SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 8 Mac 2012

Kenapa Datok Sri Najib Mengundur Semula ???.....

Termansuh sudah SBPA, ambil semula SSM mujur tak ambil semula SSB. Sebelum terlajur aku ingin mengucapkan terima kasih kepada DSN kerana mendengar dengan baik bantahan dan rungutan kakitangan awam, berhubung dengan SBPA.

Aku juga tidak ketingalan untuk mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana berjaya memberi tekanan kepada DSN selaku pemimpin kerajaan melalui BUKU JINGGA yang jelas bahawa kerajaan PR lebih perihatin kehendak dan keperluan rakyat.Itu lah yang sebenarnya kerajaan BERKEBAJIKAN.

Kerana ketakutan itu kerajaan DSN telah dengan tergesa-gesa membuat satu pembaharuan untuk menarik perhatian Penjawat Awam dan rakyat semua dengan menawarkan SBPA yang pada pandangan beliau SBPA mampu menandingi kehebatan BUKU JINGGA.Sayang sekali rupanya mereka DSN tidak mampu mencipta kejujuran dan keikhlasan, tidak seperti BUKU JINGGA yang ikhlas dan jujur menawarkan KEBAJIKAN  kepada rakyat Malaysia.

Kelihatan dengan jelas bahawa dasar yang ditawarkan oleh DSN dengan memperkenalkan SBPA ternyata tidak diterima oleh penjawat awam. Ini membuktikan bahawa SBPA hanyalah satu sistem cedokkan dan tiruan. 

Aku terfikir berapa banyak masa dan kewangan terbuang kerana untuk menyediakan SBPA semata-mata memuaskan hati DSN yang akhirnyha SBPA dibuang kedalan bakul sampah dan kutip SSM semula.

Apapun tahniah kepada DSN kerana kenaikan sebanyak 13 % sebagai gula-gula pemanis mulut untuk penjawat awam sebagai persediaan menghadapi PRU 13. Semua penjawat awam seharusnya mengucapkan terima kasih atas (kenaikan) pemberian itu, tapi jangan lupa kepada skandal-skandal anak beranak,kroni-kroni kerajaan UBN yang menelan berratus-ratus juta ringgit wang rakyat.

Kesimpulannya kegagalan SBPA adalah kegagalan sebenar  DSN dalam mentadbir kewangan dan negara. Berbeza jauh dengan kebijakan almarhum TAR ayahnda  DSN yang berjaya membewa kehidupan kepada bangsa nya dan mengeluarkan bangsanya dari kepompong kemiskinan. 

Sebagai balasan kepada DSN yang telah memberi kenaikan gaji kepada penjawat awam wajar kita pastikan ucapan terima kasih kita itu diterjemahkan melalui kertas undi PRU13 dengan memastikan UBN di mansuhkan seperti SBPA juga, dan digantikan dengan yang terbaru KPR ikut (BUKU JINGGA).

Takbirrr ! Takbirrr !! Takbirrr !!!  
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan