Hari ini aku dengan dua orang sahabat karib aku makan di sebuah gerai, yang terkenal dengan gerai "ayahda".Gerai ni memang tempat "fevorite" kami makan tengah hari.
Kerana masakannya, masakan melayu, harganya pula berpatutan sangat sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Mengalahkan harga Najib makan di kedai mamak lagi.Kalau sesiapa yanmg terbaca blog ni cuba lah datang kegerai MPK Andalas kedai kedai No 12 "ayahda".
Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita tapi cerita ini .Kami bertiga agak terkejut dan gembira bila makan tengahari (lunch) tadi aku berjumpa dengan YB Kota Raja yang kebetulan makan tengah hari di gerai yang sama.
Aku tak sangka beliau juga seorang yang peramah,mudah disapa dan mau menegur kami yang duduk tidak berapa jauh dari meja beliau.
Beliau bertanyakan khabar dan kami dari mana? Aku jawab kami dari ........ dia kata "kalau macam tu tak diragukan lagi la ke..... gerai ni".Lalu aku meneruskan dialog kami , Betul YB kami juga tidak ragu-ragu lagi untuk makan di gerai ini kerana Ahli Perlimen pun datang makan disini bermakna geri ini memang di perakui kebersihannya dan harga yang berpatutan.

Aku berharap agar semua YB-YB dari PR sentiasa bersikap ramah seperti YB tersebut,dan bukan hanya ketika waktu hendak pilihan raya sahaja. Tidak seperti yang disarankan oleh kepimpinan Umno/BN yang menyaran kan supaya YB-YB mereka mendekati rakyat pada waktu ini kerana pilihan raya sudah hampir dekat.Makna nya mereka mengenali rakyat dan mau berdamping dengan rakyat hanya kerana ada maunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan