SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 18 Disember 2011

Kezaliman Yang Dicipta.....

9hb. Januari. 2012 adalah tarikh penentu bagi DSAI sama ada beliau akan turut serta dalam PRU 13 nanti. Semua rakyat menanti dengan penuh tanda tanya sama ada DSAI akan menjadi calun atau  pun tidak. Umno dan B End menanti dengan penuh harapan agar DSAI akan digiring ke penjara sejajar dengan cita-cita dan perancangan mereka selama ini.

Dalam selaku pengarah cerita politik Umno B.End sentiasa mengarahkan cerita mengikut skrip yang di tulis nya dan yang di garap oleh pengarah-pengarah dalam pementasan politik negara.

Umno selaku produser pementasan ini telah melantik seorang pengarah yang tersohor di kalangan pengarah-pengarah yang ada untuk memastikan cerita yang digarap oleh mereka akan benar-benar sukses. Mereka juga membuat "screen test" untuk mencari "memilih" anak-anak wayang yang benar-benar berbakat dan mampu melakunkan seperti yang dikehendaki oleh pengarah, agar segala lakunan mereka tidak kelihatan seperti lakunan yang diarah. 

Produser ( Umno) sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar hanya untuk mencapai kepuasan hati mereka. Mereka mengupah pelakun-pelakun dikalangan mereka dan juga dikalangan yang memususi mereka ,apa lagi yang sememangnya belakun jadi bebas. Sama ada dari pelakun utama sehingga lah kepada pelakun-pelakun pecacai lelaki dan wanita.

Bagi mereka penuh dengan keyakinan bahawa DSAI pasti akan terperuk dalam penjara bermula 9hb Januari . 2012 nanti, keyakinan itu bersandarkan kepada skrip yang telah mereka tulis dan pelakun-pelakun yang terpilih untuk menjayakan pementasan mereka kali ini. 

Maka sekali lagi DSAI dizalimi dan terinaya oleh mereka yang rakus dengan kuasa dan yang ingin berlindung disebalik kekuasaan untuk menutupi segala tingkah laku dan perbuatan buruk mereka selama ini.

Mereka sedar ramai yang tidak berminat dengan pementasan kali ini , tetapi pada mereka yang penting DSAI masuk terperuk dalam penjara.Untuk memudahkan jalan mereka seterusnya.

Mungkin itu lah takdir bagi DSAI terpaksa merengkok sekali lagi dalam penjara pimpinan melayu zalim itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan