SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 14 Mac 2012

Makk Ai 400 Juta ?!!


 
Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini bersetuju menawarkan penyelesaian luar mahkamah kepada bekas isterinya Shahnaz A Majid berhubung tuntutan harta sepencarian.


Ia sehari selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengarahkan timbalan pengerusi Cahaya Mata Sarawak itu mengisytiharkan harta beliau.

NONE
"Kami mencapai persetujuan untuk membuat tawaran dalam tempoh 14 hari untuk menyelesaikan semua kes-kes yang tertunggak," kata peguam Mahmud Abu Bekir Zainul Rijal Abu Bakar.

Mahmud Abu Bekir, yang juga diwakili oleh peguam Saadiah Din, akan membuat tawaran dalam tempoh 14 hari.

Hakim Mohamad Abdullah menangguhkan perbicaraan Mei 23, sementara menunggu hasil rundingan penyelesaian.

Mahmud Abu Bekir, dilihat tersenyum di mahkamah hari ini. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Shahnaz selama 19 tahun sebelum perceraian itu direkodkan pada 11 Mei, 2011.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, yang dilahirkan pada bulan Disember 2003.

Dalam tuntutan penceraiannya sebelum ini, Shahnaz telah dituntut aset dan mutaah berjumlah RM400 juta.

Aku kata

Cuba anda bayangkan berepa banyak duit Datuk Seri Mahmud Abu Bekir ni ada?, Dia bayar macam tu pada bekas isteri, setelah mahkamah mengarahkan  Datuk Seri tu mengistiharkan harta nya.

Maknanya masih banyak lagi harta yang dia ada, tesimpan ,tesorok dan berbagai lagi te,dalam dan luar negara. 

Sebab itu dia tak berani istihar dan sangup bagi 400 juta melalui penyelesaian luar mahkamah kepada bekas Datin Seri ni, untuk anak tunggalnya entah berapa lagi dia nak bagi....

Mana dia dapat duit sebanyak itu yek? Padahal rakyat serawak ramai yang merempat, miskin.Hanya tatu pembalut badan, Jauh sekali nak pakai Limosin.

Hebat keluarga Mahmud niii !! cukup kaya,ye kaye-kaye-kayeeee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan