SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 14 Disember 2011

Rakyat Muak dengan Media Arus Perdana - Saifuddin Abdullah.

alt 
SHAH ALAM 14 Dis. - Barisan Nasional pada masa kini diperakui semakin tertekan dengan kedudukan bersama pesaing dari Pakatan Rakyat yang dilihat seimbang tatkala berdepan dengan PRU13 yang semakin hampir.
Demikian dakwa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam sessi Wacana Sinar Harian bertajuk PRU13 : Undi Siapa Jadi Penentu di sini semalam.
Beliau turut menjelaskan penerimaan beliau untuk hadir ke program Wacana ini adalah untuk mendapatkan feedback daripada rakyat mengenai isu-isu semasa momentum sokongan terhadap BN pada ketika ini

"Walau bagaimanapun terdapat tekanan kepada Barisan Nasional dengan isu-isu semasa, dan sebab itulah saya datang untuk mendapatkan 'feedback' bukannya 'feedlot'," jelasnya.
Saifuddin turut berkata golongan muda kini telah mengambil langkah menghukum Kerajaan Pusat setelah dilihat majoritinya menolak media arus perdana. Ini kerana generasi baru ini telah muak dengan informasi-informasi yang dipaparkan.
Baginya, undi penentu pada PRU-13 nanti adalah golongan 'pengundi realiti baru' yang sudah tidak mempercayai lagi media arus perdana tersebut.

"Pengundi realiti baru adalah mereka yang mendapat maklumat serta menilai setiap apa jua maklumat tersebut. Mereka juga menolak setiap politik yang dilemparkan di dalam media-media arus perdana. Sebab itulah media tersebut telah dihukum sekarang," sambungnya.

Selain beliau, Program Wacana ini turut membariskan beberapa panel iaitu Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sain Sosial Universiti Malaya(UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan