SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 9 Januari 2012

Apa Kata Aziz Bari ???


Aziz Bari: BN tetap bersalah

"Dari awal lagi rakyat - baik yang tahu undang-undang atau rakyat biasa - dapat melihat yang kes Anwar ini luar biasa dan tidak mengikut undang-undang; malah sejak awal lagi apabila Anwar disiasat oleh polis jadi keputusan ini tidak dapat lari dari dilihat sebagai kes politik dan bukan kes jenayah biasa. Saya melihat ini satu cubaan untuk mengurangkan kes buruk ke atas Barisan Nasional sebab kalau Anwar dihukum BN akan lebih parah. Tetapi pembebasan Anwar ini juga akan menyulitkan BN kerana ia akan menyebabkan BN dilihat memanipulasi mahkamah dan menyebabkan rakyat marah; mengapa kes ini diteruskan sedangkan dari mula lagi hujah yang mempertikai kes ini telah disuarakan.

Keputusan ini mengesahkan apa yang Anwar katakan selama ini; BN tetap bersalah meskipun ia akan mengatakan keputusan mahkamah ini menunjukkan mahkamah bebas.

Dan kita jangan lupa yang selama ini UMNO menggunakan kes ini untuk mengejek dan mempertikai Anwar. Keputusan ini kemenangan buat Anwar dan BN masih berada di dalam parit; ia tidak melepaskan BN yang sedia terbelit dalam pelbagai masalah dan rasuah. Keputusan ini juga belum tentu menunjukkan yang badan kehakiman bebas sebab kalau ia bebas ia tidak perlu memanggil Anwar membela diri.

Dari satu sudut ia membuat kita tertanya-tanya; apakah keputusan itu akibat sikap rakyat yang menunjukkan kebencian dan penentangan terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar? Ini menebalkan tanggapan bahawa mahkamah boleh ditekan dan dipengaruhi; ia tidak bebas. Dan kita jangan lupa bahawa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa."-- Abdul Aziz Bari (gambar kanan), bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan