SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 8 Januari 2012

Doa Agar Dimusnahkan Golongan Yang Khianat


My Photo

Sambil menunaikan umrah pada kali ini, sempat juga saya meluahkan perasaan kepada Allah yang maha mengetahui dan menyelitkan doa supaya dimusnahkan golongan pengkhianat. Sememangnya tiada yang lebih hina dari seorang pengkhianat. Semoga Allah musnahkan mereka di dunia dan memberikan mereka balasan yang setimpal di akhirat.

Pengkhianat adalah seseorang yang telah bersama kita, mendapat kepercayaan dan bantuan dari kita, tetapi atas sebab kepentingan diri, sanggup menghalakan pisau ke dada kita. Ada yang akan mendakwa bahawa ianya dilakukan di atas alasan kononnya untuk menyelamatkan kita, namun bagaimana mungkin kita diselamatkan melalui tikaman yang menuju tepat ke dada?

Setiap patah perkataannya menolong pihak musuh sambil menimbulkan persengketaan di kalangan kita. Kata-kata yang mengiyakan dakyah dan tuduhan musuh diulanginya atas alasan ingin menyelamatkan kita. Selamatkan kita dari pendirian kita sendiri, supaya kita menerima wawasan dan pendirian musuh? Itu bukan usaha menyelamat namanya, tetapi pengkhianatan!

Seorang pengkhianat yang mengerti betapa hinanya tindakan khianat akan hanya sanggup menikam kawan dari belakang. Dirinya merasa malu atas tindakan khianatnya. Sebaliknya, seorang pengkhianat yang tidak faham betapa hinanya tindakan khianat terus menikam dari depan. Dia tidak mengerti makna setiakawan dan baginya tindakannya sesuatu yang mulia dan dibanggakan. Bagi dirinya tiada yang lebih mulia dari dirinya sendiri atau perjuangan yang lebih aula dari mementingkan diri. Maka pengkhianatan adalah perkara biasa yang tidak perlu merasa malu atau hina kerananya.

Hakikatnya, tiada sesiapa yang mampu mengasihi seorang pengkhianat. Termasuklah mereka yang menjadi sebab pengkhiantan itu dilakukan. Akhirnya sang pengkhianat akan tetap dibuang bagaikan sampah yang busuk dan berulat oleh mereka yang dibantunya. Pengkhianatannya tidak akan mendatangkan manfaat dan beliau menjadi hina di dunia dan di akhirat

Semoga Allah memusnahkan golongan pengkhianat. Samada dia insaf dan kembali kepada pangkuan jemaah atau dimusnahkan oleh Allah atas sebab pengkhianatanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan