SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 7 Januari 2012

Kenapa Dr Hasan Ali Tak Mhu Keluar Dari PAS ??


Tidak jelas dengan kehendak Ahli Parti
(Kurang mendengar)

Jangan rasa heran dengan sikap HA,
Perkara ini memang sudah lama dirancang oleh Umno/BN
HA tidak akan keluar dari PAS sebab dari dalam lagi mudah untuk pecahkan ikatan

HA akan berperanan memecahbelahkan hubungan PR
HA akan bercakap memperjuangkan Negara Islam
Tujuan nya hanya satu ia itu DAP akan melenting dan bertindak
keluar dari Pakatan,kerana HA sangat faham bahawa DAP terlalu 
takut dengan Negara islam.

HA memohon maaf kepada ahli parti PAS setelah apa yang 
dihamburkannya melalui media-media pehak musuh yang sangat memalukan 
parti itu mendapat tentangan dan bantahan dari S/U A Parti dan
 beberapa Jawatankuasa Tertinggi Parti

Apakah dia dengan permohonan maaf itu mampu memadamkan dan mencuci semula apa yang telah dihamburkan dan diperkatakannya itu? sudah pasti tidak,
sebaliknya ia meninggalkan kesan yang sangat men dalam 
di sanubari kalangan ahli-ahli parti.

Mengapa HA tidak mahu mengistiharkan keluar parti?
Semua orang menyedari HA mempunyai agenda tersenbunyi .......
kerana
Tujuan HA adalah sama dengan Umno/BN bermatelamat "hancurkan" perjuang PR, terutama PRU 13,supaya PR tidak akan berjaya menawan Putra Jaya.

Kalau kita amat-amati perjuangan HA dengan IA mempunyai persamaan dari segi matelamatnya cuma berbeza dari segi pendekatanya.
IA menyerang dari luarHA pula lebih merbahaya
 kerana menyerang dari dalam.
(memang begitu perancangan umno)

Jika TGNA dan TGHA masih menyimpan pelakun ini aku pasti PAS akan menjadi lemah 
dan tidak bermaya lagi untuk memperjuangkan perjuangan selama ini.
Sama ada negara islam atau negara berkebajikan 
akan hanya tingal dalam lipatan Buku jingga

Dalam PKR memang ramai Umno sekarang dalam PAS pun dah ada Umno, 
hati-hati wahai PAS jangan ambil mudah dengan dia.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan