Sebenarnya memang beginilah diSini cara orang Umno yang begitu berjasa kepada melayu tak kira dimana mereka berada dan apa juga jatawan yang dipegang, sama ada Menteri,Timbalan Menteri,S/U Kementerian,Ketua Perhubungan,S/U Perhubungan, Bendahari Agung,Bendahari Perhubungan,Ketua Bahagian hatta ketua cawangan pun sama sahaja perangai kalau dah tertangkap pasal ada duit dalam akaun peribadi mereka pandai pusing cerita.
Itu bukan wang rasuah, itu wang "Hadiah" wang untuk aktiviti "soSIAL" dan berbagai-bagai alasan diberikan, yang heran nya mereka-mereka tu lepas pulak dari sebarang pertuduhan.Sebenarnya wang itu adalah wang untuk membeli undi. Sebenarnya wang itu telah disediakan oleh sesaorang dan diberikan kepada orang-orang yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat. Si pemberi itu berharap orang yang di beri modal itu akan berjaya menguasai tampok kekuasaan untuk kali yang seterusnya.Bila orang itu berjaya barulah si pemberi tadi akan menghulurkan permohunan sesuatu sebagai timbal balas "Itu rasuah namanya". Rasuah hanya untuk pegawai-pegawai kerajaan atau orang lain dari mereka.di kalagan mereka itu bukannya rasuah tapi wang untuk program-program "soSIAL".Pemberian.
Seingat aku belum pernah lagi ada Menteri,Tim. Menteri dan penjawat-penjawat politik dikalangan Umno yang dibicarakan dan didapati bersalah seterusnya dihukum.(Jika aku silap harap maaf).
Semasa Pemerintahan mantan PM Tun Abdullah dahulu memang ada dua tangkapan yang besar aku katogeri kan sebagai tangkapan "Lima Bintang" Seorang di Sabah dan seorang lagi di Selangor. Kalau lihat pada fakta pertuduhan mereka berdua ni sudah pasti meringkok dalam penjara,sebaliknya mereka berdua telah di bebaskan.Di Selangor masih lagi dalam perbicaraan yang berstetas "Lima Bintang" sama-sama lah kita tunggu apakah kesudahannya.Rakyat menunggu dengan penuh minat apakah kesudahan kes itu.
Satu kes lagi berkaitan dengan pemilihan parti Umno,di mana semasa pemilihan parti rasuah telah berleluasa wang mengalir dan berjalan-jalan kesana kemari tanpa berhenti sehingga perwakilan semua pulang ketempat masing-masing baru wang itu berhenti.
Para calun-calun menunjukkan kekayaan masing-masing dengan menaburkan wang kepada perwakilan, ada yang habis beratus ribu bahkan ada yang sampai berjuta.Dalam proses itu broker(orang tengah) lah yang orang paling untung, belum sampai ke perwakilan dia sapu dulu.
Semua perwakilan mengharapkan imbuhan dari calun-calun yang bertanding, mereka pergi keperhimpunan bukan ingin membincangkan agenda melayu jauh sekali kalau untuk mencari jalan bagaiman memaju dan memertabatkan bangsa dan agama.
Bagi mereka yang berstetas ketua bahagianlain pula ceritanya, mereka tidak mengharapkan wang dari calun, mereka mengharap yang lebih besar ia itu "projek" , mereka akan menghimpit calun-calun dan berbaik-baik seboleh yang mungkin biarpun hati tak sebulu tapi kerana perjuangan peribadi mereka sangup bermuka-muka. Tuntutan pribadi mesti diteruskan diteruskan.
Mereka membantu calun berkepin dari bilik ke bilik untuk memastikan kemenangan, calun menang dia pun menang juga (projek) lagi untung besar, dari wang yang didapat oleh perwakilan biasa. Pada satu-satu musim persidangan itu.UMNO-UMNO!!.
Itulah dia salah satu sebab mengapa ramai yang berebut-rebut untuk jadi perwakilan, untuk tujuan itu mereka merasuah pula perwakilan diperingkat bahagian, masa itu lah perwakilan dari cawangan-cawangan mengaut seberapa yang ada. Mereka sudah cukup bangga dapat empat lima ratus ringgit duit dari langit,tapi mereka tidak sedar bahawa mereka telah mengadaikan maruah melayu, kerana mereka bersekongkol dengan perasuah politik.
Untuk mebendung gejala rasuah yang bermaharajalela dalam Umno dan ingin menunjukkan bahawa Umno itu anti rasuah maka penguat kuasaan telah dilaksanakan di persidangan perwakilan Umno.Salah seorang mangsa sandiwara tersebut ialah Tan Sri Isa Samad , Beliau telah terang-terang didapati bersalah memberi rasuah kepada perwakilan mereka. Sebagai hukuman diatas kesalahan yang telah dilakukan hanya jawatan yang baru dimenangi oleh Isa telah dilucutkan dan beliau dilarang dari mengambil bahagian secara aktif untuk beberapa ketika.(Macam ahli sukan kantoi urine terpaksa pulangkan semula pingat).
Menjadi persoalan apakah rasuah dalam politik tidak sama dengan rasuah awam? Kenapa kes itu tidak dibawa kemahkamah untuk di bicarakan dan diadili ?begitu juga dengan sipenerima rasuah tidak dibawa kemuka pengadilan,begitu lah mereka (Umno) menguatkuasa kan undang-undang citaan mereka.
Mereka mencipta undang-undang hanya ditujukan kepada musuh politik dan juga kakitangan awam sahaja, sedangkan mereka seolah mempunyai kekebalan undang-undang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan