SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 21 September 2012

Polemik Tentang Hudud


Aku petik
Polemik Tentang Hudud

Oleh:
Ustaz Shauqi

Terdapat segelintir masyarakat  Islam yang masih sangsi dan ragu-ragu terhadap perlunya undang-undang jenayah Islam dilaksanakan. Keraguan dan kesangsian ini timbul disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah krisis keyakinan terhadap undang-undang Islam ekoran racun-racun berbisa daripada musuh-musuh Islam yang telah berjaya menguasai pemikiran sebilangan umat Islam pada zaman moden ini. Benarlah firman Allah dalam al-Quran:

Maksudnya: “ Orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti agama (jejak langkah) mereka”.(Surah al-Baqarah: ayat 120)

Berbeza dengan orang yang beriman, keyakinan kepada al-Quran dan Hadis menyebabkan mereka tidak memandang ringan terhadap hukum hakam Allah swt. Sebagaimana umat Islam dapat menerima kefardhuan solat, puasa, zakat dan haji, begitu juga umat Islam sewajarnya dapat menerima undang-undang jenayah Islam kerana semuanya datang daripada Allah swt bahkan ia merupakan arahan Allah kepada manusia.

Terdapat pula dalam kalangan masyarakat yang memang menerima perlaksanaan undang-undang jenayah Islam seperti undang-undang hudud, namun malangnya mereka masih terpesong dengan racun pemikiran barat dengan menyatakan bahawa belum tiba masanya untuk dilaksanakan. Bahkan bukan sedikit ‘tokoh pemikir’ yang terkeliru dan terikut dengan rentak orientalis tanpa mereka sedari, lalu mereka pun mengalunkan lagu dan menari mengikut rentak golongan orientalis dengan mencadangkan bahawa ‘hudud’ bukan keutamaan bahkan belum tiba masanya untuk dilaksanakan.

Ketakutan pada hudud amat menjadi-jadi, seolahnya ia akan membawa fitnah pada hukum Islam dan pelbagai lagi polemik yang timbul. ‘Pahat’ sudah pun berbunyi sedangkan bangunan belum lagi didirikan. 

Malu kita pada generasi Malaysia sebelum merdeka yang menerima hukum Islam tanpa sebarang keraguan sebagaimana yang termaktub dalam Hukum Kanun Melaka dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan