SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 8 Oktober 2011

Melentur Buluh Mula Dari Rebungnya

RAWANG: Usaha membentuk generasi pelapis khasnya kanak-kanak di peringkat umur prasekolah ke arah mewarisi akhlak mulia, berkemahiran dari segi pertuturan, berfikir secara positif dan berpotensi menjadi warga prihatin apabila besar kelak, bukan perkara mudah.
Kanak-kanak golongan paling mudah bagi membentuk akhlak mulia, bak kata pepatah, jika melentur buluh, hendaklah dari rebungnya.

Sehubungan itu, Tadika Al-Farabi Pra Tahfiz (TAFPT) Bandar Tasik Puteri (BTP), dekat sini, menganjurkan lawatan sambil belajar membabitkan 50 muridnya ke dua kilang perusahaan iaitu Kilang Kek High 5 di Shah Alam dan Kilang Coklat Berryls di Seri Kembangan, Serdang, Selangor, baru-baru ini. Lawatan sehari itu bertujuan mendedahkan kepada muridnya cara kilang berkenaan memproses barangan mentah seperti tepung, gula, garam dan koko sebelum menjadi barang makanan dijual di pasar tempatan.


Lawatan itu dibimbing empat tenaga pengajar TAFPT iaitu Azizah Mohammad, Norzira Hassan, Norasyifa Abdul Aziz dan Nordina Mohd Ariffin. Turut serta ialah wakil ibu bapa, Nora Mohammad.

Dibawah ini pun berkaitan

Biar pun cuma seorang bapa angkat tetapi tyanggungjawab nya sama sahaja dengan sebagai bapa kandung, tak ingin melihat anak dibabawah jagaan nya rosak ahlaq dan membesar sebagai seorang yang tidak bermoral dan berahlaq.

Aku ingin megucapkan tahniah dan syabas kerana sikap tanggung jawab bapa angkat yang seorang Ini aku mendoakan semuga anak-anak angkat anda itu nanti membesar sebagai wanita solehah..Amin.

Sumber dari HM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan