SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 14 Disember 2011

Hak Istimewa - Nurul Izzah akui UMNO berjaya Pamer 'rasa takut' Melayu.

alt
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Naib Presiden PKR, YB. Nurul Izzah Anwar memperakui usaha UMNO dalam menonjolkan persepsi seolah-olah memperjuangkan Melayu memberi kesan terhadap pengundi-pengundi Melayu di Negara ini.
Beliau yang juga merupakan anak sulung kepada Ketua Pembangkang mendakwa, walaupun isu-isu yang diketengahkan oleh Pemimpin UMNO tidak releven sama sekali, akan tetapi serangan mempersoalkan status hak keistimewaan Melayu menimbulkan rasa gusar pengundi-pengundi bangsa tersebut terhadap Pakatan.


"UMNO kembali kepada polisi lama agenda Melayu yang membolehkannya mengekalkan pangkalan sokongan tradisional pada masa-masa lalu. Tetapi tindakan Pakatan belum cukup untuk menghapuskan kebimbangan orang Melayu, meskipun dakwaan itu tidak benar sama sekali. Mesej-mesej kami perlu disampaikan dengan berhati-hati untuk mengatasi kebimbangan di kalangan Melayu, yang berpunca daripada politik menakut-nakutkan dan perkauman yang digunakan oleh UMNO dan BN sekarang terhadap kami,” kata Nurul Izzah ketika dihubungi wartawan Malaysian Insider.


Beliau juga menjelaskan secara terperinci penafian terhadap pertuduhan UMNO mengenai hak keistimewaan Melayu di bawah pemerintahan Pakatan.


“Pakatan ada polisi, sebagai contoh di Pulau Pinang, 70 peratus kontrak pergi kepada Bumiputera yang layak berdasarkan sistem tender terbuka. Kami ada polisi-polisi seperti ini tetapi kami perlu menangani perkara ini, mengulangi dan mengingatkan rakyat ketika ceramah, kemungkinan menerusi risalah. Apatah lagi politik adalah persepsi,” kata beliau.


Ahli Parlimen Lembah Pantai ini turut menegaskan bahawa Pakatan akan mempertahankan setiap yang terkandung di dalam Perlembagaan termasuklah soal perlindungan hak dan kedudukan istimewa Melayu.
Saya percaya perkara ini terkandung dalam Rangka Dasar Bersama Pakatan,” kata beliau lagi mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan