SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 6 November 2012

3-4 Kali Satu Malam



Ramajit Raghav, 96, yang diiktiraf sebagai ayah tertua di dunia dua tahun lalu, telah menetapkan standard baharu kesuburan bagi kaum lelaki berikutan kelahiran anak keduanya baru-baru ini. Menurut The Times Of India, isteri Ramajit berusia 52 tahun melahirkan bayi perempuan sihat yang dinamakan Ranjeet di pusat penjagaan kesihatan utama pada 5 Oktober lalu. Pasangan dari negeri Haryana, India itu menyambut anak pertama mereka, Vikramajeet, pada November 2010.


Ramajit memberitahu pemberita tentang reaksi doktor dan petugas klinik apabila mendapat tahu bahawa dia ialah bapa kepada anak keduanya itu. Katanya, mereka semua ketawa seolah-olah tidak mempercayai bahawa dialah bapa kepada bayi itu. 

 "Mereka ketawa dan sangat terkejut. Apa yang boleh saya buat? Ini adalah kehendak Tuhan," kata Ramajit bangga.
Setelah menerima "dua anugerah berharga daripada Tuhan", Ramajit telah memutuskan agar isterinya Shakuntala Devi akan menjalani operasi kontrasepsi tubectomy kekal untuk mencegah kehamilan pada masa akan datang.


Beliau yang mengamalkan diet harian, iaitu badam, mentega dan susu mendedahkan bahawa dia aktif melakukan hubungan seks dengan isterinya. 

"Jiran saya berasa cemburu. Mereka meminta saya mendedahkan rahsia saya," kata Ramajit. 

"Saya melakukannya (hubungan seks) 3-4 kali satu malam. Saya sihat dan saya menikmati hubungan seks dengan isteri saya. Saya beranggapan bahawa sangat penting bagi suami dan isteri mengadakan hubungan seks dengan kerap."
Bagi Shakuntala, dia percaya bahawa dia telah "mati" jika tidak kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh Ramajit. 

"Tidak kisahlah berapa pun usianya. Saya suka akan dia dan saya menjaganya dengan baik walaupun kadang kala dia menengking saya," katanya.

"Dia tidak nampak tua pada saya. Dia boleh melakukan hubungan seks seperti mana-mana lelaki berusia 25 tahun, malah mungkin lebih baik kerana dia boleh beraksi sepanjang malam." kata Shakuntala memuji suaminya. -DCM/The Times Of India, The Mirror

Tiada ulasan:

Catat Ulasan