Mereka merancang program begitu teratur dan terancang agar tidak kelihatan program itu adalah hanya untuk menbeli rakyat dan membeli kroni dan rakan-rakan mereka semata-mata
Boleh dikatakan program mereka tiada yang berjaya, sebaliknya hanya menemui kegagalan dan membazirkan wang negara.
Cuba lihat program mereka seperti belia niaga, apa jadi dengan tabung itu, dah berapa ramai belia yang sudah sukses dalam perniagaan dibawah program tersebut? Dibanding berapa ramai belia yang telah diluluskan permohonan mereka dan diberi bantuan.Apakah ada yang menguntungkan???
Ada lagi satu program iaitu bantuan ternakan , berapa ramaikah yang telah dibantu melalui program tersebut dan berapa ramai pula yang sudah berjaya dalam program tersebut? setelah modal berjuta ringgit? yang di keluarkan oleh kerajaan? pernah kah kerajaan membentangkan lapuran kejayaan program-program ini untuk pengetahuan rakyat semua?
Apa jadi dengan program lembu pawah,kambing pawah ? adakah hanya tinggal reban atau reban pun dah pupus semuanya ? tanya Noh Omar kerana beliau adalah orang yang bertanggung jawab kepada program-program tesebut.
Ini lah antara kejayaan 1 Malaysia. Malangnya ramai dikalangan Melayu tak mahu faham dan tak mahu menerima bahawa kerajaan sekarang adalah kerajaan yang paling pandai membazirkan wang negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan