SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 15 Mac 2012

Kejam-Kejam !!!

Fitrah manusia di dunia ini ada mempunyai sifat-sifat kebinatangan, 
cuma sejauh manakah manusia dapat mengawal nafsu  buas kebinatangan . Jika manusia tidak dapat mengawal nafsu kebuasan itu maka sama lah dia seperti haiwan (binatang buas).

Manusia dilahirkan kedunia ini telah dibekalkan dengan kelebihan yang tiada pada haiwan, dimana Allah telah membekalkan manusia dengan AKAL 
satu-satunya yang sangat berharga dan tiada pada semua mahluk-mahluk lain ciptaan Allah didunia ini. Tujuannya untuk mengawal dan mengimbangi nafsu itu, Sebaliknya bila akal tidak dapat mengawal nafsu maka jadilah perkara kejam seperti dibawah ini.

  http://zonbebas.com/wp-content/uploads/2011/09/lelaki-dibakar1-510x340.jpg


Bagi orang muslim pula, selain dari akal mereka ada dibekalkan dengan keimanan(beriman). Dimana dapat mengawal segala kejahatan yang boleh menjadikan kerosakan didunia ini.Sekiranya mereka ini beriman dengan Hari Kiamat dan ada hari pembalasan sudah tentu mereka tidak tergamak melakukan perkara seperti ini. 

http://zonbebas.com/wp-content/uploads/2011/09/lelaki-dibakar2-510x340.jpg

Bila manusia tidak beriman maka saytan yang bersarang dalam hati akan menguasai nafsu amarahnya dan membakar kemarahan hingga tidak terkawal oleh akal maka terbakarlah perasaan marah, 
hingga mampu membunuh saudara sendiri,
 membunuh darah daging sendiri dan berbagai kezaliman lagi akan berlaku.

http://zonbebas.com/wp-content/uploads/2011/09/lelaki-dibakar3-510x340.jpg

Siapakah manusia di sisi Allah ? boleh menjatuhkan hukuman tampa bicara dan menghukum manusia lain dengan membakar nya? Jestru itu gunakanlah akal dan bagi orang muslim kuatkan lah iman semoga perkara seperti ini tidak akan berlaku dikalangan orang-orang muslim.....

http://zonbebas.com/wp-content/uploads/2011/09/lelaki-dibakar4-510x340.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan