Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan
berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong
kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat.
Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
(Hadith riwayat Muslim.)

Islam tidak melarang wanita-wanita berpakaian cantik
dan indah asalkan tidak ada unsur-unsur mendedahkan aurat
sehingga mengiurkan kaum Adam ..
Dalam Islam setiap wanita wajib berhijab dan menutup aurat
dari pandangan lelaki bukan muhrim dalam setiap keadaan.
Ini bertujuan agar kaum wanita dapat menjaga
dan memlihara kehormatan diri.
Kecantekan kaum Hawa mudah menimbulkan fitnah
bagi lelaki kerana kecantikan wajahnya.
Rasulullah s.a.w. melarang keras ke atas kaum wanita Islam
yang mendedahkan auratnya kerana perbuatan itu
adalah mungkar dan menjatuhkan imej dan kesucian agama Islam.

Wanita melayu yang mengaku islam tidak kurang yang
berpakaian begini.....mereka tidak tahu menjaga kehormatan diri.
Sengaja berniat untuk mengoda lelaki bermata keranjang
lelaki yang mudah.... dan bernafsu....syaitan...
Aku mohon semoga Allah menghindari dari terkena
kepada anak dan bini aku juga pembaca semua....amin ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan