Pandangan balas oleh Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang memberi ingatan agar parti itu tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga mengenepikan prinsip perjuangan (Islam) adalah tepat dan menjawab persoalan yang mungkin timbul dari cetusan pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang merasakan dia bijak politik dan seorang ahli Pas yang sejati.
Kata Tuan Ibrahim ingatan itu bukan pelik dan asing sebab Pas senantiasa mengutamakan perjuangan dari segala-galanya. Saya dapat melihat ini dan merasakan kenyataan itu konkrit kerana kalau Pas tidak meletakkan prinsip parti dihadapan sudah tentu Pas yang kini dipinang, dipujuk dan diprovokasi dengan berbagai-bagai cara oleh Umno agar berbaik dengannya, akan menerima bujukan itu.
Umnop telah mengguakan semua cara sama ada dengan bersikap hendak berbaik-baik dengan Pas atau pun dengan cara terus menunjukkan ego dan memburuk Pas seperti dilakukan Mahathir untuk menarik perhatian Pas. Perlakuan terhadap Pas juga dilakukan dengan menghina Pas kononnya telah meninggalkan prinsip asal kerana berbaik dengan DAP dan PKR.
Tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya, mengambil sikap berhati-hati dengan Umno dan ada kalanya prejudis dengan parti bersemangat 'kaumiyah' itu. Pemimpin Pas lain tidak seperti bekas timbalan presiden itu dan beberapa yang lain, yang lebih meletakkan untuk memenuhi nafsu mereka untuk jadi glamour dan merasai keempukan kerusi sebagai menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan