kedai pun yang 
rosak) mungkin mereka menyesal dan rasa rugi kerana 
mengikut nasihat polis supaya tidak berniaga pada 
hari tersebut sebaliknya jika mereka berniaga 
mereka akan untung besar, sebab 
itu mereka saman bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan