SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 24 November 2012

Cakap berbelit, Madey cuba selamatkan diri..........


KUALA LUMPUR: Selepas memberi gambaran 
bahawa Umno ialah syaitan yang dikenali dan pembangkang pula ialah Malaikat yang tidak 
dikenali, tiba-tiba Dr. Mahathir menukar kenyataan kononnya Presiden PAS pula disokong syaitan.


Bagi AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri itu menyerlahkan 

sikap 'putar belitnya' untuk menyelamatkan diri 
selepas melabelkan Umno BN sebagai syaitan 
dikenali sebelum ini.

"Tun terpaksa cakap belit untuk menyelamatkan 

dirinya yang telah mendakwa Umno adalah syaitan 
yang dikenali.


"Lebih parah lagi beliau juga membuat kenyataan Malaikat juga membuat salah. Seribu 

kali malang 3.5 juta ahli Umno tidak menyanggah kenyataan Tun," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Ustaz Idris lagi, PAS sentiasa memerangi syaitan apatah lagi syaitan yang 

dikenali kerana ia adalah ajaran Islam.

Apa yang pelik kata Ustaz Idris, biarpun Dr. Mahathir memberi jenama syaitan dikenali 

kepada BN, namun tiada ada seorang pun yang menentang atau marah terhadap beliau.

"Ertinya mereka semua diam dan redha atas jenama tersebut. Tidak ada pula kita 

kedengaran Ulamak Umno menegur kenyataan beliau, termasuk Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno.

"Memang Tun seorang yang kebal, siapa yang berani sanggah alamat gelap masa depan 

di dalam politik.

"Contohnya Tun Abdullah Badwi yang berani membatal projek Jambatan Bengkok, 

sampai hari ini beliau dendam dan membelasah Tun Abdullah tidak kira masa dan t
empat," jelas beliau sambil menegaskan hanya PAS dan Pakatan yang berani menyanggah
 Dr. Mahathir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan