SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 18 Disember 2011

Panas!! Fakta Tentang DAP Yang Umno Takut Orang Melayu Tahu..!!


SHAH ALAM: Penganut agama Kristian adalah paling minoriti dalam parti DAP, kata Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor. ."Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah beragama Sikh, saya ingat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tiada apa-apa agama tertentu.


"Penganut agama Hindu sebenarnya lebih ramai berbanding dengan Kristian dalam DAP," kata Teresa Kok dalam program Fokus Berita, TV Selangor.


Teresa menjelaskan perkara ini ekoran dakwaan Umno dan beberapa pihak lagi, DAP cuba untuk mengkristiankan umat Islam di negara ini.


Turut menjadi panel dalam diskusi itu adalah Dr Rani Othman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam) manakala Shariden Mahavira bertindak sebagai pengerusinya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selalu menyebut, bagaimana Umno boleh membuat tuduhan itu sedangkan beliau sendiripun bukan beragama Kristian. - Hrkh.

Fakta macam ni la yang Umno takmau orang melayu tau. Kalau orang melayu tau Umno BN akan hilang peluru berharga depa untuk kempen PRU.

Kalau nak diikutkan lebih sesuai kalau Umno nak main isu DAP membudhakan orang melayu dari nak mengkristiankan orang melayu pasai Umno dok kata DAP tu parti Chauvanis Cina dan kebanyakkan orang cina beragama budha. Tapi Umno tak boleh spin kut situ pasai hampir tak pernah dengar orang budha punya kerjabuat nak kembangkan agama budha.



Masalahnya majoriti orang melayu memang malas membaca, nak cari fakta lagi la malas. Kalau yang peka sikit pun kebanyakkannya terlalu bergantung kepada media penchachai Umno BN.


Walaupun dah banyak tindakan dan keputusan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Penang yang banyak bagi peruntukan dan bantuan kepada kebaikan Islam tapi tak ramai yang tau fakta tu.


Tak ramai yang tau berapa Guan Eng bagi peruntukan kepada majlis Agama Islam berbanding yang dibagi masa BN pegang Penang. Tak ramai yang tau fakta Guan Eng bagi saguhati kepada para Huffaz yang tak pernah sapa pun bagi sebelum ni. Tak ramai yang tau berapa peruntukan yang Guan Eng bagi kepada SAR yang sebelum ni Umno BN tarik balik bantuan.


Kalau ada yang tau sikit-sikit pun pasai fakta tu, ramai yang fikir tu cuma helah politik DAP, depa yakin DAP cuma berpura-pura tunjuk baik sedangkan DAP depa kata bercita-cita nak hancurkan orang melayu.


Memang aku pun boleh setuju dengan adaian tu. Kita memang taktau apa sebenar dalam hati Guan Eng, sama juga kita taktau apa yang sebenarnya ada dalam hati Najib yang menselogankan 1Malaysia tapi dalam masa yang sama mengiktiraf kerjabuat PEKIDA.


Paling kurang pun tindakan dan kerjabuat Guan Eng menunjukkan yang dia bukan rasis dan bukan anti Islam. Apa yang ada dalam hati dia mana kita tau tapi yang jelasnya tindakan dia tak merugikan Islam, jauh sekali untuk nak hancurkan Islam malah banyak bagi kelebihan kepada orang Islam. Sekurang-kurangnya setakat hari ni takdak lagi.


Berbanding dengan Umno yang mengaku pejuang Islam dan pejuang melayu, kerja buat Najib Rosmah dan para pemimpin Umno majoritinya tak menggambarkan sebagai pejuang Islam dam melayu. Dah 50 tahun langsung tak nampak Umno bercita-cita nak jalankan hukum Islam. Bukan setakat tak mau buat malah yang mempermain-mainkan pulak.


Macam tu jugak, berapa banyak tanah rizab melayu  yang terlepas ke tangan bangsa lain. Walaupun dah lebih 50 tahun merdeka sasaran 30% kuasa ekonomi pun tak boleh nak capai sedangkan orang melayu lebih 60%, patutnya sebagai 'tuan' kuasa ekonomi orang melayu tak boleh kurang dari 60%.


Macam tu jugak ramai yang taktau fakta bila Penang buat sistem tender terbuka, lebih ramai kontraktor melayu yang dapat projek. Sebelum ni masa BN memerintah Penang memang kebanyakkan kontrek dapat kat kontraktor melayu tapi fakta sebenarnya yang dapat tu bukan genuine kontraktor, lebih kepada 'kontraktor air liur' akhirnya yang buat kontrak tu kontraktor cina jugak.


Banyak lagi fakta yang Umno sembunyikan dari pengetahuan majoriti orang melayu. Kalau semua fakta-fakta tu orang melayu faham, dah lama orang melayu tolak Umno BN. Kena pulak dengan tabiat orang melayu yang malas membaca, kerja Umno BN nak sorok fakta-fakta tu jadi sangat mudah.


Apa pun, aku harap berita macam kat bawah ni dapat buka mata lebih ramai orang melayu untuk mula berfikir keluar dari tempurung Umno. Tambah pulak dengan perkembangan pesat media baru aku yakin semakin ramai orang melayu terutamanya golongan muda yang celik politik dan nampak kerja CELAKA penchachai Umno BN.


Harakahdaily melaporkan:
PULAU PINANG, 14 Dis: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan memfitnah Lim Guan Eng dan diarahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta mendapati dia tidak anti Melayu atau anti Islam tetapi itu adalah niat buruk Utusan.

Sebelum ini, Guan Eng berkata, "Jika menang, apa-apa wang yang diterima akan kami dermakan kepaada program membasmi kemiskinan.”

Lim Guan Eng pada 6 Januri lalu mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.

Lim memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember lalu yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.
Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng'.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu. -Hrkh.


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan