SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 1 Oktober 2011

Kenyataan Melampau Seorang Phd.

Aku sangat menghormati setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama dan bijak ,apa lagi   telah diperakui bahawa dia adalah berkelulusan Phd (Dr) dan diberikan segulung ijazah oleh Univesiti.




Tapi Dr yang sorang ni aku agak kurang percaya dan kurang hormat pada Phd yang dia ada, kerana dia lebih kepada keduniaan semata dan tunduk kepada kehendak jawatan bukan kepada ilmu yang dimiliki.
Jika dia benar-benar mengikut ilmu yang dimiliki sudah tentu dia tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti Ini . Beginikah sikap dan pendirian orang yang bergelar Dr agama.

Beliau sepatut menilai apakah pemimpin yang dia ikut itu juga bersih dari segi maruah dan 
moral ? dan apakah dia sudah menyelidiki  ketua umum PKR itu benar-benar tidak bermoral ? apakah dia pernah bersama dengan Ketua pembangkang itu dalam aktiviti tidak bermoral
sehingga dia tahu dan yakin bahawa ketua pembangkang itu tidak bermoral.

Kalau tidak bagaimana dia boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu?

Jika dia hanya mendengar cerita yang direkayaksa oleh musuh politik ketua pembangkang itu shaja dan mempercayainya "astagfirrullah halazim" apa akan jadi dengan pemimpin agama masa kini kepada siapa kah harus rakyat merujuk permasalahan agama Islam jika semua bijak pandai islam  begini rupa mendengar dan mempercayai finah?

Apakah Dr tidak takut dengan hukuman Allah yang mana Dr lebih arif tentang itu ? "masyaallah" Dr  apa nak jadi dengan Dr ni ????

Dr pun sepatutnya menjaga maruah Dr sendiri, kalau dengan jiran pun tak boleh bertolak ansur apakah itu sebagai seorang yang bermaruah dan bermoral ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan